Rabu, 13 Disember 2017

Lagu Aliff Syukri & Nur Sajat (Abang Nak Tegur) Catat Hampir 300 Ribu Dislikes Di YouTube

Salam.


Tahniah Aliff Syukri dan Nur Sajat! Tahniah kerana telah mencatatkan rekod dengan lagu paling banyak dislikes di laman YouTube bagi negara Malaysia! Mohon pihak berwajib The Malaysia Book of Records untuk sahkan pencapaian Aliff Syukri dan Nur Sajat ni. Setakat hari ini, lagu Abang Nak Tegur itu telah mendapat lebih kurang 283 ribu dislikes berbanding hanya 38 ribu likes. Secara peratusnya, lagu itu mencatatkan 88.2% dislikes. Kalau ikut gred SPM, markah itu dah kategori A, kategori cemerlang tinggi. Haha! Nampaknya strategi Aliff Syukri dan Nur Sajat untuk menceburkan diri dalam industri nyanyian tidak dipersetujui majoriti rakyat Malaysia. Pada pendapat peribadi aku, lagu Abang Nak Tegur tu tiada lah teruk mana, masih boleh dilayan. Cuma ada suara dalam lagu itu yang merangsang motivasi untuk menekan butang dislikes cepat cepat. Macam mana tu? 


Siapa yang belum tekan butang dislikes tu, boleh lah tekan butang tu sekarang. Semoga rekod yang dicipta nanti bukan setakat level negara Malaysia tapi menjangkau level Asia dan siapa tahu level dunia? Silap silap level angkasa lepas! Haaa... Malaysia boleh tak? Malaysia boleh! Haha! Aku gurau je lah. Terpulang lah korang nak tekan butang likes ataupun butang dislikes. Kisah pula aku?

1 ulasan:

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com