Jumaat, 23 November 2018

#AJL33 Senarai 12 Lagu Terbaik Ke Anugerah Juara Lagu 33

Salam.


Anugerah Juara Lagu kembali lagi! Antara pentas yang paling berprestij dan sentiasa ditunggu-tunggu di negara Malaysia! 12 buah lagu akan berentap untuk merebut peluang bergelar lagu terbaik pada setiap tahun. Pentas AJL ni bukan sekadar mengiktiraf penyanyi tapi juga komposer dan penulis lirik bagi setiap lagu yang dipertandingkan. Jadi tahun 2018 ni lagu lagu apa je yang masuk?

Senarai 12 lagu terbaik yang layak ke Anugerah Juara Lagu 33:
  1. Siti Sarah - Semakin
  2. Ara Johari - Bunga
  3. Syamel - Kau Pun Sama
  4. Misha Omar - Sampai Bila
  5. Dayang Nurfaizah & Hael Husaini - Haram
  6. Khai Bahar - Luluh
  7. Altimet - Bunga
  8. Haqiem Rusli feat. Aman Ra - Jatuh Bangun
  9. Amylea & Kaer - Tak Pernah Hilang
  10. Hael Husaini - Hajat
  11. Sufian Suhaimi - Di Matamu
  12.  Siti Nordiana & Jaclyn Victor - Nisan Cinta

Tahniah kepada semua finalis AJL kali ni. Jadi lagu yang mana jadi pilihan kau orang? AJL33 dijangka akan diadakan pada awal tahun 2019. Sama sama kita tunggu tarikh rasmi yang akan diumumkan tidak lama lagi.

Jumaat, 26 Oktober 2018

Lirik Lagu Ariff Bahran - Juara Dusta

Salam.


Lirik Lagu Ariff Bahran - Juara Dusta

Kau yang dulu bersama ku
menjerang waktu sepenuh cinta
susah senang kita nikmati

Kau yang sempat selalu
membangkitkan semangat hidup
sungguh kau kekasih yang hebat

Kini kau mendapatkan
apa yang tak ku miliki
yang tak boleh aku beri
kau tinggalkan aku pergi sendiri

Selamat jalan cinta
semoga bahagia
kau lah pemenangnya
kau lah yang juara

Kau menang di hati ku
kau juara dusta
kau dustai aku dengan mimpi mu
yang hanya membuat ku terus berharap

Terfikirkah oleh mu
betapa sakitnya aku
tiada pernah ku rasa
aku harus membalas mu

Kau telah memilihnya
dan aku tidak berdaya
kau tinggalkan aku pergi sendiri

Selasa, 23 Oktober 2018

30 Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 33 (2018)

Salam.


Tahniah! 30 lagu yang layak ke separuh akhir Muzik Muzik 33 bagi tahun 2018 telah pun diumumkan. Aku boleh kata ada banyak lagu yang hebat dan popular untuk musim kali ni. Susah nak pilih 12 lagu terbaik! Tapi ada juga lagu yang kurang dikenali berjaya ke separuh akhir. Nak buat macam mana, semua bergantung kepada undian peminat dan penyokong semata-mata. Selain daripada kuota TV3 sendiri kan? Haha!

Senarai 30 Lagu Yang Layak Ke Separuh Akhir Muzik Muzik 33 
  1. Kata Akhirmu - Ariff Bahran
  2. Dia - Dayang Nurfaizah
  3. Tak Pernah Hilang - Amylea & Kaer
  4. Rintihan Rindu - Wany Hasrita
  5. Cakap Ke Tangan - Stacy
  6. Bunga - Ara Johari
  7. Sulit - Aman Aziz
  8. Nisan Cinta - Siti Nordiana & Jaclyn Victor
  9. Hajat - Hael Husaini
  10. Selamat Tinggal Sayang - Haqiem Rusli
  11. Di Matamu - Sufian Suhaimi
  12. Bercanda Di Malam Indah - Kugiran Masdo
  13. Seindah Berdua - Dewi Seriestha
  14. Sesungguhnya Aku - Alif Satar
  15. Luluh - Khai Bahar
  16. Sampai Bila - Misha Omar
  17. Kau Pun Sama - Syamel
  18. Stereotype - Akim & The Majistret
  19. Haram - Hael Husaini & Dayang Nurfaizah
  20. Mimpi - Liza Hanim
  21. Demi Kita - Ismail Izzani
  22. Jatuh Bangun - Haqiem Rusli Ft. Aman Ra
  23. Jagakan Dia - Shiha Zikir
  24. Layarlah Kembali - Dayang Nurfaizah
  25. Kisah Antara Kita - One Avenue Band
  26. Bunga - Altimet
  27. Hikayat Benladin - Ben Ladin
  28. Semakin - Siti Sarah
  29. Dia - Qody
  30. Rahsia Kita - Khai Bahar & Fatin Husna

Agak agak lagu yang mana akan mara ke Anugerah Juara Lagu 33 (AJL33) ni?

Rabu, 16 Mei 2018

Lirik Lagu Stacy - Raja

Salam.


Ratu dance-pop Malaysia dah kembali dengan single baharu yang berjudul Raja! Haaa... Siapa? Stacy lah! Tahu ke tidak yang lagu Raja ni adalah hasil ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong. Wow! Bukan main komposer lagu dan penulis lirik lagu ni kan? Dan hasilnya? Sudah tentu sedap gila! Serius! Pertama kali dengar aku rasa agak pelik. Lepas kali kedua dan kali ketiga, lagu Raja ni baru masuk dalam kepala aku. Lepas tu sampai ke sudah aku asyik ulang dengar lagu Raja je! Nampak sangat lagu ni berhantu. Tahniah Stacy! Semoga tahun depan Stacy akan beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) dengan lagu Raja ni. Setuju ke tidak?

Lirik Lagu Stacy - Raja

Di malam yang dingin mengundang satu rasa
Buatku hampir gila
Ku masih terbayang mimpi kita semalam
Semakin aku gila

Ku hauskan sentuhanmu
Kerna rindu makin membara
Kata saja kau ingin yang sama

Tak usah sayang kau malu
Jika kau mahu beritahu
Hanya kau saja
Di hati ku bertakhta
Yeah-ee-yeah-ee-yeah-eh-eh

Kamu raja di hatiku selalu
Hanya kau saja bermaharajalela
Yeah-ee-yeah-ee-yeah-eh-eh
Kerana kau raja

Segala hajatmu kan ku cuba tunaikan
Keranamu aku gila

Ku hauskan sentuhanmu
Kerna rindu makin membara
Kata saja kau ingin yang sama
 
Ciptakanku istana tempat bermanja
Ciptakanku istana, ku permaisurinya
Kau raja 


Rabu, 2 Mei 2018

Ikon Wanita Melayu - Amy Nurtinie Juara Pencarian Wanita Melayu 2018

Salam.


Tahniah Amy Nurtinie! Tahniah kerana telah dinobatkan sebagai juara Pencarian Wanita Melayu 2018 (PWM2018) yang berlangsung pada 28 April 2018 (Sabtu) di Plaza Shah Alam dan sekaligus menyandang gelaran Ikon Wanita Melayu. Dengan kejayaan itu, Amy Nurtinie membawa pulang hadiah keseluruhan bernilai RM16,898.00 termasuk wang tunai bernilai RM5000, barang kemas Habib Jewels (gold chain with pendant) bernilai RM5000, jam tangan Ice-Watch bernilai RM2048.00 serta hadiah-hadiah lain daripada penaja. Pehhh... Bukan main banyak hadiah dia! Kot kot nak hulur satu dua kat aku pun apa salahnya kan. Orang kata tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima. Haha!


Turut memberikan saingan yang sengit, Nur Fatihah Sazali bergelar Naib Juara yang membawa pulang hadiah keseluruhan bernilai RM11,758.00 dan Alya Abdul pulang sebagai pemenang Tempat Ketiga dengan hadiah keseluruhan bernilai RM9818.00.

Dan sekalung penghargaan buat juri-juri jemputan pada hari kejadian, iaitu, Encik Faizal Hamid (Pensyarah Fesyen UiTM), Puan Rosie Haslinda (Editor Pengurusan Majalah InTrend), Ashraf Dasley (Model) dan Puan Azura Mokhtar (Senior Centre Manager).


PWM2018 ni dibawakan oleh Plaza Shah Alam bersama penaja utama Habib Jewels dan Ice-Watch. Katanya PWM2018 telah menerima lebih 200 penyertaan yang terdiri daripada wanita Melayu pelbagai latar belakang, kerjaya dan pengalaman. Hebat betul sambutan kali ni. Untuk pengetahuan, 3 peringkat uji bakat telah diadakan sebelum 30 orang peserta dipilih untuk ke peringkat separuh akhir. Namun, hanya 12 orang peserta telah dipilih untuk ke peringkat akhir PWM2018.



Antara penaja lain bagi PWM2018 adalah Elianto Makeup, Butik D’Qapas, Parca Apparel, Anytime Fitness, Arco.MY, OC (Original Classics), NR Cosmetic, Ashira Kasih Exclusive, Ani Catering & Wedding Planner, Satay Station, Shaiful Azli Affaley, Loreal by Naluri dan Chriszen Official.

Senarai Pemenang Pencarian Wanita Melayu 2018

Ikon Wanita Melayu 2018
Amy Nurtinie Abdul Aziz

Naib Juara
Nur Fatihah Sazali

Tempat Ketiga
Alya Iman Abdul

Miss Personality
Huda Saber

Miss Photogenic
Siti Raihana Rahamat

Miss Social Media
Nur Ezzeyanti Natasha Norazman








Kepada mereka yang berminat untuk menyertai Pencarian Wanita Melayu ni pada tahun akan datang, boleh follow laman rasmi seperti di bawah:

www.facebook.com/PencarianWanitaMelayu
www.plazashahalam.com
www.facebook.com/PLAZA.SHAH.ALAM
www.instagram.com/plazashahalam

Tahniah sekali lagi!

Rabu, 18 April 2018

Pencarian Wanita Melayu (Ikon Wanita) Bermula Sekarang!

Salam.


Pencarian Wanita Melayu 2018 (PWM2018) kembali buat tahun kelima untuk membuka peluang kepada semua gadis Melayu kat luar sana tu bagi merebut peluang bergelar Ikon Wanita 2018. Istimewanya kali ni pihak penganjur Plaza Shah Alam membuka peluang kepada semua gadis tanpa mengira saiz dan berat badan. Untung kan?

Barisan pemenang PWM yang lepas. Dari kiri: Ashira Kaseh (2014), Hazwani Zaini (2015), Ayu Harris (2016) dan Nurul Ain (2017).

Sesi uji bakat PWM2018 telah diadakan pada 7 April 2018 (Sabtu) bertempat di Plaza Shah Alam bermula jam 11 pagi bagi sesi pertama dan jam 2 petang bagi sesi kedua. Peserta dinilai daripada sudut personaliti, kemahiran berkomunikasi dan bakat yang ingin ditonjolkan. Beberapa soalan diajukan oleh juri bagi melihat keupayaan serta kebolehan para peserta dalam menjawab soalan secara spontan dalam masa yang ditetapkan. Nervous ke tidak tu?






Setelah menjalani sesi uji bakat, seramai 30 orang peserta telah dipilih oleh juri untuk meneruskan perjalanan dalam merebut peluang bergelar Ikon Wanita 2018. Tahniah kepada 30 orang peserta yang berjaya mara ke peringkat separuh akhir PWM2018! Haaa... Mari kita tengok sikit calon-calon menantu ehhh calon-calon juara PWM2018 kat bawah ni.


Penaja utama PWM2018 ni bukan calang calang jenama ya! Haaa... Habib Jewels sekali lagi menjadi penaja utama PWM2018 kali ni bersama Ice-Watch. Penaja-penaja yang lain adalah Elianto Makeup, Arco.my, D'Qapas, Original Classic (OC), NRCosmetics (NRC), Shaiful Azley Affaley dan Ani Catering & Wedding Planner.

Puan Azura Mokhtar bersama General Manager Ice-Watch, Encik Rizwan.

Tentatif Pencarian Wanita Melayu 2018 (PWM2018)

5 April 2018 (Khamis)
Press Conference PWM2018

7 April 2018 (Sabtu)
Sesi Uji Bakat PWM2018

21 April 2018 (Sabtu)
Semi-final PWM2018

22 April 2018 (Ahad)
Mentoring session
  • Rock climbing
  • Kelas etika
  • Perundingan imej & sesi fitting acara final
  • Sesi fotografi finalis PWM2018

23 April 2018 (Isnin)
Kelas Solekan bersama ELIANTO
Lokasi: Elianto, Mid Valley

25 April 2018 (Rabu)
Lawatan ke ibu pejabat Habib Jewels

26 April 2018 (Khamis)
Pertandingan Memasak Bersama Chef Liza
Lokasi: Plaza Shah Alam

28 April 2018 (Sabtu)
Acara Kemuncak Akhir PWM2018
Lokasi: Plaza Shah Alam
Masa: 2 hingga 5 petang 


Bagi menyuntik kelainan, PWM2018 memperkenalkan pengacara lelaki bagi acara separuh akhir dan acara kemuncak akhir PWM2018. Jadi, Karl Shafek telah diberikan mandat dan kepercayaan sebagai pengacara. Ismail Izzani pula akan membuat persembahan di acara kemuncak akhir PWM2018 yang bakal berlangsung pada 28 April ini. Untuk mengikuti perkembangan PWM2018 dengan lebih dekat, korang boleh follow laman rasmi seperti di bawah:


Semoga berjaya!

Selasa, 27 Februari 2018

Filem Surf This Love Angkat Sukan Luncur Air!

Salam.


Filem Melayu terbaru, Surf This Love: Gelora Juara baru je ditayangkan pada 22 Februari yang lepas. Masih sempat lagi tengok filem ni minggu ni. Rasanya takde filem filem blockbuster yang akan ditayangkan pada minggu ni. Jadi korang boleh ambil kesempatan untuk tengok filem Surf This Love: Gelora Juara kat panggung wayang berdekatan korang. Tapi kalau korang blur blur ayam filem ni pasal apa, siapa pelakon pelakon dia best ke tidak, aku dah terangkan kat bawah ni. Baca jangan tak baca! Haha!

Filem: Surf This Love: Gelora Juara
Tarikh Tayangan: 22 Februari 2018
Genre: Romantik Komedi
Pelakon: Syukri Yahya, Christine Suzanne, Pekin Ibrahim, Ardell Aryana, Josiah Hogan, Mustagiqm Bahadon & Syuhaida Abraz
Pengarah: Waan Hafiz



Sinopsis:

Minat Billy terhadap sukan meluncur air tidak pernah pudar. Billy bertemu dengan Mia, seorang blogger dari Kuala Lumpur yang datang bercuti di Pulau Tioman. Billy membawa Mia bersiar-siar seluruh pulau tersebut. Dari perkenalan singkat itu, Billy jatuh hati terhadap Mia kerana sikap Mia yang tidak merendahkan cita-citanya. Namun, Billy patah hati apabila mengetahui yang Mia sudah berpunya dan teman lelaki Mia adalah Mike Malaya, idola Billy dalam sukan meluncur air. Siapakah yang akan menjadi pilihan Mia? Adakah Mike Malaya atau adakah Billy? Apakah rahsia yang disembunyikan oleh Mike Malaya? Dan kenapakah Jimmy tidak mahu mengajar Billy meluncur air?

Pada 19 Februari yang lalu, Malam Gala dan Tayangan Perdana filem Surf This Love: Gelora Juara telah diadakan di mmCineplexes eCurve Damansara. Jadi mari kita tengok pandangan blogger-blogger yang dah tengok filem ni hari tu?


"Jalan cerita dinamik, visual cantik dan menyentuh elemen persahabatan dan keluarga dengan baik." - Eazy Izzuddin
"Setiap pelakon berjaya menjiwai watak dan kelakar habis!" - Khai Artzfar
"Lain daripada yang lain! Pulau Tioman memberikan impak yang cantik pada visual." - Syafiera Yamin
"Watak Billy sangat menyerlah dengan perangai gila-gila dan kelakar." - Ahmad Fauzi Aryaan
"Menghiburkan dan santai!" - Rafzan Tomomi
"Tidak bosan malah agak menghiburkan!" - Syazwan Rahman

Saksikan filem Surf This Love: Gelora Juara di pawagam berdekatan sekarang!

Isnin, 18 Disember 2017

Aishah Juara Gegar Vaganza 2017 (Musim 4)

Salam.


Keputusan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2017

Juara: Aishah
Hadiah: RM 100 ribu dan lain-lain

Naib Juara: Liza Hanim
Hadiah: RM 50 ribu dan lain-lain

Tempat Ketiga: Lan Solo
Hadiah: RM 30 ribu dan lain-lain

Tempat Keempat: Hazami
Hadiah: RM 20 ribu dan lain-lain

Tempat Kelima: Firman
Hadiah: RM 15 ribu dan lain-lain

Tempat Keenam: Tia Jinbara
Hadiah: RM 6 ribu dan lain-lain

Setelah 8 minggu berlangsung pada setiap hari Ahad, Gegar Vaganza 2017 akhirnya telah melabuhkan tirai program pada malam tadi. Habislah sunyi sepi hujung minggu kita lepas ni. Apa-apa pun, tahniah diucapkan kepada lagenda negara Malaysia, Aishah kerana telah menjadi juara Gegar Vaganza pada tahun 2017 ini. Memang terbaik persembahan Aishah malam tadi! Selayaknya dinobatkan mahkota juara pada malam tadi. Semoga karier Aishah terus berkembang dan sentiasa mendapat sokongan yang berterusan dari semua peminat.



Pada malam tadi, ada dua pusingan telah dijalankan, pusingan solo dan pusingan battle. Haaa... Pusingan solo tu macam biasa lah menyanyi secara solo. Pusingan battle pula setiap finalis telah dipasangkan antara satu sama lain untuk menyanyi satu lagu yang sama. Jika korang ingat ingat lupa lagu-lagu yang telah dinyanyikan malam tadi, mari kita imbas balik senarai lagu yang telah dipersembahkan oleh finalis-finalis bintang Gegar Vaganza 2017 pada konsert akhir:

Pusingan Solo
Aishah - All By Myself (Celine Dion)
Firman - Drama King (Meet Uncle Hussein feat. Black)
Hazami - Bahagiamu Deritaku (Hafiz Suip)
Lan Solo - Smells Like Teen Spirit (Nirvana)
Liza Hanim - Meniti Titian Usang (Search)
Tia Jinbara - Romancinta (Mojo)

Pusingan Battle
Aishah VS Liza Hanim - Supergirls (De Fams)
Hazami VS Lan Solo - Amboi (Altimet)
Firman VS Tia Jinbara - Tepi Sikit (Sleeq feat. Joe Flizzow)




Tahniah diucapkan kepada semua! Jumpa lagi Gegar Vaganza tahun depan! Sebelum berpisah, kita tengok markah setiap finalis bagi konsert akhir malam tadi:
  1. Aishah - 81%
  2. Liza Hanim - 79%
  3. Lan Solo - 70.4%
  4. Hazami - 70%
  5. Firman - 69%
  6. Tia Jinbara - 66%

Sumber Gambar: Gegar Vaganza Official

Selasa, 14 November 2017

Ayda Jebat Kecewa Gagal Ke AJL 32 - "Next Buat Lagu Ala 90an"

Salam.

Sumber gambar: DI SINI

Nampaknya bahang Anugerah Juara Lagu 32 (AJL 32) semakin terasa bila Ayda Jebat mengeluarkan komen komen tentang kegagalannya mendapatkan tempat di acara berprestij tersebut di laman instagram miliknya. Haaa... Ayda Jebat agak terus terang dengan kekecewaannya itu. Ye lah. Penyanyi mana yang tidak kecewa jika tidak berjaya ke AJL kan? AJL kot! Hampir semua penyanyi mengidamkan untuk bertanding di pentas itu. Tapi nak buat macam mana, belum ada rezeki lagi. Akim sendiri pernah mengeluarkan kenyataan untuk tidak lagi menyertai AJL kerana 4 tahun berturut-turut hanya sekadar berjaya ke peringkat separuh akhir je. 4 tahun tu! Tapi Ayda Jebat baru 2 tahun je kan? Sabar lah ye. Ada lagi 2 tahun lagi. Haha!

Jadi mari kita lihat antara komen komen yang dikeluarkan oleh Ayda Jebat sendiri di laman instagramnya.

"Korang ada taste."


"Kena baik dengan juri atau produser dulu..."


"Takkan berkembang selagi ada politik."

"Next buat lagu ala 90an."

"Industri taknak pembaharuan."


Normal lah bila tengah kecewa macam tu. Kadang kadang kita tak sedar kita mengeluarkan komen komen yang mungkin menyinggung hati dan perasaan orang lain. Cuma mungkin Ayda Jebat boleh elakkan komen komen seperti itu secara terbuka kerana mengundang pelbagai pandangan dan tanggapan negatif daripada orang ramai. Tapi kalau Ayda Jebat tak kisah, kisah pula aku? Haha! All the best to Ayda Jebat!

Isnin, 13 November 2017

Anugerah Juara Lagu 32 (AJL 32) - Senarai Lagu, Penyanyi, Komposer & Penulis Lirik

Salam.

Sumber gambar: DI SINI

Tahniah kepada semua finalis Anugerah Juara Lagu ke-32! Nampaknya kita dapat lihat penyanyi-penyanyi muda dan baharu telah mendominasi pentas AJL ke-32 kali ni, antaranya ialah Khai Bahar, Haqiem Rusli, Wany Hasrita, Hael Husaini dan Ara Johari. Tak dilupakan juga penyanyi-penyanyi yang saban tahun tersenarai dalam AJL, Dayang Nurfaizah dan Hazama. Adakah kategori Vokal Terbaik pada AJL kali ini akan menjadi milik Dayang Nurfaizah sekali lagi? Atau kehadiran Salma akan menamatkan ketuanan Dayang Nurfaizah terhadap kategori itu? Tapi jangan dilupa kehebatan dan kemerduan paduan suara Syamel dan Ernie Zakri!

Sejujurnya aku berpuas hati dengan senarai lagu yang berjaya ke AJL 32 ini. Walaupun aku mengharapkan lagu Terus Mencintai (Siti Nordiana), Aisyah (Projector Band), Zalikha (Floor 88) dan Lagu Untuk Laila (Akim & The Majistret) untuk mara, tapi lagu-lagu yang dah tersenarai ini pun dah cukup memadai. Cuma satu lagu je aku tak berapa berkenan! Lagu yang mana satu? Biarlah rahsia... Haha!

Lagu: AKHIRNYA CINTA
Penyanyi: Salma
Komposer & Penulis Lirik: Ajai & Slen

Lagu: AKU CINTA
Penyanyi: Syamel & Ernie Zakri
Komposer & Penulis Lirik: Syamel

Lagu: AKU YANG SEBENAR
Penyanyi: Hazama The Penglipur Lara
Komposer & Penulis Lirik: M.Nasir & Ad Samad

Lagu: AMBOI
Penyanyi: Altimet
Komposer & Penulis Lirik: Altimet

Lagu: BAYANG
Penyanyi: Khai Bahar
Komposer & Penulis Lirik: Alam & Patrick Anohada

Lagu: JAMPI
Penyanyi: Hael Husaini
Komposer & Penulis Lirik: Hael Husaini & Ezra Kong

Lagu: LEBIH SEMPURNA
Penyanyi: Syamel
Komposer & Penulis Lirik: Syamel

Lagu: MENAHAN RINDU
Penyanyi: Wany Hasrita
Komposer & Penulis Lirik: Ibnu & Gouffran

Lagu: SEJATI
Penyanyi: Azmi Caliph Buskers
Komposer & Penulis Lirik: Faizal Tahir & Mike Chan

Lagu: SEPARUH MATI KU BERCINTA
Penyanyi: Dayang Nurfaizah
Komposer & Penulis Lirik: Ajai

Lagu: TERGANTUNG SEPI
Penyanyi: Haqiem Rusli
Komposer & Penulis Lirik: Ibnu & Gouffran

Lagu: WARKAH UNTUKKU
Penyanyi: Ara Johari
Komposer & Penulis Lirik: Hang Nadim & Laq

Tak sabarnya! Terlalu banyak lagu kegemaran aku layak ke pentas AJL ni. Rambang mata aku nak sokong yang mana satu. Haha!

Sabtu, 21 Oktober 2017

Universiti Teknologi Petronas (UTP) Juara Program Keusahawanan Universiti VEST 2017

Salam.


Program keusahawanan universiti VEST 2017 telah bermula dengan 1,696 orang mahasiswa yang terdiri daripada 23 Institut Pengajian Tinggi (IPT) seluruh negara bersamaan dengan 273 idea perniagaan. Dalam tempoh enam bulan, hanya tiga idea perniagaan layak ke peringkat akhir selepas melalui tiga saringan dengan pelbagai latihan perniagaan secara intensif.

Pada Tahap 1, kumpulan yang layak telah diberikan latihan selama tiga hari sebelum disaring pada sesi business pitching yang pertama. Fasa permulaan ini telah mendapat sokongan padu daripada akademi Perbadanan Nasional Berhad (PNS). Seterusnya, 10 kumpulan terbaik dipilih setelah diadili secara menyeluruh semasa sesi business pitching yang pertama. Sesi boot camp selama tiga hari di Janda Baik, Pahang dan tambahan dua hari di pusat latihan Fizo Omar Consultancy, Bangi sebelum melangkah ke Malam Gala VEST 2017.




Finalis 10 kumpulan terbaik kemudian diadili untuk sesi business pitching separuh akhir pada 15 Oktober 2017 oleh tiga orang juri profesional:
  • Datuk Zahari Omar, Naib Presiden Bumiputera Retails Organization
  • Tuan Syed Naqiz Shahabuddin Syed Abdul Jabbar, Naib Presiden Bumiputera Retails Organization
  • Puan Valerie Choo, Timbalan Presiden Malaysia Retail Chain Association (MRCA)

Setelah diadili, finalis 3 kumpulan terbaik dipilih untuk sesi business pitching peringkat akhir pada Malam Gala VEST 2017 yang telah diadakan di Dewan Dektar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi pada hari yang sama. Jangan tak tahu, Malam Gala VEST 2017 dimeriahkan lagi dengan kehadiran Yang Amat Berhormat, Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. Selain itu, majlis tersebut turut dihadiri oleh Dato' Dr Mohd Izhar Ariff, Heliza Helmi, Fizo Omar, Mawar Karim, Wany Hasrita, Faizal Ismail, Naib Canselor universiti, para usahawan dan pelajar-pelajar.






Jadi apa keputusannya? Jeng jeng jeng... Setelah finalis 3 kumpulan terbaik melalui sesi business pitching yang terakhir, idea perniagaan mereka telah dinilai secara menyeluruh. Haaa... Berdebar tak?  Tapi tak payah nak berdebar sangat lah, aku rasa tajuk entri ni pun dah beritahu siapa yang menang. Haha! Mengumumkan kedudukan 3 kumpulan terbaik adalah seperti berikut:
  • Juara: SolviePro - Universiti Teknologi Petronas (UTP)
  • Naib Juara: Serdang Cendol - Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Tempat Ketiga: Fast 2 Print - Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)






Tahniah diucapkan! Nampaknya Malam Gala VEST 2017 telah menobatkan UTP sebagai juara dengan idea perniagaan SolviePro. Haaa... Nak tahu tak apa dia SolviePro tu? SolviePro adalah merupakan aplikasi berkonsepkan Uber tetapi khusus untuk pasaran dunia pekerjaan. Idea perniagaan kumpulan tersebut telah berjaya merealisasikan impian mereka untuk membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 25,000.


Naib Juara pula membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 15,000 dan telah menjadi milik kumpulan dari UPM melalui Serdang Cendol. Pencuci mulut kegemaran rakyat Malaysia itu telah diinovasikan supaya mudah dinikmati dan lebih sihat. Pada masa yang sama, UKM meraih tempat ketiga dengan Fast 2 Print dan seterusnya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 10,000. Fast 2 Print adalah perniagaan mesin percetakan automatik seperti Auto Teller Machine (ATM) yang beroperasi selama 24 jam. Mesin percetakan automatik ini memudahkan urusan sesiapa sahaja tanpa mengira waktu.


Untuk maklumat lanjut mengenai pertandingan VEST 2017 ni, sila layari laman-laman rasmi seperti kat bawah ni:

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com