Khamis, 14 September 2017

Pusat Tahfiz Terbakar - Senarai Nama Mangsa Terkorban

Salam.


Sebaknya melihat berita kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Datuk Keramat yang telah meragut 23 nyawa. Innalillah wainna ilaihi roji'un. Moga dikurniakan syurga buat mereka. Kat bawah ni aku sertakan senarai nama mangsa yang terkorban.
  1. Muhammad Danieal Md Amin, 14
  2. Ahmad Rijal Mohammad Rodzi, 13
  3. Muhammad Hasrullah Ismaik, 14
  4. Muhammad Haikal Abdullah, 12
  5. Muhammad Aidil Aqmal Mohd Zamzuri, 10
  6. Muhammaf Fahmie Abdullah, 11
  7. Muhammad Afiq Haqimie Hairulizwan, 11
  8. Muhammad Aiman Ramzanudin, 12
  9. Azkar Dariemi F. Zaska, 8
  10. Nik Muhammad Ridzuan Bin Nik Azlan
  11. Azkar Abiedi F. Zaska, 11
  12. Umar Al Khatab Helmi, 6
  13. Amiel Asyraaf Abd Rasid, 11
  14. Muhammad Nizammudin Nasrun, 13
  15. Muhammad Hafiz Iskandar Sulaiman, 11
  16. Muhammad Harris Ikhwan Mohd Sulaiman, 10
  17. Muhammad Taufik Hidayat Norazizan, 16
  18. Ahmad Harith Adam Mohd Nor Hadi, 12
  19. Muhammad Hazim Ahmad Nor, 13
  20. Muhammad Syafik Haikal Abdullah, 13
  21. Muhammad Zattulah Roslan, 11
  22. Mohd Yusuf Md, 26 (guru)
  23. Mohd Amrul Nizam Sakarno, 25 (guru)

Berdasarkan senarai kat atas ni, aku tengok mangsa kebakaran yang paling muda baru je berusia 6 tahun. Tak dapat aku nak gambarkan... Hmmm... Benar. Mati itu pasti. Tiada siapa yang dapat lari dari kematian. Salam takziah aku ucapkan kepada semua keluarga mangsa. Semoga tenang dan tabah dalam menghadapi dugaan ini. Al-fatihah.

Rabu, 17 November 2010

Pengakuan Eksklusif | Tak Nak Daging

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Halo halo ! Esok dah raya ah. So, aku nak ucapkan ah Selamat Hari Raya Aidiladha buat muslimin dan muslimat di seluruh dunia. But, jangan lupa pulak kisah di sebalik Hari Raya Aidiladha ni. Eh. Kalau lupa, lu boleh google sekarang. Aku cakap sekarang ah ! Ado faham ? Haha. Sonang kan ? Now, everything celah gigi kuku ah. ^.^


Nama pun Hari Raya Aidiladha, tak munasabah ah kalau takde binatang binatang empat kaki ni kena sembelih. So, rumah rumah mesti penuh dengan daging daging korban, segala macam jenis masakan ah. Ada merah, ada hijau, ada kuning, ada hitam, ada putih, ada oren dan sebagainya. Eh. Ni takde kena mengena dengan betapa lawonyerrr persembahan bunga api sempena sambutan tahun baru ah. Harap maklum. =.=


Psssttt ... Aku nak beritahu satu rahsia ni. Eh. Ni bukan pasal nenek lu. Tapi pasal aku ah. Tak tahu pulak kalau kalau lu dah tahu rahsia ni sejak lahir lagi. Ngeee ... Aku ni spesies tak makan daging. Aku tak reti nak makan daging ah. Aku tak boleh nak makan daging lembu, daging kambing, daging kibas, daging unta, daging rusa apatah lagi daging kerbau. Haha. Aku siriyes ni. Aku memang tak sentuh daging daripada tadika kot kot lu nak tahu. Adeh.


Aku ada jugak tanya ibu, dalam banyak banyak negara, negara apakah yang tak boleh duduk ? Erk. Okay. Soalan takde kena mengena langsung. Haha. Aku tanya ah kenapa aku tak makan daging pulak ni. Ibu kata, maybe masa aku kecik kecik dulu, aku tengok orang gi sembelih. So, aku mungkin jadi kesian atau geli atau sedih sampai tak nak makan daging. =.=




potpetpotpet : Berkorban apa saja ...

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com