Khamis, 11 November 2010

Ada Apa Dalam Botol ?

Halo halo. Aku dapat jemputan for a movie screening at FINAS semalam. Haha. Almost 50 bloggers was invited to this event untuk tayangan eksklusif kat Dolby Mixstage, FINAS. Dahsyat tuuu ! Thanks to Raja Azmi and Amy Ikram for this golden opportunity. Terharu lebih dah ni. Eh. Filem ni bakal ditayangkan bulan Februari 2011 kau tahu. Lama lagi ah ! Tapi aku dah dapat tengok semalam. Haha. Sila gelak sama sama supaya lu tak berapa nak jeles.




Filem 
... Dalam Botol

Pelakon 
Arja Lee - Wan Raja - Diana Danielle - Normah Damanhuri - Jalil Hamid - Ogy Ahmad Daud

Pengarah 
Khir Rahman

Sinopsis
Ruby (Arja Lee), atau nama sebenarnya, Rubidin, dan Ghaus (Wan Raja) merupakan pasangan bercinta sejenis. Kerana terlalu mencintai Ghaus, Rubidin sanggup berkorban apa sahaja, lalu, mengubah identitinya kepada Ruby. Bukan calang-calang pengorbanan yang dilakukan Ruby, identiti dirinya diubah menerusi satu pembedahan jantina. Namun, perhitungan Ruby itu salah kerana Ghaus tidak dapat menerimanya dalam keadaan fizikal seperti seorang wanita sekali gus menyingkirkan Ruby daripada hidupnya. Malah, Ruby mula jatuh cinta dengan seorang gadis yang baik budi, Dina (Diana Danielle). Namun, Ruby sedar jasadnya bukan lagi seperti seorang lelaki tulen kerana dia telah membuang alat sulitnya. Oleh itu, apakah yang harus dilakukan oleh Ruby ? Jangan lupa saksikan ... Dalam Botol di pawagam berhampiran anda !






5 Random Positive Things
  • Anu Dalam Botol tu bukan sengaja dipilih sebagai tajuk filem ni. Tapi ada sebab ah Raja Azmi tak nak tukar tajuk tu. Sebab ? Anu Dalam Botol tu kira elemen penting ah dalam filem ni. Nak tahu lebih lanjut ? Kena tengok sendiri ah. Siriyes ! ... Dalam Botol ni bukan filem lucah ah. Erk. Sebelum sebelum ni, heboh orang ramai sibuk dok kata Raja Azmi ni buat filem lucah. Bila aku tengok filem ni, takde ah lucah mana pun. Babak babak panas dalam filem ni tak sampai lima minit ah. Yeah ! Fokus bagi filem ni pasal kehidupan Rubidin selepas bertukar jadi ultraman cosmos perempuan. Senang cerita, pasal masalah yang berlaku dalam hidup dia ah. Dan takde pulak pasal dia berfoya-foya dengan lelaki lain.
  • Babak paling best masa Rubidin balik kampung dia, jumpa mak dan ayah dia. Eh. Masa ni, Rubidin dah tukar penampilan sebagai perempuan. Fuhhh ... Dialog daripada ayah dia sangat sangat sangat betul ! Siapa makan cili, dia terasa pedas ah. Siapa makan beskot oreo, kena celup dengan susu dulu baru sedap. Haha. Standing ovation ah !
  • Lakonan terbaik daripada Normah Damanhuri, Jalil Hamid dan Ogy Ahmad Daud. Gilerrr terbaik ah !
  • Mesej yang disampaikan menerusi filem ni kuat ah jugak. Kira filem ni bukan dibuat semata-mata nak bagi kontroversi. Tapi ada nilai dia yang tersendiri.
  • Aku dah jatuh cinta dengan lagu masa credit, Buka Pintu by Anneke Gronloh. Walaupun bait bait lirik dia takde kena mengena dengan filem ni, tapi aku suka ah ! Sodap ! For your information, aku tak pernah dengar lagu ni sebelum ni. And thanks to ... Dalam Botol, aku sekarang suka lagu klasik gilerrr ni ! XD 

5 Random Negative Things
  • Rubidin tu maskulin sangat ah. Macam tak sesuai pulak. =.=
  • Ada babak babak panas yang boleh mengundang rasa tak selesa sikit ah. Aku tengok sampai omaigot omaigot tanpa henti. Erk. Dah nama pun 18SX kan ? *.*
  • Jalan cerita for this film a lil bit mendatar. Secara tak langsung, aku menguap lebih daripada lima kali. Haha. XD
  • Rubidin ni betul betul jatuh cinta dengan Dina ke ? Entah ah. Tak nampak macam jatuh cinta pun ?
  • Apa lagi ek ? Oh. Persembahan filem ni nampak macam filem filem indipendent ah. I mean, daripada segi sinematografi dia. Okay ah jugak. Tapi tak berapa nak menjadi kot. Peace ! :)

In a nutshell, filem ni menceritakan penderitaan yang dialami oleh Rubidin selepas melakukan pertukaran jantina. Ni bukan filem pasal bestnyerrr bila tukar jantina ni. Ada faham ? Okay okay. Aku nak gi jual botol botol kosong ni haaa. Bye ! XD






potpetpotpet : Ada apa dalam botol ? Ada aku kisah ? =.=

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com