Selamat Hari Raya Aidilfitri! Tak terlambat lagi kan? Orang Melayu kata selagi tak habis bulan Syawal selagi tu kita sambut hari raya. Untuk itu, dengan rendah hatinya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan sekiranya ada kata-kata, tingkah laku dan perbuatan aku yang mengguris hati dan perasaan korang. Mungkin ada yang aku sengaja, mungkin ada yang aku tak sengaja. Tak lupa juga, halalkan makan dan minum aku juga ye. Kalau ada hutang piutang yang aku terlepas pandang, beritahu la. Kalau ada duit, aku bayar. Kalau takde, aku minta korang halalkan je. Boleh tak macam tu?
Tahun ni tema baju raya kitorang sekeluarga ialah dusty pink. Seperti biasa, ibu yang akan decide tema baju raya warna apa. Kemudian ibu akan beli kain untuk semua. Haaa... Memang setiap tahun kitorang akan pakai baju macam boria. Bukan setakat warna je yang sama, kain pun sama! Tu antara tradisi atau kebiasaan keluarga aku bagi setiap tahun.
Hari raya kali ni yang tinggal cuma adik-beradik yang belum kahwin lagi. Yang dah kahwin semua beraya kat rumah mentua masing-masing. Jadi seperti biasa, pagi hari raya tu ayah dan aku dah sarapan kat rumah dulu sebelum pergi masjid untuk menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri. Yang lelaki pergi masjid, yang perempuan tunggu kat rumah. Lepas balik daripada masjid, baru ada sesi bersalam-salaman dan bermaaf-maafan sesama ahli keluarga. Jangan risau, takde air mata sangat. Sebab takde buat salah sangat kot. Haha! Yakin tak? Dah selesai bersalaman-salaman dan bermaaf-maafan, kitorang teruskan dengan sesi bergambar. Ya. Tak meriah sambutan hari raya kalau tak bergambar.
Kemudian baru kitorang balik ke kampung belah ayah. Memang dekat dengan rumah. Walaupun atuk dan nenek dah takde, kitorang balik juga jenguk Mak Lang dan Kak Zura yang ada kat kampung tu. Tu la tradisi hari raya aku dan keluarga sejak beberapa tahun lepas, sejak atuk dan nenek kedua-dua belah ibu dan ayah dah takde, dah meninggal dunia.
Semakin kita meningkat dewasa, semakin mudah cara kita menyambut Hari Raya Aidilfitri. Tu salah satu tanda kita dah makin tua dan tak kisah sangat pasal hari raya. Haha! Jadi kat sini aku nak kongsikan antara tradisi hari raya yang aku dah tak buat dah sekarang ni:
- Pasang pelita minyak tanah
- Main bunga api dan mercun
- Hantar kad raya
- Kacau dodol dan bakar lemang
- Balik kampung dua hari atau sehari sebelum hari raya
- Ikut ibu dan ayah beraya di kampung
- Kutip duit raya
Jadi tradisi hari raya korang macam mana pula? Apa tradisi hari raya yang korang masih buat sampai sekarang? Dan apa tradisi hari raya yang korang dah tak buat dah sekarang ni?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan