Khamis, 15 November 2018

Lirik Lagu Aliff Syukri - Biar Apa Orang Kata

Salam.

Dia datang lagi! Selepas kontroversi lagu Bobo Di Mana, Dato' Sri Aliff Syukri cuba meredakan ketegangan dalam kalangan netizen dengan menghasilkan lagu berunsur kerohanian yang berjudul Agama Kedamaian (Deen Assalam) duet bersama isteri tercinta. Haaa... Tak habis setakat itu je, nampaknya beliau kembali dengan lagu baharu yang berjudul Biar Apa Orang Kata karya Edry Abd Halim. Katanya lagu ni bertujuan memberikan semangat dan motivasi terutamanya kepada mereka yang sering rasa rendah diri.


Lirik Lagu Aliff Syukri - Biar Apa Orang Kata

Hey kau lihat sini
Ramai sedang memerhati
Rupa menawan bergaya
Hingga semua tergila

Biar apa orang kata
Kamu cantik huuu cantik
Lebih ranggi dari bintang tv

Siapa berjiwa teruna
Dialah laki laki seksi
Tak kira janda atau dara
Dialah gadis gadis seksi

Mana sahaja kau pergi
Banyak dah hati tercuri
Teman sekeliling pinggang
Satu pergi sepuluh datang

Biar apa orang kata
Kamu elok huuu elok
Lebih macho dari bintang hero

Siapa rasa dia seksi ikut saya
Hey ladies siapa seksi
Siapa seksi dia menari
Hey guys siapa seksi
Siapa seksi dia menyanyi
Alright
You look so so hot
Wow menggoda

Layak ke tak dengan lagu ni?

Khamis, 27 September 2018

Lirik Lagu Aliff Syukri & Shahida - Agama Kedamaian (Deen Assalam)

Salam.


Alhamdulillah. Sejuk hati dengar Aliff Syukri dan isteri Shahida menghasilkan single baru yang berjudul Agama Kedamaian. Macam pernah dengar kan lagu ni? Haaa... Sebenarnya lagu ni adalah lagu Deen Assalam yang dipopularkan oleh Sabyan Gambus. Jangan tak tahu yang penyanyi asal kepada lagu Deen Assalam ni adalah Sulaiman Al Mughni.

Walaupun suara Aliff Syukri ni tak pernah sedap, tapi aku patut puji dan bagi kredit kerana lagu lagu yang macam ni perlu diketengahkan, bukannya lagu Bobo Di Mana. Betul tak? Tapi aku layan juga lagu Bobo Di Mana tu sebab catchy dan mesra telinga. Cuma suara penyanyi penyanyi dia je lah aku tak berapa nak boleh hadam. Suara masing masing memang sengaja nak mengundang petir dan halilintar ke macam mana? Haha!

Lirik Lagu Aliff Syukri & Shahida - Agama Kedamaian

Killa hadzil ard mataqfii masahah
Lu na'i syibla samahah
Winta'ayasna bihub
Lau tadiqil ardi naskan kalli galb

Abtahiyyah wabsalam
Ansyuru ahlal kalam zainuddin yahtirom
Ibmahabbah wabtisam
Ansyuru bainil anam hadzahuddinissalam

Hadirlah kedamaian
Sebarkanlah ucapan yang penuh kemanisan
Kasih sayang dan senyuman
Sebarkan seluruh alam agama kedamaian

Teruskan sebar kedamaian!

Rabu, 13 Disember 2017

Lagu Aliff Syukri & Nur Sajat (Abang Nak Tegur) Catat Hampir 300 Ribu Dislikes Di YouTube

Salam.


Tahniah Aliff Syukri dan Nur Sajat! Tahniah kerana telah mencatatkan rekod dengan lagu paling banyak dislikes di laman YouTube bagi negara Malaysia! Mohon pihak berwajib The Malaysia Book of Records untuk sahkan pencapaian Aliff Syukri dan Nur Sajat ni. Setakat hari ini, lagu Abang Nak Tegur itu telah mendapat lebih kurang 283 ribu dislikes berbanding hanya 38 ribu likes. Secara peratusnya, lagu itu mencatatkan 88.2% dislikes. Kalau ikut gred SPM, markah itu dah kategori A, kategori cemerlang tinggi. Haha! Nampaknya strategi Aliff Syukri dan Nur Sajat untuk menceburkan diri dalam industri nyanyian tidak dipersetujui majoriti rakyat Malaysia. Pada pendapat peribadi aku, lagu Abang Nak Tegur tu tiada lah teruk mana, masih boleh dilayan. Cuma ada suara dalam lagu itu yang merangsang motivasi untuk menekan butang dislikes cepat cepat. Macam mana tu? 


Siapa yang belum tekan butang dislikes tu, boleh lah tekan butang tu sekarang. Semoga rekod yang dicipta nanti bukan setakat level negara Malaysia tapi menjangkau level Asia dan siapa tahu level dunia? Silap silap level angkasa lepas! Haaa... Malaysia boleh tak? Malaysia boleh! Haha! Aku gurau je lah. Terpulang lah korang nak tekan butang likes ataupun butang dislikes. Kisah pula aku?

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com