Selepas kejayaan lagu Terus Mencintai, Siti Nordiana kembali dengan single terbaharu, iaitu, lagu Hatiku Milikmu. Lagu ni baru je release semalam. Pertama kali aku dengar lagu Hatiku Milikmu ni, aku tak berapa nak tangkap dengan melodi dan lirik dia. Tapi lepas kali kedua kali ketiga, aku dah mula jatuh cinta dengan lagu ni. Vokal Siti Nordiana pun nampak lebih matang dari segi penyampaian. Aku terdengar Siti Nordiana main dengan vokal seperti teknik whispering kat beberapa part kat verse pertama dan verse kedua dan teknik soprano kat penghujung lagu. Serius sedap! Semoga lagu Hatiku Milikmu ni dapat mengulangi kejayaan lagu Terus Mencintai.
Lirik Lagu Siti Nordiana - Hatiku Milikmu
Aku telah merasakan
Pahitnya kau tinggalkan
Pernahkah di hatimu mencintaiku
Takkan pernah habis kasih ku padamu
Selama jiwa ku masih untukmu
Jangan pernah kau biarkan aku
Untuk kembali pada kekasih aku yang lalu
Aku hanya ingin mendampingimu
Hingga nadiku tak dapat engkau rasakan
Cinta hatiku takkan pernah bisa
Menggantikan oleh yang lainnya
Pernah ku cuba dan ku rasakan
Tapi ku tak daya
Jangan pernah kau cuba untuk meminta
Aku pun disini tak pernah rela
Tolong jagalah dan kau kuatkan
Hatimu untukku
Hatiku milikmu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan