Rabu, 28 Februari 2018

Neelofa Hilang 100 Ribu Follower Di Instagram, Dari 5.5 Juta Kepada 5.4 Juta

Salam.


Tak habis habis pasal Neelofa lagi ke? Aku tengok follower instagram Neelofa menurun petang tadi berbanding waktu pagi, lebih kurang 100 ribu follower! Haaa... Pagi tadi aku check follower instagram Neelofa ada dalam 5.5 juta. Tapi petang tadi? Tinggal 5.4 juta! Wow! Boleh kata lebih kurang 100 ribu orang follower Neelofa dah mula unfollow akaun instagram miliknya. Ni tak lain tak bukan pasal isu Neelofa lancarkan koleksi tudung baru dia kat kawasan kelab malam Zouk tu lah kot. Nampaknya ada kesan juga cakap nak boikot tu. Walau bagaimanapun, Neelofa masih lagi berada di tangga pertama sebagai artis Malaysia paling ramai pengikut di instagram.

Ni screenshot aku pukul 9:05 pagi.


Ni pula screenshot aku pukul 3:22 petang tadi.

Katanya kakak Neelofa, Nabila mewakili Naelofar Hijab dah memohon maaf bagi isu yang timbul hari tu. Tapi tak pasti pula dengan Neelofa. Aku berharap kita semua mengambil pengajaran dan pelajaran terhadap kontroversi yang timbul ni. Kita sama-sama bangkit belajar perbaiki diri, tingkah laku dan peribadi dari masa ke semasa. Semoga hari yang mendatang akan lebih baik buat kita semua.

Khamis, 8 Jun 2017

10 Artis Malaysia Paling Popular Di Instagram (Paling Banyak Pengikut)

Salam.


Adakah Nora Danish masih lagi mengungguli carta artis Malaysia dengan instagram paling banyak followers? Atau Neelofa? Mungkin juga Zizan Razak? Tidak mustahil Dato' Siti Nurhaliza? Dan Scha Al-Yahya pula? Haaa... Tu la antara nama-nama yang mempunyai followers paling banyak kat instagram. Agak agak followers siapa yang paling banyak? Haaa... Kat sini aku senaraikan 10 artis Malaysia yang mempunyai bilangan followers tertinggi setakat 8 Jun 2017. Semua artis yang tersenarai ni ada lebih daripada 3 juta followers kat akaun instagram mereka tau. Dah jom kita countdown!

10.  Yana Samsudin (3,093,618 followers)


9.   Rozita Che Wan (3,191,822 followers)


8.   Awal Ashaari (3,313,600 followers)


7.   Elfira Loy (3,562,782 followers)


6.   Hanis Zalikha (3,615,768 followers)



5.   Scha Al-Yahya (3,840,808 followers)


4.   Dato' Siti Nurhaliza (3,964,294 followers)


3.   Zizan Razak (4,225,747 followers)


2.   Neelofa (4,820,687 followers)


1.   Nora Danish (4,843,620 followers)


Nampaknya sampai ke hari ini Nora Danish masih kekal nombor satu, masih paling banyak followers kat akaun instagram miliknya. Tapi adakah Neelofa akan merampas takhta Nora Danish sebagai artis Malaysia yang mempunyai bilangan followers terbanyak di laman instagram tak lama lagi? Beza sikit sangat dah tu. 

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com