Program keusahawanan universiti VEST 2017 telah bermula dengan 1,696 orang mahasiswa yang terdiri daripada 23 Institut Pengajian Tinggi (IPT) seluruh negara bersamaan dengan 273 idea perniagaan. Dalam tempoh enam bulan, hanya tiga idea perniagaan layak ke peringkat akhir selepas melalui tiga saringan dengan pelbagai latihan perniagaan secara intensif.
Pada Tahap 1, kumpulan yang layak telah diberikan latihan selama tiga hari sebelum disaring pada sesi business pitching yang pertama. Fasa permulaan ini telah mendapat sokongan padu daripada akademi Perbadanan Nasional Berhad (PNS). Seterusnya, 10 kumpulan terbaik dipilih setelah diadili secara menyeluruh semasa sesi business pitching yang pertama. Sesi boot camp selama tiga hari di Janda Baik, Pahang dan tambahan dua hari di pusat latihan Fizo Omar Consultancy, Bangi sebelum melangkah ke Malam Gala VEST 2017.
Finalis 10 kumpulan terbaik kemudian diadili untuk sesi business pitching separuh akhir pada 15 Oktober 2017 oleh tiga orang juri profesional:
- Datuk Zahari Omar, Naib Presiden Bumiputera Retails Organization
- Tuan Syed Naqiz Shahabuddin Syed Abdul Jabbar, Naib Presiden Bumiputera Retails Organization
- Puan Valerie Choo, Timbalan Presiden Malaysia Retail Chain Association (MRCA)
Setelah diadili, finalis 3 kumpulan terbaik dipilih untuk sesi business pitching peringkat akhir pada Malam Gala VEST 2017 yang telah diadakan di Dewan Dektar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi pada hari yang sama. Jangan tak tahu, Malam Gala VEST 2017 dimeriahkan lagi dengan kehadiran Yang Amat Berhormat, Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. Selain itu, majlis tersebut turut dihadiri oleh Dato' Dr Mohd Izhar Ariff, Heliza Helmi, Fizo Omar, Mawar Karim, Wany Hasrita, Faizal Ismail, Naib Canselor universiti, para usahawan dan pelajar-pelajar.
Jadi apa keputusannya? Jeng jeng jeng... Setelah finalis 3 kumpulan terbaik melalui sesi business pitching yang terakhir, idea perniagaan mereka telah dinilai secara menyeluruh. Haaa... Berdebar tak? Tapi tak payah nak berdebar sangat lah, aku rasa tajuk entri ni pun dah beritahu siapa yang menang. Haha! Mengumumkan kedudukan 3 kumpulan terbaik adalah seperti berikut:
- Juara: SolviePro - Universiti Teknologi Petronas (UTP)
- Naib Juara: Serdang Cendol - Universiti Putra Malaysia (UPM)
- Tempat Ketiga: Fast 2 Print - Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Tahniah diucapkan! Nampaknya Malam Gala VEST 2017 telah menobatkan UTP sebagai juara dengan idea perniagaan SolviePro. Haaa... Nak tahu tak apa dia SolviePro tu? SolviePro adalah merupakan aplikasi berkonsepkan Uber tetapi khusus untuk pasaran dunia pekerjaan. Idea perniagaan kumpulan tersebut telah berjaya merealisasikan impian mereka untuk membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 25,000.
Naib Juara pula membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 15,000 dan telah menjadi milik kumpulan dari UPM melalui Serdang Cendol. Pencuci mulut kegemaran rakyat Malaysia itu telah diinovasikan supaya mudah dinikmati dan lebih sihat. Pada masa yang sama, UKM meraih tempat ketiga dengan Fast 2 Print dan seterusnya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 10,000. Fast 2 Print adalah perniagaan mesin percetakan automatik seperti Auto Teller Machine (ATM) yang beroperasi selama 24 jam. Mesin percetakan automatik ini memudahkan urusan sesiapa sahaja tanpa mengira waktu.
Untuk maklumat lanjut mengenai pertandingan VEST 2017 ni, sila layari laman-laman rasmi seperti kat bawah ni:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan