Selasa, 20 Julai 2010

Why Did You Come Late?

Why did you come late?

Errr...

I asked a simple question. Why did you come late?

We miss the bus.

Oh. Jadi bus yang salah?

No no no.

You can't fly? You are not a superman? Why can't you just fly to the class?

Errr...

This is the last warning.


Adeh. Tak pasal pasal aku dah kena sentap pagi pagi. Haish. Aku datang lewat gi kelas weyh. Ya. Lewat hampir sepuluh minit kot kot tak silap. Oh. Nasib aku berdua tadi. Kalau sorang sorang aku mati kutu kat depan tu nak jawab teka teki lecturer tu. Haha. Salah siapa? Aku juaaa...
 



potpetpotpet: Tak pernah serik rasa macam nak lagi dan lagi haha.

Jumaat, 23 April 2010

Lima Jenis Orang Yang Aku Tak Suka. I Hate You. Boleh?

Oh.
This is my personal view.
Tak ada kaitan dengan siapa siapa.
HohO~
Ada lima jenis orang yang aku tak suka.
Seriously.
Oh.
Aku bukan nak kata aku bagos sangat.
Tidak tidak tidak.
Cuma aku tak berapa berkenan dengan lima jenis orang ini.
  1. Orang yang merokok tapi ikot sukahati bapak dia nak merokok kat mana. Eh eh eh. Aku tak kisah kau nak sumbat tujuh ke lapan ke sembilan ke sepuloh ke batang rokok kat mulut kau. Yang aku jadi hot and spicy, apahal kau nak hisap rokok dekat bilik bacaan? Kau tak nampak aku sedang pura pura baca buku ni? Eh eh eh. Nama pon bilik bacaan. Siapa nak baca baca sila ke bilik bacaan. Faham? Baju aku yang berbau Tommy Hilfiger (aku tipu penoh muslihat) pon dah tukar perisa rokok cap kepala hotak kau. Alamak. Lebih lebih pulak lakonan aku dalam babak emosi ni. HohO~ 
  2. Orang yang meludah tak tentu hala ptuih ptuih ptuih bunyi dia. Amboi amboi amboi. Ni lagi aku nak sepak terajang secara konsisten. Apahal kau nak ludah ludah kat semua tempat? Kau nak beri tanda konon kau dah lalu tempat tu sebab tu kau ludah ludah? Meh sini aku pijak selipar kau. Duh. Tak faham dengan orang macam ni. Pengotor. Bluwek!
  3. Orang yang suka gurau gurau tapi bukan gurau gurau. Sakit hati betol. Setiap patah kata makan dalam okay. Seriously. Tak suka. Bak kata pepatah, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata eh tak boleh nak tarik balik. Walaupon aku tak pernah naik perahu dan aku pon tak pasti macam mana nak undur perahu tu aku yakin bahawa perahu memang boleh diundur. Sekian.
Eh eh eh tiga je ek?
Alamak.
Aku salah kira la tadi.
Aku ingat ada lima.
Oh tak sangka cuma tiga sahaja. 
Lantak.

potpetpotpet: Sama sama kita bermuhasabah.

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com