S I N O P S I S
Filem ini berkisar tentang sebuah keluarga yang berusaha sedaya-upaya untuk menghalang roh-roh jahat daripada memasuki jasad anak lelaki mereka yang sedang koma. Dan anak lelaki mereka didapati terperangkap di alam yang digelar The Further.
I N M Y O P I N I O N
Mula mula tengok, aku ingatkan filem seram ni macam filem seram yang biasa biasa aku pernah tengok sebelum ni. Pindah rumah baru lepas tu kena kacau dengan hantu kat rumah baru tu sebab ada orang pernah mati dalam rumah tu. Errr... Klise gile bunyi dia kan? Tapi filem ni lain. Takde kena-mengena langsung dengan konsep tu. Filem ni boleh dikatakan seram campur fantasi jugak la kot. Sebab apa? Haaa... Kena tengok la sendiri! Hehe. Sinematografi dalam filem ni memang dahsyat la! Setiap bahagian dalam rumah tu boleh jadi seram gara gara sinematografi dia. Siriyes! Sampai aku duduk makin lama makin terkebawah bila kamera tu bergerak dari satu bahagian ke bahagian yang lain dalam rumah tu. Eh. Aku tak takut pon... =,=
Plus, aku salute habis musical score dalam filem ni! Seram hingga menggigit kepala lutut! Kawan aku kat sebelah sampai beberapa kali pegang aku kau tahu? Aku terus menjerit kuat kuat! Errr... Siapa suruh dia pegang aku secara mengejut? Aku yang berani pon boleh jadi takut derrr... Haha. Jalan cerita dia simple je. Tapi jalan cerita dia berjaya menarik minat aku untuk terus melihat apa yang akan berlaku seterusnya. Dan aku jamin Insidious tidak seperti filem seram yang lain.
Nak bagi spoiler sikit boleh? At the end of this film, salah satu watak tu mati. Kesian gile! Dah la watak tu baik. Tiba tiba dia pulak yang mati. Sedih... Siapa yang mati? Haaa... Pergi beli tiket sekarang! Cepat derrr... Aku dah tengok tadi, Insidious sampai 15 Jun ni. Sempat lagi kan?
potpetpotpet : Sila bawa at least sorang kawan untuk menjerit sama sama! XD


