Persoalan mengenai hukum ucapan "Rest In Peace" atau RIP ini bukan persoalan yang baru. Seorang netizen cuba bertanyakan hukum mengucapkan RIP kepada bukan Muslim. Ustaz Ad-Dien cuba menjelaskan hukum tersebut. Menurutnya, ucapan RIP kepada bukan Muslim dilarang kerana ucapan itu merupakan doa keampunan untuk si mati. Tapi majoriti ulama menyatakan boleh mengucapkan takziah kepada bukan Muslim atau "Inna Lillahi Wa Inna Ilayhi Raji'un".
Ucapan Istirja (Innalillah) hakikatnya adalah untuk semua musibah, berita buruk, sakit dan sebagainya. Innalillah bukan hanya bila ada kematian tapi terpakai untuk semua makhluk sebab semuanya ciptaan Allah. Ustaz Ad-Dien juga berkongsikan rujukan teks asal dari kitab para ulama mengenai ucapan takziah kepada bukan Muslim. Tambahnya lagi, Islam tidak menghalang kita berbuat baik sesama manusia walaupun bukan Muslim. Yang tak dibolehkan? Mendoakan keampunan dan rahmat buat mereka.
Wallahu A'lam.
Sumber: AdDien90
Tiada ulasan:
Catat Ulasan