Isnin, 17 Januari 2011

Aku Menang Percutian Ke Hong Kong Kerana Maxis Om Nom Nom Race?



Aku menang percutian ke Hong Kong masa lari lari Maxis Om Nom Nom Race hari tu? Jeng jeng jeng. Bajet kau neves la kan. Apa apa pon, it was a great yet fun experience. Adat pertandingan, ada menang ada kalah. Apa yang penting, pengalaman tu tak boleh beli kat 7 Eleven. Kat tempat lain tu aku tak tahu pulak kalau kalau ada jual pengalaman tu. Adeh. Nantikan berita penuh pada bila bila masa aku rasa aku nak cerita. Boleh? =.=


Sebelum tu, kau boleh la tinjau entri entri yang aku update secara pantas lagi panas. Panas la beb!!! Lari lari dan lepas sampai kat tempat tu je, terus nak kena update pasal makanan makanan tu. Gile ah. Tak kenyang pon. Wuwuwu ... T.T









potpetpotpet : Syukur nikmat.

Khamis, 13 Januari 2011

Nuffnang Kata Aku Berjaya! Aku Kata Aku Berjaya! Kau Tak Nak Kata Aku Berjaya?

Aku dapat emel ni daripada Nuffnang! :D


Alhamdulillah. Tak sangka dol. Nuffnang hantar emel kata aku berjaya join Maxis Om Nom Nom Race! Aku bajet takde la ramai mana yang join Maxis Om Nom Nom Race tu. Sekali Nuffnang memberitahu ... Kau nak tahu berapa? Nuffnang memberitahu iaitu lebih 200 bloggers yang berminat nak join. Ramai gile beb! Tapi Nuffnang pilih 15 team je. Dan 1 team terdiri daripada 4 bloggers. So, total bloggers yang terpilih ialah 64 bloggers. Wow. Rezeki betol. :')


The Eronic, are you guys ready to eat, eat and eat??! Sila berlatih sekarang. And for your information, aku tengah melapah ayam masak kurma sambil sambil taip entri ni. Bayangkan betapa bahawasanya aku sedang membuang tebiat. Aku kagom dengan diri sendiri. Haha. Eh. Di samping tu, aku kena nampak macho, handsome, comel, jambu dan segala perkataan yang sama waktu dengannya. Ni sebab sesi menggambar-gambar sakan dijamin berleluasa sepanjang Maxis Om Nom Nom Race berlangsung pada hari Sabtu ni. Sila jeles sampai tua. :P


Ada orang kata dah berisi. Sedih.


potpetpotpet : Expect the unexpected. :)

Jumaat, 7 Januari 2011

One Step Closer To The Maxis Om Nom Nom Race


A trip to Hong Kong 3 days 2 nights with 5-star accommodation worth RM10,000 and HTC Desire Z
or


HTC 7 Mozart
or


Maxis goodie bags


Kau tak nak hadiah hadiah kat atas ni kalau ada orang nak bagi? Okay okay. Tak nak sudah. Kau boleh belah. Haha. Rugi beb. Peluang keemasan tuuu ... Nuffnang telah menggembar-gemburkan bahawasanye Maxis dengan bangganye membawakan Maxis Om Nom Nom Race, iaitu perlumbaan yang memerlukan 60 blogger bertuah melengkapkan pelbagai cabaran makanan! Seronok seronok. ;D




Date: 15 January 2011 (Saturday)
Venue: Modesto’s, Ground Floor
Time: 8am-7pm



Why I would love to be a part of this Maxis Om Nom Nom Race?


First of all, the tempting prizes. Siriyes. Kau tak nampak hadiah hadiah tu? Pakej percutian bernilai RM10,000!!! HTC Desire Z!!! HTC 7 Mozart!!! Aku tak tahu la kalau kau takde perasaan bila dengar hadiah hadiah tu. Aku dah pengsan dua tiga kali tadi. =.=




Next, the Maxis Om Nom Nom Race is all about food and eating. Kau tahu ke apadehal dengan Om Nom Nom tu? Menurut jabatan forensikakudahtipukau, Om Nom Nom tu bunyi yang terhasil akibat daripada aktiviti kunyah mengunyah dalam mulut secara bising. Cuba la. Mesti mulut kau membunyikan Om Nom Nom kan kan kan? Eh. Kalau kau jenis makan tutup mulut bajet sopan tu, maka, Om Nom Nom takkan kedengaran. Tak syok ah makan takde bunyi Om Nom Nom. =.=


The most important thing is, the race will be filled with tons of glorious food. Gile ah. Lari lari lepas tu makan. Lari lari lepas tu makan. Lari lari lepas tu pengsan. Boleh? Haha. Aku suka gile dengan konsep macam ni. Menguji nafsu serakah betol. ;D


Last, but not least, the race will involve the iPhone 4, the Finder301 application and Wireless Broadband, all available through Maxis. Wow. Bila lagi nak merasa gadget gadget macam tu? Eh. Kalau jahanam gadget gadget tu kena ganti ke? Neves pulak tiba tiba. =.=


Maxis Broadband - http://www.maxis.com.my/personal/broadband/wireless_allplans.asp


Maxis Finder301 - http://itunes.apple.com/my/app/maxis-finder301/id375530216?mt=8#

Apa dia Maxis Finder301 tu? Application ni boleh bagi kau maklumat maklumat pasal makanan, restoran, atm, bank, klinik, balai polis dan banyak lagi ah. Kalau kau spesies suka melantak laju laju, kau mesti suka gile dengan Maxis Finder301. Sebab? Dengan Maxis Finder301 ni, kau boleh dapat nombor telefon, alamat, food reviews serta peta nak mendapatkan makanan.


Eh. Aku ada geng. Nama geng kitorang is The Eronic. Haaa ... Sedap sedap. Nama nak omputeh apahal? Haha. Eh. Siapa kitorang? Jeng jeng jeng. Tanpa melengahkan masa, meh sini aku mempersembahkan geng The Eronic yang cambest! ;D




THE ERONIC



potpetpotpet :  Saiz baju? Semestinye M! ;D

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com