Khamis, 14 September 2017

Pusat Tahfiz Terbakar - Senarai Nama Mangsa Terkorban

Salam.


Sebaknya melihat berita kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Datuk Keramat yang telah meragut 23 nyawa. Innalillah wainna ilaihi roji'un. Moga dikurniakan syurga buat mereka. Kat bawah ni aku sertakan senarai nama mangsa yang terkorban.
  1. Muhammad Danieal Md Amin, 14
  2. Ahmad Rijal Mohammad Rodzi, 13
  3. Muhammad Hasrullah Ismaik, 14
  4. Muhammad Haikal Abdullah, 12
  5. Muhammad Aidil Aqmal Mohd Zamzuri, 10
  6. Muhammaf Fahmie Abdullah, 11
  7. Muhammad Afiq Haqimie Hairulizwan, 11
  8. Muhammad Aiman Ramzanudin, 12
  9. Azkar Dariemi F. Zaska, 8
  10. Nik Muhammad Ridzuan Bin Nik Azlan
  11. Azkar Abiedi F. Zaska, 11
  12. Umar Al Khatab Helmi, 6
  13. Amiel Asyraaf Abd Rasid, 11
  14. Muhammad Nizammudin Nasrun, 13
  15. Muhammad Hafiz Iskandar Sulaiman, 11
  16. Muhammad Harris Ikhwan Mohd Sulaiman, 10
  17. Muhammad Taufik Hidayat Norazizan, 16
  18. Ahmad Harith Adam Mohd Nor Hadi, 12
  19. Muhammad Hazim Ahmad Nor, 13
  20. Muhammad Syafik Haikal Abdullah, 13
  21. Muhammad Zattulah Roslan, 11
  22. Mohd Yusuf Md, 26 (guru)
  23. Mohd Amrul Nizam Sakarno, 25 (guru)

Berdasarkan senarai kat atas ni, aku tengok mangsa kebakaran yang paling muda baru je berusia 6 tahun. Tak dapat aku nak gambarkan... Hmmm... Benar. Mati itu pasti. Tiada siapa yang dapat lari dari kematian. Salam takziah aku ucapkan kepada semua keluarga mangsa. Semoga tenang dan tabah dalam menghadapi dugaan ini. Al-fatihah.

Isnin, 19 Jun 2017

Yuna - "Sanggup Seksa Sampai Mati, Mereka Tidak Layak Sambung Pengajian"

Salam.

Sumber gambar: DI SINI

Nampaknya Yuna turut menyuarakan pandangan mengenai kes buli yang telah meragut nyawa Zulfarhan, kadet laut tahun tiga di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Mangsa meninggal dunia di Hospital Serdang dengan kesan melecur melecur di dada, tangan dan kaki, dipercayai ditekap dengan seterika wap. 13 orang penuntut UPNM yang menghadapi pertuduhan membunuh mangsa telah dibenarkan diikat jamin dan pada masa yang sama mereka juga dibenarkan menyambung semula pengajian di universiti itu sehingga sebutan semula kes pertuduhan. Tapi pada pandangan Yuna, mereka tidak layak diberikan peluang untuk menyambung pengajian kerana sanggup menyeksa mangsa dengan seterika wap sampai mati.


Rata-rata netizen menyokong pandangan Yuna.


Apa pandangan korang pula?

Rabu, 14 Jun 2017

Tanda-Tanda Awal Kanser - Dapatkan Nasihat Doktor Jika Mengalami Simptom Ini

Salam.

Sumber gambar: DI SINI

Siapa tak gerun dengan kanser? Kanser ini adalah penyakit yang disebabkan oleh pertumbuhan yang tidak terkawal sel-sel yang tidak normal atau abnormal di dalam badan dan berpunca daripada kegagalan sistem imun untuk berfungsi dengan baik.

Kanser sebenarnya bermula apabila sel-sel di bahagian badan mula tumbuh di luar kawalan. Pertumbuhan sel kanser adalah berbeza daripada pertumbuhan sel yang normal. Sel tidak mati, sebaliknya terus berkembang dan membentuk sel yang baru, yang tidak normal. Sel-sel kanser juga boleh menyerang (tumbuh di dalam) tisu-tisu yang lain, sesuatu yang sel normal tidak boleh lakukan. Pertumbuhan di luar kawalan dan menyerang tisu-tisu lain adalah apa yang membuatkan sel menjadi sel kanser.

Sistem pengawasan imun yang aktif akan memilih, mengenalpasti dan memusnahkan agen karsinogenik (agen yang menyebabkan kanser) yang pada setiap hari memasuki badan kita. Mereka yang mempunyai sistem imun yang sihat dan kuat akan terhindar daripada kanser. Jika sistem imun mereka tidak berfungsi dengan baik, maka, mereka berhadapan dengan risiko kanser yang lebih tinggi. Menurut Dr. John Bailar, bekas Ketua Editor Jurnal Institut Kanser Negara, Amerika, pertahanan sistem imun kita perlu dikalahkan untuk membolehkan kanser bermula dan terus berkembang. Hal ini kerana sistem imun adalah benteng pertama dan terakhir kita daripada penyakit kanser.

Jadi mari kita lihat antara tanda-tanda awal beberapa jenis penyakit kanser supaya kita lebih berjaga-jaga dan segera untuk mendapatkan nasihat doktor.

Kanser pangkal rahim
  • sebarang lelehan atau pendarahan yang luar biasa
  • sakit selepas bersenggama
  • turun berat badan

Kanser payudara
  • bengkak atau gumpalan di buah dada
  • keluar cairan berdarah dari puting
  • pembesaran kelenjar di ketiak
  • kedutan pada kulit di buah dada

Kanser paru-paru
  • batuk kuat berterusan
  • batuk berdarah
  • nafas termengah-mengah
  • sakit dada
  • hilang berat badan

Kanser perut
  • hilang berat badan
  • muntah berdarah
  • sistem pencernaan yang tidak teratur
  • cepat kenyang walaupun makan sedikit

Kanser limpa
  • sakit di bahagian abdomen
  • hilang selera makan
  • turun berat badan
  • kulit dan mata menjadi kuning
  • bahagian abdomen membengkak

Kanser ovari
  • haid tidak teratur
  • tumbuhan keras di bahagian abdomen
  • sakit semasa bersenggama
  • ketumbuhan bulu rambut yang melampau
  • suara menjadi lebih mendalam

Kanser otak
  • sakit kepala
  • muntah-muntah
  • gangguan penglihatan
  • lemah atau lumpuh
  • pening atau pitam
  • pelupa
  • perubahan personaliti

Kanser prostat
  • sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan

Kanser darah (leukimia)
  • letih
  • pucat
  • mudah lebam
  • mudah mendapat jangkitan

Kanser tekak
  • suara garau atau serak
  • ada ketumbuhan di tekak
  • sukar menelan
  • kelenjar membengkak di leher


Sekiranya korang mengalami simptom simptom seperti kat atas ni, segeralah dapatkan nasihat doktor. Okay? Tapi aku mendoakan agar kita semua kita terhindar dan dijauhkan daripada penyakit kanser ni.

Sumber: DI SINI

Isnin, 5 Jun 2017

Dedah 36 Nama Suspek Kes Buli UPNM, Gadis Ini Dikecam Netizen

Salam.

Sumber gambar: DI SINI

Kes buli sehingga menyebabkan kematian Zulfarhan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) memang sedang hangat diperkatakan dan dibincangkan di laman-laman sosial sekarang ni. Semua netizen bersimpati dengan kejadian yang menimpa Zulfarhan dan mengharapkan keadilan atas kematian Zulfarhan. Dan majoriti netizen tidak berpuas hati apabila budaya buli dianggap perkara biasa dalam masyarakat kita, daripada dulu sampai sekarang. Siapa je yang suka kena buli? Tiada!

Tapi sekarang ni aku tak berapa faham. Ada seorang gadis yang hauskan perhatian kat laman twitter cuba memancing netizen dengan umpan nama-nama suspek bagi kes buli UPNM tu. Katanya dia ada maklumat senarai nama suspek untuk kes buli kat UPNM tu. Dia meletakkan syarat akan mendedahkan nama-nama suspek dalam kes buli yang menyebabkan kematian kat UPNM tu jika mendapat sekurang-kurangnya 1000 retweet. Aduhai. Dah kenapa sampai macam tu? Sanggup betul dia mengambil kesempatan atas kes yang sedang menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia ni. Takde hati dan perasaan betul.




Lepas dah dapat lebih daripada 1000 retweet, gadis tersebut memutuskan untuk tidak mendedahkan nama-nama suspek tersebut dengan alasan ramai sangat yang maki dia. Haha! Ni sejenis perangai apa ni? Ni mesti kecewa lepas tweet tu dah dapat lebih daripada 1000 retweet tapi bilangan followers dia naik sorang dua je kan? Sedih la. Siasat punya siasat, aku tengok laman twitter dia tu baru je dicipta pada bulan Mac tahun 2017 ni. Haaa... Sebenarnya tak sampai dua bulan pun dia buka akaun twitter tu. Pada pendapat peribadi aku, akaun twitter tu spesies akaun palsu.

Nak tengok apa reaksi netizen? Rata-rata netizen memang mengecam tindakan gadis ni. Jom kita tengok antara kecaman-kecaman yang diterima kat bawah ni.


Dah takde kerja lain ke?

Sabtu, 28 Januari 2012

Selamat Jalan Dunia Sementara, Selamat Datang Alam Barzakh

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Aku baru balik dari Kluang, Johor. Pada hari Khamis yang lepas, makcik aku telah menghembuskan nafasnya yang terakhir lebih kurang beberapa minit selepas azan Zohor berkumandang. Innalillah hiwa inna ilai hiroji'un. Semoga roh arwah dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

Ingat lagi entri Kain Putih? Entri tu pasal aku dengan arwah. Pada yang tak tahu pasal apa, boleh la singgah entri Kain Putih aku tu. Sesungguhnya ajal maut tu di tangan Allah. Nyaie aku kata umur arwah baru mencecah 52 tahun kalau aku tak silap. Sama sama la kita muhasabah diri. Semoga berita pasal kematian ni dapat sedikit sebanyak melahirkan keinsafan di samping kita fikir balik apa ibadat atau amalan yang telah kita lakukan.


By the way, aku dapat mengusung jenazah masuk ke dalam van jenazah untuk pertama kalinya. Satu pengalaman yang sangat mustahil untuk aku lupakan. Dan aku bersyukur bila tengok adik beradik, saudara mara, sahabat handai dan jiran tetangga yang hadir pada hari Khamis tu. Jenazah arwah telah selamat dikebumikan sebelum waktu Maghrib tiba. Alhamdulillah. Allah telah mempermudahkan segala urusan pada hari kejadian. So, sama sama la kita doakan supaya keluarga arwah dapat menerima kepergian ni dengan tenang, sabar dan redha akan ketentuan Allah.



potpetpotpet : Nyaie ialah panggilan nenek bagi orang Jawa.

Khamis, 13 Mei 2010

Gila Berangan!!!

Bila larut malam tara kucak cak tara kucak cak suasana sepi tara kucak cak tara kucak cak. Hebat kan? Sesuai dengan tema lagu ni aku sertakan beberapa keping foto berani mati dengan konsep hitam dan putih. Sila gelak gelak gemok sambil melemparkan tuduhan bahawasanya aku gila berangan hoho lantak la.


Cuba teka aku sedang pandang apa? Jeng jeng jeng. Sudah tentu aku pon tak ingat wakakaka. Maka sila jadikan gambar ni sebagai wallpaper desktop anda supaya hidup anda berbahagia hendaknya. Haaa... Tak pasal pasal aku jadi modal caci cacian secara percuma kan kan kan?


Eh eh tengok tu. Ada ikan dalam kolam. Dan kenapa ikan tu rupa bentuk dia macam ikan? Haish... Meh aku tolak kau masuk dalam kolam biar menggelupur tak sempat sempat nak mintak tolong. Ikan kekek mak iloi iloi ikan gelama mak ilai ilai sekian terima kasih.


Jangan tanya aku apa apa tentang gambar ni sebab aku pon tak tahu menahu kenapa buruk sangat kedua dua makhluk ni. Haish... Dosa dosa. Tak baik cakap macam tu. Jom kita tukar pulak jangan tanya aku apa apa tentang gambar ni sebab aku pon tak tahu menahu kenapa handsome sangat kedua-dua makhluk ni. Haaa... Okay okay.


Agak agak macam mana kalau aku jadi duyung? Kot kot boleh jumpa dengan duyung macam Maya Karin. Tak nak dugong. Nak duyung. Sila ketahui perbezaan yang wujud kalau kau ragu ragu sila rujuk Kamus Dewan Edisi tak kisah berapa tapi aku tak jamin apa apa sebab aku pon tak check ada ke takde. Bantai je la.


potpetpotpet: Jom tidur minum petang!

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com