Isnin, 13 September 2010

Kami Punya Nama Komersial

Kami enam beradik. Ibu kata dah cukup kot. Adeh. Kami suka bergambar. Eh. Tak berapa suka sangat. Tapi boleh lah. Kami gila gila bila depan kamera. Konon gila gila padahal skema haha. Suasana raya kat kampung betul betul terasa kau tahu. Okay okay. Aku tak larat nak taip panjang panjang. Layankan kami beraksi nakal ...


 Normal
 
 Tak berapa normal

Terkawal

Tak berapa terkawal

Tuan Rumah aka Atok
 
 
Choppp!!! Kau ada nama manja ? Oh. Maksud aku nama panggilan dalam kalangan kaum keluarga lah. Kalau dalam Chemistry, benda ni kita sebut sebagai Common Name. Boleh ? Hehe. Aku bet kau ada nama pelik pelik. Kan kan kan ? Apa dia agak agak ? Jom kongsi lah. Well. Kami tak terkecuali. Erk. Apa apa pun sila tepuk amai amai belalang kupu kupu sambil tengok nama nama komersial kami enam beradik :

... AMY ...
... BOB ...
... NANA ...
... IKA ...
... ADIK ...
... UNA ...
  

potpetpotpet: Letih pulak hari hari nak gi beraya. Adeh. ;)

Khamis, 29 April 2010

Aku Nak Terjun Daripada Bangunan! Percaya Pada Diri Dengan Harapan Dan Keyakinan.

Siapa duduk rumah kat tingkat yang paling tinggi? Siapa siapa? Cepat mengaku. Eh eh rumah apa yang tingkat tinggi tinggi tu? Oh. Pangsapuri ke? Bantai je la. Yang penting aku nak tahu siapa duduk tempat tinggi tinggi ni. Please please mengaku.

Aku ada hajat ni. Bukan hajat nak buang air. Tak perlu kot aku nak beritahu kau kalau aku nak buat benda tu. Najis mutawassitah betol. Ni pasal lain. Aku nak terjun daripada tingkat paling tinggi. Boleh la boleh la boleh la. Aku sedang kecewa sedih pilu duka merana yang amat. Ini gila. Arghhhh...


Kau tahu? Soalan tadi bapak gila susah! Aku jawab paper Industrial Chemistry pukul 2:30pm tadi. Fuh... Susah susah susah. Lain baca lain soal. Geram!!! Aduh.

Okay. Malas nak fikir fikir na na na na na. HohO. Lantak la apa nak jadi pon. Alhamdulillah. Tinggal satu paper je lagi. Best betol. Eh eh lupa pulak. Tadi aku nak terjun tu bukan sebab aku nak bunuh diri. Bukan bukan. Aku nak cuba sayap pari pari yang aku buat semalam guna kertas surat khabar kuning kuning dan jugak lidi penyapu dua keping. Nak cuba kot kot aku boleh terbang sebelah helikopter guna sayap pari pari tu mana la tahu. Tuah ayam nampak di kaki. Hang Tuah pulak dah lama mati. Sekian. Eh eh FarhanaDr nak join sekali? Jom jom. HohO.


potpetpotpet: Gagal sekali sila menangis puas puas. Mungkin kau tak gagal lagi lepas ni. Kan kan kan?

Isnin, 26 April 2010

Next Plan Please.

Aku nak cerita pasal paper Analytical Chemistry petang tadi. Oh. Aku tahu mesti kau dah bosan nak dengar cerita cerita macam ni bukan? Merungut merungut merungut. Okay. Seperti biasa, soalan soalan spesies tangkap maut gila. Kecewa.


Eh eh kita abaikan pulak pasal tu. Benda dah jadi tak boleh nak buat apa apa. Just keep moving forward. Okay. Next plan please. Apakah? Jom karok karok! HohO. Oh kat TM ni ada karaoke jenama jamban je. Eh eh jamban pon jamban la. Yang penting aku nak melalak lalala sampai tercampak segala bijik bijik kelemumur (ketombe) ni. Boleh? Lantak.


potpetpotpet: Hidup pendek. Jangan stress.

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com