Salam.
Jadi ceritanya sejak bulan Ogos hari itu lagi aku dah plan nak makeover dapur rumah ni. By makeover, I mean, total makeover. Kira completely revamped lah. Dapur rumah ini dah memang macam ini tak berubah langsung sejak 1995. Outdated dan keadaan dapur aku pun agak menyedihkan. Haha!
Keadaan dapur sebelum makeover.
Mula mula agak serabut juga sebenarnya sebab aku handle proses ini sorang sorang, bermula dari buat design, coordination dengan suppliers dan contractor, beli barang, macam macam lagi lah. Lepas tu nak masuk kerja hari hari macam biasa. Ada masa sampai terpaksa ambil cuti! Gigih ke tidak? Jadi aku pun mula rancang dari segi susun atur kelengkapan dapur, pemilihan material, project timeline dan lain-lain.
Kat sini aku kongsikan proses makeover dapur aku ni dari A hingga Z.
- Design stage. Untuk design stage ni, aku banyak pakai software SketchUp.
- Memilih dan membeli material (tiles, sanitary fitting, kitchen cabinet, kitchen appliances, etc.).
- Cari kontraktor yang memuaskan dari segi harga dan kerja.
- Construction.
- Pemasangan kabinet.
Nampak macam senang tapi sebenarnya pening bila fikir pasal coordination. Dari awal masa buat design tu, aku dah banyak kali tukar design, dari L-shaped kitchen kepada I-shaped. Semua ada lebih kurang 5 revisions. Fasa design ni mengambil masa dalam dua bulan juga sebelum design aku betul betul finalize.
Last last macam tu lah final design. Design ni mengikut bajet dan untuk tak kelihatan bosan, aku play around with different size of panels, colours & textures. Tapi yang penting semua ini masih praktikal lah.
Antara design design awal.
Aku memang suka dengan earth tone terutama sekali untuk kemasan ruang. Jadi pallate dapur aku ini memang earthy; warna putih, kelabu, coklat, hitam, etc. Kemudian perlahan-lahan aku cari barang barang yang aku nak beli. Proses ini memang mengambil masa.
Tiles - Kimgres
Kat sini aku gunakan kelebihan aku sebagai arkitek. Haaa... Aku dapat lah harga murah untuk barang-barang building construction ni.
Kat bawah ni sampel tiles. Aku pilih 600 x 600mm matt grey porcelain untuk lantai dan 400 x 200mm gloss white ceramic untuk dinding.
Appliances (Hood & Hob) - Zanussi
Yang ni berbaloi sebab dapat beli murah kat HomePro.
Cabinetry - IKEA
Aku agak beruntung sebab banyak panel yang aku pilih dah start discontinued jadi IKEA jual almost separuh daripada harga asal. Untung kan?
Sebab aku dah ada design dapur yang aku nak, aku cuma tinggal set appointment dengan IKEA untuk mereka modelkan semula design dapur aku tadi dalam sofware IKEA Kitchen Planner. Lepas dah consult dengan IKEA, mereka akan generate drawing untuk kontraktor rujuk masa pemasangan nanti.
Drawing ini lengkap dengan senarai barang yang kena dibeli dengan harga sekali. Disebabkan drawing ni computer-generated, biasanya takde lah barang yang tertinggal. Kalau ada yang tertinggal tu mungkin disebabkan mereka terlupa masukkan dalam drawing. Jadi pastikan semak semula semua barang untuk pemasangan tu ada sebelum kontraktor datang. Untuk sebarang info pembelian dan pemasangan kabinet dapur IKEA, boleh rujuk di sini.
Drawing ini lengkap dengan senarai barang yang kena dibeli dengan harga sekali. Disebabkan drawing ni computer-generated, biasanya takde lah barang yang tertinggal. Kalau ada yang tertinggal tu mungkin disebabkan mereka terlupa masukkan dalam drawing. Jadi pastikan semak semula semua barang untuk pemasangan tu ada sebelum kontraktor datang. Untuk sebarang info pembelian dan pemasangan kabinet dapur IKEA, boleh rujuk di sini.
Macam ni lah lepas dah siap render dalam IKEA Kitchen Planner tu. Tapi tak accurate lah, bergantung kepada site condition dan adjustment.
Masa construction tu, rumah aku memang bersepah gila lah. Lagi pula kontraktor aku orang Indonesia. Memang boleh kata takde site order. Ikut suka dia je barang barang letak sana letak sini. Haha! Baca drawing pun tak pandai sebenarnya. Aku punya lah buat detail drawing (siap dalam 3D lagi supaya dia mudah faham) tapi kontraktor tu tak tengok pun. Sabar je lah. Nak murah punya pasal kan? Terima lah dengan hati yang terbuka. Tapi aku puas hati juga sebab workmanship kontraktor tu kira cantik juga.
Aku pecahkan dinding pemisah antara dapur dan ruang tamu supaya ruang nampak lebih luas.
Piping works, wiring dan tiling. Untuk dinding, aku guna dua saiz tiles gloss white ceramic, 400 x 200mm (general wall) dan 300 x 100mm (feature wall).
Siap dah! Alhamdulillah. Walaupun banyak juga sebenarnya yang kontraktor buat tak ikut drawing. Tapi aku tutup sebelah mata je lah. Nasib baik aku puas hati juga lah dengan workmanship dia.
Lepas kontraktor siap dengan construction dia, dua hari lepas tu kontraktor dari IKEA pula datang untuk pasang kabinet dapur.
Walaupun konsep IKEA ni flat-packed, maksudnya barang barang kita bawa balik dan pasang sendiri, bagi IKEA METOD (kabinet dapur) ni, pihak IKEA mengesyorkan kontraktor panel IKEA sendiri pasangkan semua barang tu. Sebab kontraktor mereka memang pakar dan berpengalaman untuk pasang IKEA METOD.
Korang jangan tak tahu yang kontraktor dari IKEA Damansara tak sama dengan kontraktor dari IKEA Cheras. Haaa... Untuk makluman korang lagi, kontraktor dari IKEA Tebrau sama dengan kontraktor dari IKEA Cheras.
Kat atas ni antara gambar masa kontraktor panel IKEA pasang kabinet dapur. Sehari je dorang pasang semua tu, dari pagi sampai petang. Jadual dorang memang penuh. Setiap hari (Isnin hingga Sabtu), mereka pasang kat rumah yang berbeza. Haaa... Kalau tak silap, kontraktor kat IKEA Damansara ni ada tujuh team kesemuanya. Jadual semua team penuh sepanjang minggu. Jadi boleh bayangkan berapa banyak rumah yang pilih kabinet dapur IKEA ni.
Pemasangan ni dikenakan bayaran. Takde makna percuma! Secara kasarnya, kos pemasangan adalah RM90 per meter. Kiraan ni berdasarkan ingatan aku je. Pemasangan perkakas dan alat dapur, singki dan tap dikira secara berasingan.
Akhirnya siap dah pun! Macam ni lah hasilnya. Menjadi juga planning aku selama berbulan-bulan ni. Alhamdulillah.
Lepas dinding pembahagi antara dapur dan ruang tamu dibuka, nampak lebih luas lah rumah. Dapur dan ruang tamu dah nampak macam satu ruang je. Salah satu helah nak bagi ruang nampak lebih luas adalah dengan adanya open-planned layout dan penggunaan warna yang terang atau penggunaan cermin yang besar.
Kat sini boleh nampak proses dari design kepada visualisation oleh IKEA. Dan bila dah siap, sama ke tidak?
"Sebelum" nampak agak outdated dan membosankan.
"Selepas" nampak lebih sleek dan menyegarkan. Macam dalam showroom pula. Ehhh... Haha!
Wow, amazed tengok rupa lepas renovation!
BalasPadamhaha kan pojie? thank you 🤗
Padamtuan, boleh share estimate cost?
BalasPadamUtk projek ni, Cost estimate utk Ikea metod dalam 5.5k Hood & Hob 1k, Caj pemasangan dalam 900. Harap membantu.
PadamSalam tuan, boleh bg kontek ke cmne nk tau Ikea Panel kontraktor?
BalasPadamKalau utk pemasangan Ikea Metod, contractor Ikea Damansara (CT Art Design sdn bhd), boleh kunjungi Ikea Damansara di kawasan customer service utk berurusan.
PadamWOW..subhanallah cantiknya... Brilliant brotha 🙌💪👍
BalasPadamAssalamualaikum
BalasPadamblind camtu beli kat mana..bekenan jugak
Boleh beli di Spotlight
PadamSalam, bole share no contractor?
BalasPadamBoleh. PM sy kat ig; ysri_shmsddin. Tak sesuai nak share contact dia kt sini
PadamBerapa kos pecahkan dinding tu
BalasPadamUntuk kerja-kerja contractor sy dalam 5K
Padamsalam..berapa lame jangka masa dari consultation dgn designer ikea smpai dorg datang pasang?thank you.
BalasPadamConsultation kena set appointment kt website IKEA. Ikut availability. Lepastu terus purchase. Product delivery within 3 days. Contracotr appointment pun ikut slot availability jgk. Up to 2 months pun ada. Kena cek dgn IKEA yer.
PadamOkey tak hood zanussi? Dari segi nak cleaning process. Itu kira tebuk dinding ke luar kan?
BalasPadam