Aku suka gi Billboard. Kat Billboard tu, ada lagu lagu baru. Senang sikit aku nak tahu perkembangan muzik semasa. Cehhh ... Kalau pasal lagu, aku tak berkira langsung, sanggup ketepikan kalkulator di tangan. Eh. Aku bukan kerja sambilan sebagai peruncit. Aku ni budak matematik, sebab tu pegang kalkulator. Secara kesimpulannya, aku takde kena mengena dengan jual beli barang. Boleh?
Berbalik semula kepada tajuk entri, aku nak berkongsi dengan korang senarai lagu paling popular 2010 kat Billboard ni. Pemilihan lagu lagu ni kira telus jugak ah. Sebab lagu lagu ni bukan dinilai daripada satu segi je, tapi pelbagai segi. Eh. Niakde kaitan dengan segi college. Korang jangan nak memandai okay? Adeh. Setelah menggunakan teori graviti, berikut merupakan kedudukan lagu lagu paling popular 2010 :
1 | Tik Tok - Ke$ha
2 | Need You Now - Lady Antebellum
3 | Hey, Soul Sister - Train
4 | California Gurls - Katy Perry feat. Snoop Dogg
5 | OMG - Usher feat. will.i.am
6 | Airplanes - B.o.B feat. Hayley Williams
7 | Love The Way You Lie - Eminem feat. Rihanna
8 | Bad Romance - Lady Gaga
9 | Dynamite - Taio Cruz
10 | Break Your Heart - Taio Cruz
Ada lagu lagu pilihan korang yang tak termasok dalam ni? Oh. Sebab lagu lagu tu tak cukup femes lagi. Ada kat belakang belakang la tu. Nak tengok senarai penoh? Sila klik kat sini. Haaa ... Mula mula, aku cari lagu Baby si Justin Bieber tu. Tak jumpa jumpa. Skodeng punya skodeng, korang tahu lagu tu dapat nombor berapa? 44!!! 44!!! 44!!! Haha. Saje ulang tiga kali biar padan dengan muka korang. Takde la hebat sangat penangan lagu Baby tu. XP
potpetpotpet : Esok ada plan baik punyerrr ...





