Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!
Okay. Sebelum cerita ni berkulat, baik aku bagitahu sekarang. Hari Jumaat (22 Julai) hari tu aku bertolak pergi Tanjong Malim sebab aku kena join Festival Nasyid Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan pada hari Sabtu (23 Julai). Yes. Kitorang berlatih tak sampai sehari je pon. Siriyes. So, hari Sabtu tu kitorang bertolak seawal jam 7 pagi untuk ke Ipoh. Dan kitorang kumpulan yang paling lambat sekali sampai kat sana. Adeh. Secara tak langsung, kumpulan kitorang dapat giliran terakhir bagi peringkat saringan. :B
![]() |
| Nama team kitorang ialah Em Basheer. Maksud dia? Errr... |
| Tengah tunggu giliran ni. Nervous tak payah cakap la. |
Ada 14 buah kumpulan nasyid yang join Festival Nasyid Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan ni. Sebelum ke peringkat akhir, setiap kumpulan kena lepas peringkat saringan dulu. For your information, ada dua kategori yang dipertandingkan, kategori tradisi dan lagi satu ialah kategori moden. Sah sah la kitorang masuk kategori moden kan? Daripada 14 buah kumpulan tu, 10 buah kumpulan berada di bawah kategori moden manakala 4 buah kumpulan yang lain berada di bawah kategori tradisi. ;)
| Dah selesai peringkat saringan! |
| Dalam hati siapa la tahu. Ni tengah tunggu keputusan ni. |
| Yes. Kumpulan kitorang dapat masuk final! |
Daripada 10 buah kumpulan yang melalui peringkat saringan bagi kategori moden, hanya 3 buah kumpulan sahaja yang berjaya ke peringkat akhir. Dan terdapat 1 buah kumpulan sebagai johan menunggu. Maksudnya, kumpulan tersebut tak perlu nak melalui peringkat saringan ni, terus je ke peringkat akhir. Errr... Sebab apa pulak? Sebab kumpulan tu dah mewakili negeri Perak Darul Ridzuan masa Festival Nasyid Peringkat Kebangsaan tahun lepas. Paling penting, kumpulan dorang dapat naib johan kot masa tu! Diulangi dengan nada yang menjengkelkan, naib johan kot! Dahsyat gile. So, apa barang dorang nak ikut peringkat saringan yang macam tak penting ni kan? Haha. :P
Alhamdulillah. Kumpulan kitorang dapat masuk peringkat akhir. Syukur! Eh. Peringkat akhir dilangsungkan pada malam hari tu jugak. ;)
![]() |
| Persembahan masa malam peringkat akhir tu. Hebat tak? Haha. |
Sekali lagi, malam tu kumpulan kitorang dapat giliran yang terakhir jugak. Dah rezeki kot. Aku puas hati gile malam tu sebab aku tengok everyone yang kat dalam dewan tu enjoy dengan persembahan kitorang. Nervous pon dah kurang. ;)
So, tiba la masa untuk mengumumkan keputusan dia. Jeng jeng jeng. Dengan mengutip markah sebanyak 76, tempat ketiga diumumkan. Okay. Bukan kumpulan kitorang. Lepas tu, dengan mengutip markah sebanyak 77, naib johan pulak diumumkan. Eh. Bukan kumpulan kitorang jugak. Adeh. Kumpulan kitorang tak menang kot? Takpe la. Takde rezeki, nak buat macam mana kan? Seterusnya, dengan mengutip markah sebanyak 86, johan pon diumumkan. Eh. Em Basheer? Em Basheer! Wow! Memang tak dapat nak cakap apa dah. Terima kasih Allah! :)
| Sebelah kiri ialah johan bagi kategori moden dan sebelah kanan johan bagi kategori tradisi. |
| UPSI bawa satu bas kot! Haha. Nasib la johan kan? |
| Bergambar bersama dengan salah sorang daripada juri pada malam tu iaitu Patrick Khamis. |
| Ni dengan hos pada malam tu. |
| En Fahmi yang banyak membantu kitorang. |
potpetpotpet : Kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan.



