Isnin, 17 Januari 2011

Aku Menang Percutian Ke Hong Kong Kerana Maxis Om Nom Nom Race?



Aku menang percutian ke Hong Kong masa lari lari Maxis Om Nom Nom Race hari tu? Jeng jeng jeng. Bajet kau neves la kan. Apa apa pon, it was a great yet fun experience. Adat pertandingan, ada menang ada kalah. Apa yang penting, pengalaman tu tak boleh beli kat 7 Eleven. Kat tempat lain tu aku tak tahu pulak kalau kalau ada jual pengalaman tu. Adeh. Nantikan berita penuh pada bila bila masa aku rasa aku nak cerita. Boleh? =.=


Sebelum tu, kau boleh la tinjau entri entri yang aku update secara pantas lagi panas. Panas la beb!!! Lari lari dan lepas sampai kat tempat tu je, terus nak kena update pasal makanan makanan tu. Gile ah. Tak kenyang pon. Wuwuwu ... T.T









potpetpotpet : Syukur nikmat.

Khamis, 13 Januari 2011

Nuffnang Kata Aku Berjaya! Aku Kata Aku Berjaya! Kau Tak Nak Kata Aku Berjaya?

Aku dapat emel ni daripada Nuffnang! :D


Alhamdulillah. Tak sangka dol. Nuffnang hantar emel kata aku berjaya join Maxis Om Nom Nom Race! Aku bajet takde la ramai mana yang join Maxis Om Nom Nom Race tu. Sekali Nuffnang memberitahu ... Kau nak tahu berapa? Nuffnang memberitahu iaitu lebih 200 bloggers yang berminat nak join. Ramai gile beb! Tapi Nuffnang pilih 15 team je. Dan 1 team terdiri daripada 4 bloggers. So, total bloggers yang terpilih ialah 64 bloggers. Wow. Rezeki betol. :')


The Eronic, are you guys ready to eat, eat and eat??! Sila berlatih sekarang. And for your information, aku tengah melapah ayam masak kurma sambil sambil taip entri ni. Bayangkan betapa bahawasanya aku sedang membuang tebiat. Aku kagom dengan diri sendiri. Haha. Eh. Di samping tu, aku kena nampak macho, handsome, comel, jambu dan segala perkataan yang sama waktu dengannya. Ni sebab sesi menggambar-gambar sakan dijamin berleluasa sepanjang Maxis Om Nom Nom Race berlangsung pada hari Sabtu ni. Sila jeles sampai tua. :P


Ada orang kata dah berisi. Sedih.


potpetpotpet : Expect the unexpected. :)

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com