Haaa... Ada satu tempat yang menarik kat Penang sekarang ni. Sangat sesuai untuk mereka yang suka bergambar. Avatar Secret Garden ni adalah merupakan taman yang dihiasi dengan lampu-lampu berwarna seakan-akan dalam filem Avatar. Kat mana lokasi dia? Haaa... Avatar Secret Garden ni terletak kat belakang Flat Uda, Tanjong Tokong. Yang penting, masuk adalah percuma! Setakat hari ni la. Tak tahu la kalau esok lusa kena bayar pula. Haha! Jadi sementara tengah percuma tu, jom kita ramai ramai serbu Avatar Secret Garden.
Cantiknya! Memang kena pergi ni. Tapi jangan datang waktu siang pula. Kalau siang, pemandangan macam kat bawah ni je la yang korang dapat. Haha! Apa apa pun, aku harap banyak lagi tempat tempat unik dan menarik yang akan dibangunkan kat Malaysia seperti tempat tempat unik dan menarik yang dibangunkan kat Indonesia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan