Sumber gambar: DI SINI |
Siapa lah yang tak suka melancong kan? Aku rasa semua orang suka melancong! Cuma duit je yang membezakan kekerapan kita melancong. Haha! Betul tak? Kalau lah aku banyak duit, setiap bulan aku boleh pergi melancong. Tapi setakat hari ni belum mampu lagi lah. Sama sama kita berdoa supaya kita semua dimurahkan rezeki okay?
Sempena dengan MATTA Fair yang baru je melabuhkan tirainya semalam, seorang warga twitter telah berkongsikan tips keselamatan diri semasa melancong, sama ada dalam mahupun luar negara. Suka hati je aku kaitkan dengan MATTA Fair kan? Padahal takde pun dia cakap macam tu. Haha! Sebenarnya tips tersebut ditujukan kepada wanita-wanita yang melancong secara solo. Tapi pada pendapat aku, tips tu memang berguna untuk lelaki juga. Sebab sekarang ni semua orang terdedah kepada rompakan, gangguan seksual dan sebagainya.
Ada 19 tips kesemuanya. Kalau rasa tak larat nak baca semua tu, meh sini aku ringkaskan antara tips keselamatan diri semasa melancong dalam dan luar negara:
- Pastikan telefon kita sentiasa hidup, ada internet dan juga kredit.
- Jangan tanya arah kepada orang yang tidak dikenali.
- Jangan terlalu menonjol dari segi pakaian.
- Sentiasa cari dan berada di tempat awam dan terbuka.
- Guna bahasa melayu bagi mengelakkan ditipu atau disamun.
- Bawa passport ke mana je. Jangan simpan dalam bag, kat hotel atau tinggalkan.
- Pastikan bag yang mengandungi barang-barang berharga diletakkan kat depan dan bukannya kat belakang.
- Jangan respons apa-apa kalau ada orang tahan.
- Jika kita rasa seperti ada orang yang mengekori kita, paling selamat kita masuk kedai makan.
- Jangan main telefon kat luar.
Berhati-hati lah ye? Malang memang tak berbau. Sekiranya kita berada dalam situasi yang mencemaskan seperti disamun, jangan cuba untuk jadi hero. Apa apa pun semoga kita semua pergi dan kembali dengan selamatnya. Nak melancong ke mana pula lepas ni?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan