Rabu, 23 Ogos 2017

Netizen Teruja Justin Bieber Sebut Malaysia Promosi Lagu Baharu

Salam.


Terkejut tak? Siapa sangka siapa menduga engkau berubah tiada ku pinta, Justin Bieber menerusi akaun rasmi facebook miliknya telah memuat naik status yang menyebut nama Malaysia sambil memperkenalkan lagu terbaharu berjudul Friends. Haaa... Macam mana dalam banyak banyak negara tapi Justin Bieber boleh pilih untuk masukkan sekali negara Malaysia dalam status tu? Adakah kerana lagu Despacito yang telah diharamkan oleh kerajaan Malaysia? Hmmm... Mungkin juga kan? Ehhh... Tak percaya ke Justin Bieber sebut Malaysia? Ni bukti dia kat bawah ni.


Maka berduyunlah netizen dari Malaysia teruja dengan status tersebut. Rata-rata netizen macam tak percaya yang Justin Bieber boleh sebut nama Malaysia dalam status tu. Ovari siapa yang tak pecah kan? Nasib baik aku takde ovari. Haha!


Kejap! Macam ada yang tak kena pula. Kenapa rakyat Malaysia je yang komen kat status tu? Takde rakyat negara lain ke? Haaa... Nampaknya kebanyakan rakyat Malaysia dah kena tipu dengan status Justin Bieber tu. Rupa-rupanya status tersebut dah ditetapkan mengikut negara masing-masing. Sebab tu lah status tu penuh dengan netizen dari Malaysia je! Haha! Dah boleh simpan teruja tu untuk benda lain ye? 


Penat je teruja.

Jumaat, 27 Mei 2011

Kapel Yang Kiut! Lebih Kiut Daripada Justin Bieber & Selena Gomez!

Kapel yang kiut! Lebih kiut daripada Justin Bieber & Selena Gomez! Haha. Kau tengok aku dengan yakinnya letak tajuk macam tu... Memang nak kena lempang kasi sedar diri sikit. Adeh. Tapi aku rasa kapel ni memang kiut gile! Aku rasa aku macam tak tipu sebab aku rasa macam kiut je. Anyway, kapel ini telah didapati berlegar-legar dalam Tesco pada petang hari semalam. Dah takde tempat lain ke nak dating? Tesco? Really? Nak tahu kapel yang kiut yang dimaksudkan? Errr... Ni haaa... >.<












Tak kiut ke kapel ni? Haha. Takpe takpe. Layankan je bila aku dah cakap kiut. Anyway, masa ni aku keluar pergi Tesco, keluar dengan family. Mula mula aku macam malas nak join. Tapi aku macam bosan je duduk rumah. So aku macam ikut la sekali. Kesimpulannya ialah macam best pulak bila keluar pergi Tesco bersama keluarga ni. Errr... Mesej ini macam dibawakan oleh kementerian pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat, dari saya iaitu Budak Lelaki Sebelah Pintu kepada anda! Haha. Sewel dah tu... XD



potpetpotpet : Esok macam ada plan besar. :)

Sabtu, 7 Mei 2011

Koleksi Gambar Bersama Ibu

Haaa... Sempena dengan Mother's Day ni, aku nak berkongsi dengan korang gambar gambar selebriti popular di dunia yang SEMENTARA ni bersama mak dorang. Adeh. Jom tengok sama sama! Menarik derrr... Ada Beyonce! Ada Britney Spears! Ada Justin Bieber! Ada Katy Perry! Ada dan lain lain! Haha. Tengok ah muka muka dorang ni sama tak dengan muka mak dorang. As for me, aku rasa rasa Katy Perry la paling serupa dengan mak dia. Siriyes! Korang dah boleh bajet muka Katy Perry masa tua nanti. Sonang sajo. Nak tahu macam mana? Tengok je la muka mak dia sekarang! Cuma Katy Perry edisi tua tu kena tambah botox sikit sikit je. Ke banyak banyak? Lantak ah. =,=


Alicia Keys

Beyonce

Britney Spears

Carrie Underwood

Chris Brown

Fergie

Gwen Stefani

Jennifer Lopez

Jessica Simpson

Justin Bieber

Justin Timberlake

Katy Perry

Miley Cyrus

Taylor Swift

Usher



potpetpotpet : Nantikan gambar aku dengan mak aku pulak. Tungguuu...

Ahad, 26 Disember 2010

Senarai Lagu Paling Popular 2010

Aku suka gi Billboard. Kat Billboard tu, ada lagu lagu baru. Senang sikit aku nak tahu perkembangan muzik semasa. Cehhh ... Kalau pasal lagu, aku tak berkira langsung, sanggup ketepikan kalkulator di tangan. Eh. Aku bukan kerja sambilan sebagai peruncit. Aku ni budak matematik, sebab tu pegang kalkulator. Secara kesimpulannya, aku takde kena mengena dengan jual beli barang. Boleh?


Berbalik semula kepada tajuk entri, aku nak berkongsi dengan korang senarai lagu paling popular 2010 kat Billboard ni. Pemilihan lagu lagu ni kira telus jugak ah. Sebab lagu lagu ni bukan dinilai daripada satu segi je, tapi pelbagai segi. Eh. Niakde kaitan dengan segi college. Korang jangan nak memandai okay? Adeh. Setelah menggunakan teori graviti, berikut merupakan kedudukan lagu lagu paling popular 2010 :


1 | Tik Tok - Ke$ha

2 | Need You Now - Lady Antebellum

3 | Hey, Soul Sister - Train

4 | California Gurls - Katy Perry feat. Snoop Dogg

5 | OMG - Usher feat. will.i.am

6 | Airplanes - B.o.B feat. Hayley Williams

7 | Love The Way You Lie - Eminem feat. Rihanna

8 | Bad Romance - Lady Gaga

9 | Dynamite - Taio Cruz

10 | Break Your Heart - Taio Cruz



Ada lagu lagu pilihan korang yang tak termasok dalam ni? Oh. Sebab lagu lagu tu tak cukup femes lagi. Ada kat belakang belakang la tu. Nak tengok senarai penoh? Sila klik kat sini. Haaa ... Mula mula, aku cari lagu Baby si Justin Bieber tu. Tak jumpa jumpa. Skodeng punya skodeng, korang tahu lagu tu dapat nombor berapa? 44!!! 44!!! 44!!! Haha. Saje ulang tiga kali biar padan dengan muka korang. Takde la hebat sangat penangan lagu Baby tu. XP


potpetpotpet : Esok ada plan baik punyerrr ...

Khamis, 2 Disember 2010

Populariti Miley Cyrus Mengatasi Lady Gaga & Justin Bieber !

Eh. Aku baru balik dari Yahoo!. Lepas tu, aku terbaca pasal senarai The Year's Most Searches bagi tahun 2010 ni. Biasa ah. Dah masuk bulan Disember ni, mula ah datang macam macam of the year. Ada wedding of the year, movie of the year, penceraian of the year, pemberanakan of the year, kebinatangan of the year, etc. Atau bahasa mudahnya, sukati-kau-nak-apa of the year. Boleh ? Apa yang penting, aku nak kongsi pasal berita yang melalaikan ni. Ceh ... Tahun ni, Miley Cyrus merupakan orang yang paling dikehendaki oleh orang orang lain kat Yahoo!. Lagi hebat, Miley Cyrus telah berjaya menewaskan nama nama hot seperti Kim Kardashian, Lady Gaga, Megan Fox, Justin Bieber dan Britney Spears. Dahsyat gile ! Nak tahu lebih lanjut pasal senarai The Year's Most Searches bagi tahun 2010 ni, sila scroll down laju laju. XB



10 | Britney Spears

9 | American Idol


 

8 | Justin Bieber



7 | Megan Fox

6 | iPhone


5 | Lady Gaga


4 | Kim Kardashian


3 | Miley Cyrus

2 | World Cup

1 | BP Oil Spill



potpetpotpet : Eh. Jangan cari nama aku sebab memang takde. =.=

Jumaat, 17 September 2010

Justin Bieber VS Cody Simpson



Have you heard of Cody Simpson ? He was born 11 January 1997. How old is he ? You do the math. Erk. Muda lagi okayyy!!! Kalau dia berasal dari Malaysia, dia baru habis jawab soalan UPSR semalam. Gila kau. Haha. Anyway, he is from Gold Coast, Queensland. Kat mana tu ? Australia kau tahu. He is signed to Atlantic Records, US Record Label.


Like Justin Bieber, he was discovered on YouTube. Thanks a bunch to YouTube since a lot of singers nowadays discovered on YouTube. Hell yeah!!! You don't need to face Simon Cowell for an audition. Haha. Back to Cody Simpson, no wonder lah dia tak habis habis dibandingkan dengan Justin Bieber. Both of them were discovered on YouTube. Siriyes aku siriyes.


Cody Simpson's debut single, "iYiYi" was released on 15 May 2010. Featuring Flo Rida okayyy!!! Sodap jugak layan lagu dia. Vocally, he is okay. Apa apa pun the debut single reminds me of Justin Bieber, a lot. And he is not the one to blame. His record label may try to produce another Justin Bieber based on the spreading of Bieber Fever all over the world.


Cody Simpson


Justin Bieber


potpetpotpet: This whole thing reminds me of Britney Spears and Christina Aguilera once upon a time.

Rabu, 1 September 2010

Lagi Cute Daripada Justin Bieber



I don't know what to say. Speechless. Siriyes aku siriyes. Budak budak ni boleh pulak melawak dengan ekspresi muka dorang tanpa segan silu pulak tu. Kagum aku dengan kesungguhan dorang dalam berusaha untuk menjadi cute macam Justin Bieber haha. Masalahnya cute kah? Cute hokehhh. Adeh. Takpe kan kalau tipu manja manja time puasa ni? Erk. Anak siapa la ni kan kan kan? Kecik kecik lagi dah pandai miming kau tahu. Macam mana dorang nak nyanyi ikut pitch yang betul kalau kecik kecik pun dah miming? Ni nak marah ni. Haish. Meh sini aku ajar do re mi fa so la ti dooo... Erk. Apa apa pun sila enjoy dengan video daripada YouTube ni. :P 


potpetpotpet: Lebih sengal daripada biasa.

Jumaat, 18 Jun 2010

Mari Menonton Wayang Sambil Sayang Sayang Sayang Ooh.

Terjemahan Lirik Baby Nyanyian Justin Bieber

Ohh wooaah. Ohh wooaah. Ohh wooaah. Kau tahu kau cintakan aku. Aku tahu kau kisah. Sila jerit bila-bila. Nanti aku datang. Kau nak cinta aku. Kau nak hati aku. Dan kita tak mungkin pernah pernah berpisah. Adakah kita sejenis benda? Budak perempuan henti bermain. Kita cuma kawan. Apa kata kau? Kata ada lagi bila kau pandang tepat kat mata aku. Cinta pertama aku patahkan hati aku untuk pertama kali. Sayang sayang sayang ooh. Seperti sayang sayang sayang noo. Seperti sayang sayang sayang ohh. Aku ingat kau selalu aku punya.

Sila nyanyi dengan bangga weyh haha. Ni aku translate sendiri. Sodap pulak bila lirik dia bunyi Melayu kan kan kan? Hadoi.


Toy Story 3 : Memuaskan

Eh eh kau tahu tak aku dapat dua tiket tayangan Toy Story 3 daripada Nuffnang. Well. Aku tak dapat nak pergi masa tu sebab tayangan dia 14 Jun 2010 lepas kat KL pulak tu. Nak tak nak aku bagi dua tiket tu kat one of my friends.

Since aku tak dapat nak tengok Toy Story 3 guna tiket free tu maka aku guna tiket berbayar pulak haha. Gigih seyh. Aku gi wayang semalam. Oh. Toy Story 3 ni ada lain dia. Ya. Penonton disajikan dengan mesej dan nilai yang kuat. Hurmmm. Serious dowh. Boleh nangis meleleh kau tahu. Dan mungkin elemen komedi tu ada kureeeng sikit tapi Rex The Green Dinosaur tetap kelakar kau tahu. Lepas tu ada pulak babak bila mana Mr Potato Head tu tukar badan dia hadoi betul betul lawak nak mammm... Gelak seyh. Hey. Siapa kata cerita kartun sesuai untuk budak-budak je? Lantak.


 Rex The Green Dinosaur.


 Mr Potato Head.




potpetpotpet: Never say never.

Isnin, 7 Jun 2010

Justin Bieber Dan Tabiat Pelik Dia.

Hurm. Sadis. Rancangan esok nak mandi manda tenggelam timbul dibatalkan la pulak. Oh. Atas sebab-sebab gedik haha lantak dorang la. Aku nak keluar jalan-jalan jugak esok. Dah lama seh tak cuci mata tengok orang ramai. Haish.




Eh eh esok aku nak potong rambut sekali. Ya. Dah panjang kau tahu sila rujuk gambar di atas. Agak agak mayang mengurai kan kan kan? Well. Justin Bieber makan hati kalau nampak rambut aku haha. Dia ingat rambut dia sorang je yang kebaboom??? Cewahhh... Aku dah decide nak potong macam mana nanti tapi tak tahu la okay ke tak. Tunggu dan lihat. Ya. Bukan senang nak dapat potongan rambut yang sesuai dengan muka ni. Kadang-kadang boleh jadi hodoh kalau potongan rambut tak sesuai seriously. Oh my.




Oh. Ramai gilosss kot rakyat jelata suka betul dengan rambut dia ni. Erk. Aku tengok apakah??? Biasa biasa je haha. Aku tak tahu la kalau korang perasan ke tak tapi Justin Bieber ni ada tabiat pelik semasa dia menyanyi. Kau nak tahu? Ya. Dia suka buat aksi teleng teleng kepala ke tepi sebab dia nak betulkan posisi rambut dia tu. Kelakar kau tahu. Seriously. Aku tengok dia dah macam ada penyakit leher terencat pulak. Joking.


Single baru dia berjudul Somebody To Love. Oh. Justin Bieber featuring Usher. Wow. This song tambah bertenaga dengan kehadiran Usher kau tahu. Eh eh sebelum ni Justin Bieber dah rakam lagu Somebody To Love tu secara solo. Agak agak kureeeng rasa sebab tu dia tambah Usher dalam lagu ni. Ya. This song sounds cooler now!


potpetpotpet: Rambut itu mahkota.

Rabu, 19 Mei 2010

Makhluk Paling Cantik Di Dunia!!!

Makhluk mana paling cantik di dunia ni? Ya aku bukan bercakap pasal binatang spesies mana bukan bukan. People[dot]com bakal mengeluarkan senarai World's Most Beautiful 2010 tapi aku tak tahu bila. Eh eh jom kita tengok sneak peek jap. People[dot]com dah sahkan beberapa nama yang tersenarai dalam World's Most Beautiful 2010. Nak tahu? Selamat meninjau kot kot ada nama korang sila sila berbangga.


Julia Roberts

Channing Tatum

Zoe Saldana

Scarlett Johansson

Jake Gyllenhaal

Jennifer Aniston

Sovia Vergara

Bradley Cooper

Amanda Seyfried

Justin Bieber

Jennifer Lopez

Robert Pattinson

Jessica Szohr

Hizami Rahim


potpetpotpet: Oh gambar last tu takde kena mengena sebab aku secara sukarela letak kat situ haha.

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com