Selasa, 11 April 2017

Koleksi Teka Teki Lawak Hambar & Menyakitkan Hati

Salam.

Ni kesinambungan entri kegemaran ramai sepanjang zaman iaitu entri Teka Teki Paling Susah Di Dunia. Ada Berani? yang telah diterbitkan sekitar tahun 2010. Sekarang dah masuk tahun 2017. Kenapa tak bundarkan 2020 je terus? Haha! Dah lama sebenarnya aku tak main teka-teki ni. Zaman dulu bukan main kalau boleh nak bagi soalan teka-teki yang tiada siapa boleh jawab. Walaupun? Jawapan merapu! Naaahhh... Bagi mengisi kekosongan masa, ni koleksi teka-teki lawak, lucu, hambar dan menyakitkan hati kalau korang tak dapat cari jawapannya.


Soalan 1: Kenapa doktor bedah melakukan pembedahan dengan menutup mulutnya?
Soalan 2: Lampu apa yang kalau dipecahkan keluar orangnya?
Soalan 3: Ada seorang wanita yang sarat mengandung dan nak bersalin, lalu suaminya membawa isteri ke hospital. Dia melalui ladang kopi dan lombong bijih timah. Lepas anak dia lahir, dinamakan Fatimah. Kenapa?
Soalan 4: Kenapa ada motosikal namanya YAMAHA?
Soalan 5: Seorang lelaki memakai pakaian serba hitam, seluar hitam, kasut hitam, sarung kaki hitam, sarung tangan hitam dan kacamata hitam. Dia berjalan di sebuah lorong hitam. Seluruh lampu di lorong itu padam. Kemudian, sebuah kenderaan berwarna hitam dengan lampu yang juga padam meluncur memasuki lorong. Namun tepat di depan lelaki itu kenderaan berhenti. Bagaimana mungkin pemandu kenderaan itu boleh melihat lelaki serba hitam itu?
Soalan 6: Apakah yang lembu ada, kambing tak ada?
Soalan 7: Kenapa orang azan mesti tutup telinga?

Nanti aku update entri pasal jawapan-jawapan dia pula. Sementara tu, korang cuba selesaikan semua soalan kat atas ni. Camtuh.

Rabu, 6 Julai 2011

Nama Anak Mak Limah Yang Sorang Lagi Itu Ialah ...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Errr... Aku lupa nak bagitahu jawapan kepada Teka Teki Menguji Minda | Teka Teki Mak Limah hari tu. Actually, aku bukan lupa. Aku dah bagitahu jawapan dia kat page Budak Lelaki Sebelah Pintu. Tapi nampaknya, masih ramai yang tak tahu jawapan dia. Mungkin tak perasan kot? Tak kisah la. Demi korang, aku dengan sukacitanya menaip entri jawapan ni. Please take note, ni semata-mata untuk korang ye. So, boleh la terharu sekarang. Lepas tu, tak reti reti nak promote blog aku? =_=

Eh. Ingat lagi tak soalan dia?
Mak Limah ada lima orang anak. Sorang nama Abu. Sorang nama Ahmad. Sorang nama Ali. Sorang nama Amin. Sorang lagi nama apa?

Tanpa melengahkan masa lagi, jawapan dia ialah Limah! Yes. Nama anak mak Limah yang sorang lagi itu ialah Limah. Errr... Sudah terang lagi bersuluh kot? Mak Limah membawa maksud mak kepada Limah. So, anak dia yang sorang lagi tu Limah la beb. Sebab nama Limah je tak sebut lagi. Korang faham ke tak ni? Takpe takpe. Aku bagi contoh lain ye? Okay. Mak aku ada tiga orang anak. Sorang kau. Sorang dia. Sorang lagi? Aku la! Senang kan? =_=





potpetpotpet : Kenapa jawapan teka teki selalu menyakitkan hati?

Isnin, 4 Julai 2011

Teka Teki Menguji Minda | Teka Teki Mak Limah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Okay. Sempena dengan hari Isnin yang tak berapa seronok ini, aku nak main teka teki dengan korang. Yes. Hari Isnin memang takde kena mengena dengan teka teki. So? Ada masalah? =_=

Dah sedia nak jawab? Senang gile teka teki ni. Aku dapat teka teki ni masa aku gi Perlis hari tu. Anyway, siapa yang tak dapat jawab teka teki ni, anda dinasihatkan supaya menduduki UPSR semula. Haha. XD


Mak Limah ada lima orang anak. Sorang nama Abu. Sorang nama Ahmad. Sorang nama Ali. Sorang nama Amin. Sorang lagi nama apa?


Haaa... Dapat jawab tak? Cepat jawab kat ruangan komen tu. Aku nak tengok berapa ramai pembaca blog aku yang menguasai kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis ni. Ada berani? Siapa salah jawab, nampak sangat otak dia tengah beku sekarang ni. Adeh. Okay. Selamat menjawab teka teki Mak Limah ni! >_<

Eh. Sebelum tu, aku nak bagitahu awal awal ni. Aku tak sediakan apa apa hadiah kalau korang dapat jawab teka teki Mak Limah ni dengan betul. So, jangan mengada-ngada nak pergi kat kaunter pertanyaan mintak hadiah. Sekian. Harap maklum. Sebarang pertanyaan, boleh rujuk kamus dewan. =_=


Aku tengah fikir jugak ni. Haha.



potpetpotpet : Senang je kan? Nak tahu jawapan? Klik kat sini.

Ahad, 17 April 2011

Aku Berada Di Mana Ini?



Aku berada di mana ini? Klasik gile bunyi soalan bila letak INI kat belakang pertanyaan tu. Haha. Anyway, semalam aku telah mengikuti satu aktiviti yang menarik lagi bayyyekkk punyerrr... Tapi aku malas ah nak cerita sekarang. Aku nak cerita esok je la kot? Boleh? So, sementara nak tunggu esok, aku nak korang teka teki teka tekok aku pergi mana berdasarkan gambar kat atas tu haaa... XP



potpetpotpet : Lebih kurang enam hari lagi...

Sabtu, 12 Mac 2011

Ce Teka! Ce Teka! Eh. Bukan Teka Teki!



Assalamualaikum warah matullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera.


Hoyeh hoyeh! Aku dah start cuti sekolah beb. Seminggu tuuu... Kau mampu cuti seminggu? Kalau mampu, tahniah diucapkan. Kalau tak mampu, hahaha digelakkan. Adeh. Aku happy gile ni. Ni kira first time ah aku tak pergi sekolah dalam tempoh yang agak panjang. Siapa kata aku tak penat pergi sekolah? For your information, tiap tiap hari aku balik pukul 5 petang. Tak pernah awal beb. Eh. Kecuali Jumaat! Siriyes dah macam kerja pejabat. Huaaa... Sila balingkan seketul simpati kat aku.


Memandangkan aku dah start cuti, aku akan meluangkan masa sebanyak mungkin bersama blog Budak Lelaki Sebelah Pintu ni. For the next entry, aku dah bagi klu melalui gambar kat atas tu. Ce teka ce teka! Aku pergi mana tu? ;)


potpetpotpet : Siapa tak rindu aku? Aku!!!

Selasa, 7 September 2010

Aku Pun Shopping Raya Kau Tahu.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Cuba teka teki aku buat apa semalam? Oh. Selain tidur please!!! Erk. Jeng jeng jeng. Aku menoreh getah!!! Haha. Sila percaya aku menipu. Okay okay. Aku nak siriyes ni. Aku gi shopping raya!!! Yay!!! Sesi menabung menabur duit telah berjalan dengan lancar semalam. Tahniah diucapkan. :P




Nafsu lagi syaiton daripada syaiton kau tahu. Nasib aku tak pegang duit ribu riban masa tu. Kalau tak siriyes duit tu habis secara mengejut. Fuhhh... Apa dia barang barang yang sempat aku beli? Hurmmm... Kejap. Beberapa helai t-shirt. Sehelai skinny jean. Sekian. Tu sajo. Tak mampu nak berbelanja lebih. Haha. Oh. Baju Melayu dah lama siap. Tinggal nak pakai je. Adeh.


potpetpotpet: Don't wait for tomorrow cause you'll never get today back.

Selasa, 20 Julai 2010

Why Did You Come Late?

Why did you come late?

Errr...

I asked a simple question. Why did you come late?

We miss the bus.

Oh. Jadi bus yang salah?

No no no.

You can't fly? You are not a superman? Why can't you just fly to the class?

Errr...

This is the last warning.


Adeh. Tak pasal pasal aku dah kena sentap pagi pagi. Haish. Aku datang lewat gi kelas weyh. Ya. Lewat hampir sepuluh minit kot kot tak silap. Oh. Nasib aku berdua tadi. Kalau sorang sorang aku mati kutu kat depan tu nak jawab teka teki lecturer tu. Haha. Salah siapa? Aku juaaa...
 



potpetpotpet: Tak pernah serik rasa macam nak lagi dan lagi haha.

Sabtu, 8 Mei 2010

Teka Teki Paling Susah Di Dunia. Ada Berani?

Teka teki. Jom kita main teka teki. Jom jom jom. Sekali sekala nak jugak menguji dan mengasah minda yang agak tumpul dan macam berkarat tu. Silakan untuk meneka jawapan. Jangan tiru jawapan orang lain tau. 

(1) Kalau 1+1=2, jawapan lain dia apa?
Jawapan lain dia salah la.

(2) Lima pasang stoking direndam dalam Laut Merah. Setiap pasang stoking itu berwarna putih, hijau, biru, kuning dan hitam. Apa akan terjadi kepada semua stoking tersebut?
Stoking tu basah la.

(3) Kenapa di tepi rel keretapi diletakkan batu kerikil?
Kerana kalau diletakkan pisang goreng pasti jadi rebutan.

(4) 10 ekor burung sedang terbang, tiba-tiba guruh berdentum dengan kuat. 6 ekor burung terus terbang tanpa masalah tetapi 4 ekor burung telah jatuh ke bumi. Persoalannya kenapa 4 ekor burung itu jatuh ke bumi?
Kerana 4 ekor burung itu menutup telinga dengan kepaknya dan menyebabkan burung burung tidak dapat terbang seperti biasa.

(5) Dalam banyak banyak negara, negara apakah tidak boleh duduk?
Negaraku.

(6) Kalau seorang, sendiri tahu. Kalau berdua, dua-dua sama tahu. Kalau bertiga pulak, tiada siapa yang tahu kecuali orang yang buat. Kalau berempat, lagi lah tak tahu. Apakah dia?
Kentut.


Wow. Teringat zaman budak budak. Gila main teka teki sampai gaduh gaduh nak jugak jawapan masing masing betul. Tak boleh terima langsung kalau jawapan orang lain betul, jawapan kita salah. Tetap nak tegakkan benang yang basah!

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com