Isnin, 13 September 2010

Kami Punya Nama Komersial

Kami enam beradik. Ibu kata dah cukup kot. Adeh. Kami suka bergambar. Eh. Tak berapa suka sangat. Tapi boleh lah. Kami gila gila bila depan kamera. Konon gila gila padahal skema haha. Suasana raya kat kampung betul betul terasa kau tahu. Okay okay. Aku tak larat nak taip panjang panjang. Layankan kami beraksi nakal ...


 Normal
 
 Tak berapa normal

Terkawal

Tak berapa terkawal

Tuan Rumah aka Atok
 
 
Choppp!!! Kau ada nama manja ? Oh. Maksud aku nama panggilan dalam kalangan kaum keluarga lah. Kalau dalam Chemistry, benda ni kita sebut sebagai Common Name. Boleh ? Hehe. Aku bet kau ada nama pelik pelik. Kan kan kan ? Apa dia agak agak ? Jom kongsi lah. Well. Kami tak terkecuali. Erk. Apa apa pun sila tepuk amai amai belalang kupu kupu sambil tengok nama nama komersial kami enam beradik :

... AMY ...
... BOB ...
... NANA ...
... IKA ...
... ADIK ...
... UNA ...
  

potpetpotpet: Letih pulak hari hari nak gi beraya. Adeh. ;)

Selasa, 4 Mei 2010

Wahai Pelajar, Apakah Kriteria Guru Kegemaran?

Fuh. Lepas ni aku dah start cuti semester. Wah. Aku dah berjaya mengharungi enam semester sedar atau tidak. Jeng jeng jeng. Itu bermaksud aku sudah berada pada tahun akhir pengajian aku! Tempoh masa yang bukan sekejap. Jugak bukan tempoh masa yang lama. Seronok seronok.


Alamak. Nervous la pulak nak jadi guru ni. HohO. Entah aku jadi guru yang bagaimana pulak nanti. Hurm... Kau rasa?
  • Guru yang garang.
  • Guru yang baik hati.
  • Guru yang tidak ambil peduli.
  • Guru yang skema.
  • Guru yang fokus.
  • Guru yang tidak prihatin.
  • Guru yang bertanggungjawab.
  • Guru yang obses.
  • Guru yang bersahaja.
  • Guru yang ikhlas.
  • Guru yang bersedia.
  • Guru yang buat hal sendiri.
Wah. Banyak betol ciri ciri guru yang ada sekarang. Well. Aku nak jadi guru yang lemak berkrim disukai ramai pelajar. Boleh?


potpetpotpet: Seram sejuk dengar tingkah laku pelajar pada hari ni.

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com