Selasa, 12 September 2017

Anding Berang Komen Nyanyian Sekadar Hobi Datuk Ramli MS?

Salam.


Anding Indrawani adalah merupakan salah seorang peserta Akademi Fantasia 2 bertahun-tahun yang lalu. Aku memang follow habis Akademi Fantasia 2 masa tu. Masa tu aku memang minat gila dengan Farah Breep Breep. Pengetua Akademi Fantasia 2 masa tu tak lain tak bukan Datuk Ramli MS lah. Haaa... Tahun ni Anding kembali membuat persembahan di pentas AF Megastar. Tapi kali ni Datuk Ramli MS bertindak sebagai juri tetap program tersebut. Nak buat macam mana, keputusan malam tu tidak menyebelahi Anding bila gagal tersenarai dalam 12 peserta AF Megastar. Takde rezeki lah namanya tu. Tapi tersenarai dalam 24 peserta AF Megastar tu pun dah kira cemerlang dah. Betul tak?

Malam konsert homecoming hari tu Anding menyanyikan dua buah lagu secara medley, kalau aku tak silap lagu Feeling Good dan lagu I Feel Good. Aku tak sempat tengok persembahan Anding malam hari tu. Jadi aku baru je sempat tengok persembahan Anding tadi. Apa yang aku boleh cakap, persembahan Anding malam tu agak berlebihan dari segi ekspresi dan emosi. Pada pendapat aku, persembahan macam tu mungkin lebih sesuai kepada pertunjukan teater. Pandai pandai aku je kan? Haha! Tapi memang macam tu pun cara Anding buat persembahan dari dulu, dari Akademi Fantasia 2. Mengenai nyanyian pula, tiada apa yang luar biasa. Boleh lah. Apa apa pun aku memang puji semangat, keghairahan dan kesungguhan yang ditonjolkan oleh Anding malam tu. Nampak lah Anding betul betul nak buktikan bakat yang dia ada. Tapi ni komen aku sebagai penonton biasa semata-mata. Jangan ambil serius sangat. Haha!

Sebagai peserta pertama yang membuat persembahan malam tu, Datuk Ramli MS memberikan komen terhadap persembahan Anding. Dimulakan dengan pujian terhadap peningkatan mutu nyanyian Anding berbanding semasa Akademi Fantasia 2 yang lalu dan disusuli dengan komen yang agak pedas apabila Datuk Ramli MS menyatakan yang Anding belum dapat lawan peserta-peserta AF Megastar yang lain. Tak habis kat situ, Datuk Ramli MS turut berpendapat yang Anding hanya sesuai jadikan nyanyian sebagai hobi. Tapi Datuk Ramli MS juga memberikan pandangan yang Anding lebih bagus dalam bidang lakonan berbanding nyanyian.

Susulan komen itu, Anding memuat naik gambar berserta keterangan mengenai kritikan tentang nyanyian sekadar hobi yang diterima malam tu. Nah baca sendiri. Anding menceritakan kepayahan dan pengorbanan yang telah dilakukan sepanjang 13 tahun dia berada dalam industri.


Apa pendapat korang? Patut atau tidak Anding menelan dan menerima kritikan yang diberikan tanpa perlu membuat apa-apa kenyataan? Patut atau tidak Anding mempertahankan diri apabila dikatakan nyanyian hanya sesuai dijadikan sebagai hobi?

Semoga Anding berjaya dalam apa juga bidang yang diceburi kat luar sana tu.

1 ulasan:

  1. You're a singer? Sure its not hobby? Where's your album? What is your number 1 hit song? Takde kan? Aku setuju dengan Ramli Ms. Yes its your hobby. Sekadar boleh nyanyi dah gelar diri penyanyi tak boleh jugak. Kerja DBKL kutip sampah takde pulak diorang declaire diri dorang sampah.

    Lol you don't have to tell your struggle to the world. Nak dikenali dengan bakat ke dengan simpati? Kau penyanyi? Buat album dik. Show to the world. Kau keep menyanyi/teater sebab nak provide hidup kau so kau boleh flaunt lifestyle kau yg bohsia tu dekat ig je. You are just lucky you have that factor. Tbh aku pun tak tau macam mana kau boleh survive dalam industri seni ni. Nak kata pelakon? Tak pernah pulak nampak menang anugerah pape. Penyanyi? Tak pernah dengar lagu kau. Nak sembang pernah coach orang ape semua lah. Then pergi jadi singing coach lah. Geez ingat dah ajar orang menyanyi sampai lagu orang tu hit boleh kau menang AF. Rupanya kau sampah yg lagu hit tu pun i bet sampah macam kau jugak.

    BalasPadam

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com