Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar saudara saudari? Harap harap sihat hendaknya. Well. Aku dah bunyi macam nak bagi sepatah dua kata kat majlis perasmian bulan kemerdekaan pulak. Malaysia boleh!!! Haha. Tak lama lagi dah nak raya dowh. Tak sampai seminggu pun. Haish. Cepat betul masa berlalu. Tup tup tup dah nak raya kan kan kan? :)
Aku tak tahu lah kat rumah korang macam mana tapi rumah aku dah start pasang langsir kau tahu. Awal kah? Hurmmm... Okay lah kot. Style jugak bila pasang langsir sekarang. Tak perlu nak sibuk sibuk masa malam sebelum raya tu. Haish. Super busy weyh malam sebelum raya nanti. Nak kacau dodol. Nak bakar lemang. Nak masak rendang. Nak goreng nugget. Nak makan aiskrim. Erk. Tak gitu? Apa apa pun aku tolong sikit sikit je tadi. Setakat cucuk cucuk besi kat langsir tu very the small matter lah. Haha. Lepas tu panjat panjat kerusi nak sangkut langsir tu pun very the small matter lah. Siriyes aku siriyes. :)
Esok pulak nak kena lap tingkap, kaut sawang, basuh kipas, sedut habuk, basuh kereta serta tengok movies. Okay okay. Tengok movies tu macam takde kena mengena dengan raya kot. Haha. Eh eh lupa pulak. Aku dapat duit raya daripada Joegrimjow!!! 50 ribu tuuu!!! Teruja seyh... Korang tak nak join ke? Ada peluang lagi nak menang weyh. Jom tinjau kat blog Joegrimjow ni.
potpetpotpet: Assignments? Diabaikan buat sementara waktu. Harap maklum.

