Jumaat, 22 Disember 2017

Panduan & Pengalaman Ubah Suai Dapur - IKEA METOD (Sebelum & Selepas)

Salam.


Jadi ceritanya sejak bulan Ogos hari itu lagi aku dah plan nak makeover dapur rumah ni. By makeover, I mean, total makeover. Kira completely revamped lah. Dapur rumah ini dah memang macam ini tak berubah langsung sejak 1995. Outdated dan keadaan dapur aku pun agak menyedihkan. Haha!

Keadaan dapur sebelum makeover.




Mula mula agak serabut juga sebenarnya sebab aku handle proses ini sorang sorang, bermula dari buat design, coordination dengan suppliers dan contractor, beli barang, macam macam lagi lah. Lepas tu nak masuk kerja hari hari macam biasa. Ada masa sampai terpaksa ambil cuti! Gigih ke tidak? Jadi aku pun mula rancang dari segi susun atur kelengkapan dapur, pemilihan material, project timeline dan lain-lain.

Kat sini aku kongsikan proses makeover dapur aku ni dari A hingga Z.
  1. Design stage. Untuk design stage ni, aku banyak pakai software SketchUp.
  2. Memilih dan membeli material (tiles, sanitary fitting, kitchen cabinet, kitchen appliances, etc.).
  3. Cari kontraktor yang memuaskan dari segi harga dan kerja.
  4. Construction.
  5. Pemasangan kabinet.
Nampak macam senang tapi sebenarnya pening bila fikir pasal coordination. Dari awal masa buat design tu, aku dah banyak kali tukar design, dari L-shaped kitchen kepada I-shaped. Semua ada lebih kurang 5 revisions. Fasa design ni mengambil masa dalam dua bulan juga sebelum design aku betul betul finalize.

Last last macam tu lah final design. Design ni mengikut bajet dan untuk tak kelihatan bosan, aku play around with different size of panels, colours & textures. Tapi yang penting semua ini masih praktikal lah.

Antara design design awal.




Aku memang suka dengan earth tone terutama sekali untuk kemasan ruang. Jadi pallate dapur aku ini memang earthy; warna putih, kelabu, coklat, hitam, etc. Kemudian perlahan-lahan aku cari barang barang yang aku nak beli. Proses ini memang mengambil masa.

Tiles - Kimgres
Kat sini aku gunakan kelebihan aku sebagai arkitek. Haaa... Aku dapat lah harga murah untuk barang-barang building construction ni.

Kat bawah ni sampel tiles. Aku pilih 600 x 600mm matt grey porcelain untuk lantai dan 400 x 200mm gloss white ceramic untuk dinding.


Appliances (Hood & Hob) - Zanussi
Yang ni berbaloi sebab dapat beli murah kat HomePro.

Cabinetry - IKEA
Aku agak beruntung sebab banyak panel yang aku pilih dah start discontinued jadi IKEA jual almost separuh daripada harga asal. Untung kan?

Sebab aku dah ada design dapur yang aku nak, aku cuma tinggal set appointment dengan IKEA untuk mereka modelkan semula design dapur aku tadi dalam sofware IKEA Kitchen Planner. Lepas dah consult dengan IKEA, mereka akan generate drawing untuk kontraktor rujuk masa pemasangan nanti.

Drawing ini lengkap dengan senarai barang yang kena dibeli dengan harga sekali. Disebabkan drawing ni computer-generated, biasanya takde lah barang yang tertinggal. Kalau ada yang tertinggal tu mungkin disebabkan mereka terlupa masukkan dalam drawing. Jadi pastikan semak semula semua barang untuk pemasangan tu ada sebelum kontraktor datang. Untuk sebarang info pembelian dan pemasangan kabinet dapur IKEA, boleh rujuk di sini.




Macam ni lah lepas dah siap render dalam IKEA Kitchen Planner tu. Tapi tak accurate lah, bergantung kepada site condition dan adjustment.


Masa construction tu, rumah aku memang bersepah gila lah. Lagi pula kontraktor aku orang Indonesia. Memang boleh kata takde site order. Ikut suka dia je barang barang letak sana letak sini. Haha! Baca drawing pun tak pandai sebenarnya. Aku punya lah buat detail drawing (siap dalam 3D lagi supaya dia mudah faham) tapi kontraktor tu tak tengok pun. Sabar je lah. Nak murah punya pasal kan? Terima lah dengan hati yang terbuka. Tapi aku puas hati juga sebab workmanship kontraktor tu kira cantik juga.

Aku pecahkan dinding pemisah antara dapur dan ruang tamu supaya ruang nampak lebih luas.




Piping works, wiring dan tiling. Untuk dinding, aku guna dua saiz tiles gloss white ceramic, 400 x 200mm (general wall) dan 300 x 100mm (feature wall).



Siap dah! Alhamdulillah. Walaupun banyak juga sebenarnya yang kontraktor buat tak ikut drawing. Tapi aku tutup sebelah mata je lah. Nasib baik aku puas hati juga lah dengan workmanship dia.





Lepas kontraktor siap dengan construction dia, dua hari lepas tu kontraktor dari IKEA pula datang untuk pasang kabinet dapur. 

Walaupun konsep IKEA ni flat-packed, maksudnya barang barang kita bawa balik dan pasang sendiri, bagi IKEA METOD (kabinet dapur) ni, pihak IKEA mengesyorkan kontraktor panel IKEA sendiri pasangkan semua barang tu. Sebab kontraktor mereka memang pakar dan berpengalaman untuk pasang IKEA METOD.

Korang jangan tak tahu yang kontraktor dari IKEA Damansara tak sama dengan kontraktor dari IKEA Cheras. Haaa... Untuk makluman korang lagi, kontraktor dari IKEA Tebrau sama dengan kontraktor dari IKEA Cheras.





Kat atas ni antara gambar masa kontraktor panel IKEA pasang kabinet dapur. Sehari je dorang pasang semua tu, dari pagi sampai petang. Jadual dorang memang penuh. Setiap hari (Isnin hingga Sabtu), mereka pasang kat rumah yang berbeza. Haaa... Kalau tak silap, kontraktor kat IKEA Damansara ni ada tujuh team kesemuanya. Jadual semua team penuh sepanjang minggu. Jadi boleh bayangkan berapa banyak rumah yang pilih kabinet dapur IKEA ni.

Pemasangan ni dikenakan bayaran. Takde makna percuma! Secara kasarnya, kos pemasangan adalah RM90 per meter. Kiraan ni berdasarkan ingatan aku je. Pemasangan perkakas dan alat dapur, singki dan tap dikira secara berasingan.





Akhirnya siap dah pun! Macam ni lah hasilnya. Menjadi juga planning aku selama berbulan-bulan ni. Alhamdulillah.




Lepas dinding pembahagi antara dapur dan ruang tamu dibuka, nampak lebih luas lah rumah. Dapur dan ruang tamu dah nampak macam satu ruang je. Salah satu helah nak bagi ruang nampak lebih luas adalah dengan adanya open-planned layout dan penggunaan warna yang terang atau penggunaan cermin yang besar.


Kat sini boleh nampak proses dari design kepada visualisation oleh IKEA. Dan bila dah siap, sama ke tidak?




"Sebelum" nampak agak outdated dan membosankan.


"Selepas" nampak lebih sleek dan menyegarkan. Macam dalam showroom pula. Ehhh... Haha!


Semoga entri ini bermanfaat buat semua.

Penulis Artikel: Yusri Shamsuddin

Jumaat, 8 Disember 2017

Cara Mudah Delete Favourite Accounts Maybank2u

Salam.

Hari tu aku terkial-kial macam mana nak delete account yang dah tak diperlukan lagi dalam senarai favourite accounts kat Maybank2u aku. Haaa... Lepas google, akhirnya aku jumpa cara dia. Takde lah susah pun. Mudah je! Sebenarnya semua dah ada kat Maybank2u tu tapi aku tak perasan sebab tak pernah buat sebelum ni. Jom kita tengok step by step cara delete favourite accounts kat Maybank2u?

#1 Dah tentu lah korang kena log in Maybank2u. Jangan log in Facebook pula!


#2 Klik pada "Accounts & Banking" yang ada kat bahagian atas dan berwarna kuning tu.


#3 Seterusnya, klik "Transfers" untuk korang transfer duit ke account aku. Boleh?


#4 Cari sampai dapat "3rd party transfer" kat belah bawah sikit dan kemudian klik situ.


#5 Pilih account yang korang nak delete sangat tu.


#5 Habis tu nak tengok je? Tekan lah button "Delete" tu! Haha!

Semoga berjaya!

Isnin, 22 Mei 2017

6 Senaman Kempiskan Perut Buncit Dengan Mudah & Pantas

Salam.

Sumber gambar: DI SINI

Aku sendiri ada masalah dengan perut. Haha! Nak bersenam pun macam malas je. Macam mana cara nak kempiskan perut? Disebabkan aku tak nak kempiskan perut sorang sorang, sama sama kita cuba 6 senaman khusus untuk mengempiskan perut yang buncit ni. Mudah je. Tak perlu masa yang lama pun sebenarnya. Semua senaman kat bawah ni tak memerlukan apa-apa peralatan atau kelengkapan. Hanya perlukan? Diri sendiri! Yang penting jangan malas. Kalau malas, bagi la 99 senaman pun belum tentu dapat kempiskan perut tu. Betul tak?


Selamat berjaya! Termasuk aku. Haha!

Rabu, 12 April 2017

Meningkatkan Trafik Blog Dalam Sebulan

Salam.

Alhamdulillah. Masuk bulan April ni, lebih kurang sebulan juga aku aktif semula dengan blog aku ni. Setelah hampir 5 tahun membiarkan blog Budak Lelaki Sebelah Pintu ni terabai macam tu je, sekarang aku dah mula mendapatkan rentak dan semangat untuk update blog. Semoga berterusan la ya? Jangan hangat hangat tahi ayam sudah la.

Bila tak aktif blogging ni, pageviews blog pun terus menurun. Jadi dalam masa sebulan ni, aku berusaha untuk memperbaiki pageviews dan juga rank blog aku dengan sedaya upaya meningkatkan trafik blog. Sepanjang bulan lepas, pageviews blog aku telah berjaya mencapai lebih daripada 30,000! Satu angka yang amat memberangsangkan bagi aku. Alhamdulillah. Syukur. Ni pun antara pemangkin motivasi aku untuk teruskan update blog aku ni. InshaAllah aku akan cuba untuk meningkatkan prestasi bulan ni pula. Doakan ya?


Tak habis kat situ, aku semak juga traffic rank blog aku kat Alexa. Alhamdulillah. Ada peningkatan juga dalam masa sebulan ni. Sebelum ni rank dalam Malaysia tu tak keluar nombor pun. Maksudnya tak layak untuk disenaraikan. Tapi sekarang? Rank bawah 40,000! Syukur. Target lepas ni nak cuba dapatkan rank bawah 20,000 pula. Wish me luck okay? Dan teruskan sokong blog picisan ni. Haha!


Apa itu traffic rank? 

Mungkin ada yang tak faham dengan traffic rank. Traffic rank ni adalah berdasarkan data trafik terkumpul yang diukur berdasarkan paparan halaman (pageview) dan capaian pengguna (reach). Alexa mendapatkan bilangan paparan halaman (pageview) dan capaian pengguna (reach) bagi semua laman web secara harian. Traffic rank daripada Alexa adalah berdasarkan purata kedua-dua kuantiti tersebut berkadar dengan masa. Jadi traffic rank ni sebenarnya dapat menggambarkan bilangan pengguna yang singgah di laman web kita dan juga bilangan halaman yang dilawat oleh mereka.

Maknanya, Alexa ni sangat relevan untuk mengesan kadar trafik bagi laman web kita sebenarnya. Ya. Walaupun Alexa tidak dapat menjamin kualiti setiap trafik tersebut, atau sumbernya, tapi sekurang-kurangnya Alexa dapat memberi gambaran trafik laman web kita secara keseluruhannya.

Nak tahu traffic rank blog korang? Klik kat bawah ni dan masukkan laman web korang kat situ.

Khamis, 5 Januari 2012

Cara Bersyukur Nikmat Allah Beri

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Ni kisah benar, tak tipu punya. Kisah ni berlaku masa aku jadi guru ganti kat salah sebuah sekolah yang terdapat di Malaysia ni. Haaa... Teka la sendiri kat mana kat Malaysia tu. Haha. Masa tu tengah exam akhir tahun. So, aku kalau masuk kelas memang kena jaga dorang jawab exam la. Nak cakap pasal dorang meniru? Tak payah la! Buat aku gelak je tengok dorang meniru.

Ada satu hari tu aku masuk kelas form 4, kelas ni bukan kelas pertama atau terakhir tapi tengah tengah. Masuk masuk je, dorang tengah jawab paper Pendidikan Agama Islam. Aku macam biasa jalan jalan dari satu meja ke satu meja yang lain, tengok macam mana dorang jawab paper tu. Tapi aku tertarik dengan sorang pelajar ni sebab dia boleh tidur dengan lena kat atas meja. Aku tengok jam kat dinding. Eh? Exam baru 15 minit berlalu kot? Macam mana dia boleh tidur? Tapi aku tak nak cerita pasal tu walaupun aku dah cerita. Aku nak cerita pasal satu soalan daripada paper tu. Nak tahu soalan apa?

Nyatakan dua cara bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan.

Senang kan soalan ni? Tapi aku tengok majoriti tak dapat jawab soalan macam tu. Biar betik? Memang betik la ni! Pada aku, jawapan kepada soalan ni tak payah nak kena hafal atau rujuk buku teks sebab sebagai orang Islam takkan la sepanjang 16 tahun kau hidup tu kau tak pernah tahu macam mana nak bersyukur? So sedih la kalau macam tu. Habis nak salahkan siapa? Ibu bapa? Guru? Tukang kebun? Setiausaha peperiksaan? Diri sendiri la! Tak reti reti lagi?




potpetpotpet : Aku bukan bajet ustaz. Ni aku kongsi pengalaman je.

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com