Isnin, 25 April 2011

Alasan Yang So Sweet Bila Terlambat Wish Happy Birthday!

Tarikh Kejadian : 23 April 2011
Masa Kejadian : 10:52 pm
Lokasi Kejadian : McD


You're so hypnotizing
Could you be the devil? Could you be an angel?
Your touch magnetizing
Feels like I am floating, leaves my body glowing


Lagu apa tu? Teka ah sendiri! Tu bunyi ringtone henpon aku sekarang. Tiba tiba henpon aku berdering masa aku tengah lepak dengan I N N Z serta kawan dia lagi sorang. Alamak! Aku tak ingat nama kawan dia pulak! Haha. Kejap kejap. Aku gi tengok kat blog I N N Z ni. Haaa... Nama dia S Y U K. Oh. Nama S Y U K ni takde pautan sebab dia takde blog tapi aku sengaja taip nama dia seolah-olah macam ada pautan. Erk. Perlu ke aku jelaskan semua ni? =.=


Aku dapat panggilan daripada Q (bukan nama sebenar). Aku ingat panggilan biasa biasa je. Sekali dia nyanyi Happy Birthday To You secara berpasangan dengan K (bukan nama sebenar). Aku macam, oh em gee, that is so sweet!!! Boleh nangis ah kalau tak cover macho time tu. Nasib baik aku ada kat luar masa tu. Kalau aku ada kat dalam bilik tengah baring baring atas katil, confirm aku dah nangis guling guling. Haha. Terjujur pulak. Adeh. Lantak ah. >.<


Lepas habis dorang nyanyi, aku text Q, tanya la kenapa dia lambat wish kan. Cehhh... Mengada-ngada gile! Haha. Aku bajet dia lupa kot. Kalau tak, mesti dia dah wish awal awal kan? Tapi, tapi, tapi, dia reply seperti di bawah:

Q tahu ramai berebut nak jadi yang terawal wish. So, Q nak jadi yang special. Yang terakhir! Haha.

Alasan memang tak boleh belah! Adeh. Lepas ni, aku nak cuba pulak alasan macam ni. Ngeee... Bunyi macam sweet je kan? Haha. Okay. Tu je untuk hari ni. See ya! Jangan lupa pos hadiah kat aku okay? =.=


Lalang ni sodap bebeh!



potpetpotpet : Biarlah rahsia... Nak jugak rahsia rahsia ni... =.=

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com