Rabu, 28 Februari 2018

Neelofa Hilang 100 Ribu Follower Di Instagram, Dari 5.5 Juta Kepada 5.4 Juta

Salam.


Tak habis habis pasal Neelofa lagi ke? Aku tengok follower instagram Neelofa menurun petang tadi berbanding waktu pagi, lebih kurang 100 ribu follower! Haaa... Pagi tadi aku check follower instagram Neelofa ada dalam 5.5 juta. Tapi petang tadi? Tinggal 5.4 juta! Wow! Boleh kata lebih kurang 100 ribu orang follower Neelofa dah mula unfollow akaun instagram miliknya. Ni tak lain tak bukan pasal isu Neelofa lancarkan koleksi tudung baru dia kat kawasan kelab malam Zouk tu lah kot. Nampaknya ada kesan juga cakap nak boikot tu. Walau bagaimanapun, Neelofa masih lagi berada di tangga pertama sebagai artis Malaysia paling ramai pengikut di instagram.

Ni screenshot aku pukul 9:05 pagi.


Ni pula screenshot aku pukul 3:22 petang tadi.

Katanya kakak Neelofa, Nabila mewakili Naelofar Hijab dah memohon maaf bagi isu yang timbul hari tu. Tapi tak pasti pula dengan Neelofa. Aku berharap kita semua mengambil pengajaran dan pelajaran terhadap kontroversi yang timbul ni. Kita sama-sama bangkit belajar perbaiki diri, tingkah laku dan peribadi dari masa ke semasa. Semoga hari yang mendatang akan lebih baik buat kita semua.

Khamis, 6 Julai 2017

Neelofa Artis Malaysia Paling Popular Di Instagram (Paling Banyak Pengikut)

Salam.

Sumber gambar: DI SINI

Tahniah Neelofa! Setelah sekian lama Nora Danish menjadi artis Malaysia yang paling popular di laman sosial instagram tapi akhirnya gelaran tersebut telah dirampas oleh Neelofa dengan jumlah pengikut sebanyak 4,888,097 berbanding Nora Danish dengan jumlah pengikut sebanyak 4,874,634. Haaa... Sengit tak? Setakat ni takde lagi pencabar terdekat selain daripada Neelofa dan Nora Danish. Ehhh... Nak tengok senarai 10 artis Malaysia paling popular di instagram? Korang boleh baca entri kat bawah ni.






Korang follow tak instagram Neelofa dan Nora Danish ni?

Rabu, 19 Januari 2011

Blogger Sanggup Menipu Demi Menambahkan Bilangan Followers?



Adeh. Aku tak tahu nak cakap apa. Peristiwa ni baru berlaku siang tadi. Aku gi post entri terbaru aku kat salah satu group yang aku join kat facebook tu. Tiba tiba, W (bukan nama sebenar) mengomen kat post aku tu. Aku pon macam excited lebih la kan? Siapa W ni? Tup tup, W tulis follow you. follow me okay. sekali dengan link blog dia kat post aku tu. Dasat dasat.


Eh. Aku takde masalah langsung bila W nak promote blog dia tu. Aku siap klik laju laju link blog yang W bagi tu. Aku tengok blog W. Hurmmm ... Aku tak pernah nampak pulak W sebelum sebelum ni. Siriyes. Aku ni kira rajin la jugak nak singgah blog blog yang selalu menconteng arang kat ruangan komen aku tu. Tapi aku tak pasti pulak dengan W ni. Baru lagi kot. Kemudian, aku check kat ruangan followers tu sebab W kata dia baru follow aku kan kan kan? Check punya check, aku tak jumpa W beb!!! Biar betik dia ada follow blog aku ni? Aku pon tulis tak pernah nampak pon? sebab aku memang tak perasan W ni. Nak kenal kenal jugak la kan. Kot kot selama ni aku selalu mengabaikan makan minum dia. Erk. Lama jugak aku kena tunggu W reply ni. Adeh. Selang beberapa minit lepas tu, W tulis dah lama dah ada. awak tak perasan. sebagai jawapan.


Aku dah rasa bersalah dah. W kata dia dah lama follow blog aku tapi aku boleh tak nampak dia? Haish. Sampai hati aku buat W macam tu. Tak boleh jadi ni. Aku gi dashboard semula. Eh. Bilangan followers dah bertambah!!! Aku terus gi ruangan followers tu. Nak tahu apa? W tu baru follow blog aku tadi. Eh. Tadi bukan ke W kata dah lama follow tadi? Haiyak. Blogger macam ni pon ada? Aku tulis adeh. awak baru follow kan? baru nampak kat situ. kat post tadi. Cuba teka W reply apa? W tulis yela. baru je follow. hehe. dengan tenang sekali. =.=


Aku tergamam beb. Cehhh. Tergamam tu. Dah la dia ajak aku follow blog dia, boleh pulak dia menipu macam tu? Aku takde la sampai nak mengamok keluar parang semua. Tapi aku kecewa beb. Sampai hati dia buat macam tu. Siap kata dia dah lama follow, padahal tak follow lagi? Bila aku tegur aku tak pernah nampak dia, dan dan follow blog aku. Come on la beb. Honesty is the best policy. Gara gara nak menambahkan bilangan followers, sanggup menipu? Kejam gile. Nasihat aku, jangan terlalu taksub dengan bilangan followers. Tak bawak mati pon. Boleh? =.=



potpetpotpet : Terima kasih kerana membaca. :')

Isnin, 27 Disember 2010

Ini Bukan Contest. So? Tak Wajib Follow Blog Ini.

Eh. Aku kena beritahu awal awal ni. Takut nanti korang ingat ni contest pulak. Tak pasal pasal korang follow blog aku. Biasa ah. Jadi follower tu kan syarat wajib contest? Haha. Abaikan. Aku lepak lepak tadi. Hurm ... Dengan siapa? Jeng jeng jeng. Aku tak nak cerita sekarang. Next entry aku habaq mai kat hangpa semua. Best gile aktiviti kitorang hari ni. Dah macam amazing race pun ada. Siriyes. Gi tempat tu, gi tempat ni. Betul betul meletihkan. Adeh. Tak kisah la semua tu. Sebab kitorang memang enjoy habis la tadi. Boleh jadi antara hari yang paling happening of the year. Apa apa pun, aku nak korang teka aktiviti apa aku buat tadi. Okay? Siapa teka semua aktiviti dengan betul dan terpantas, aku up entri pasal blog dia. Amacam? XB


Aktiviti 1. Klu? Dating beramai-ramai.


Aktiviti 2. Klu? Jangan masuk longkang.


Aktiviti 3. Klu? Sedap.


Aktiviti 4. Klu? Kacak luar, kacak dalam.



potpetpotpet : Aku penat gile ni.

Selasa, 2 November 2010

Blog Pilihan Aku Sebagai Follower

Halo halo. Aku takde aktiviti nak update. Detsuwai aku tak tahu nak story pasal pe. Aku lepak rumah je beberapa hari ni. Nak keluar ? Alamak. Takde kawan ah. Masing masing busy dengan final exam. Oleh itu, aku nak taip something merepek-repek-pek ni. Sorry ah kalau kau tak suka. Aku nak taip dah ni ... Haaa ... Aku taip sekarang ni ... Aku siriyes ni ! Kau ingat aku main main ek ? Aku tak main main ah. Haha. Awal awal lagi aku dah merepek. =.=


Sebagai blogger, tak sah kalau aku tak jadi follower mana-mana blog. Erk ... Boleh je kalau kau tak nak jadi follower mana mana blog kan ? Tapi bosan ah hidup macam tu. By the way, ada banyak faktor yang menggangu goda aku supaya bertukar jadi vampire follower ni. Meh sini aku nak kongsi sikit tentang blog pilihan aku sebagai follower. Tak tahu ah kalau kalau kau pun sama kes macam aku. Hehe. XD



Blog Femes

Erk. Aku secara tak sengaja jadi follower blogger blogger femes ni. Nak tahu gak kenapa dorang femes. Kau tak nak tahu ke ? Kau nak tahu jugak kan kan kan ? Haha. Dah nama pun femes, follower dorang harus cecah riban riban. Ni kira kes tak nak ketinggalan ah ni. Dah ramai sangat blogger blogger lain jadi follower dorang, aku pun ikut sama ah. Erk. Comel tak bunyi dia ? T.T

Contoh : Zara


Blog Friendly

Friendly macam mana tu ? Well well well. Blogger blogger spesies ni rajin bebenor singgah kat blog aku. Pulak tu, dorang rajin tekan button PUBLISH YOUR COMMENT kat setiap entri. Secara tak langsung, aku pun terharu lebih. Tiba tiba, aku terus jadi follower dorang lepas tu. Dahsyat kan ? Bak kata pepatah, orang berbudi kita berbahasa, orang bagi spaghetti kita bagi laksa. XD



Blog Personal

Okay okay. This is only my opinion. For me, blog blog personal ni best sebab dorang selalu up story about their own lives. Dorang story pasal dorang gi bercuti kat mana, dorang makan apa hari ni, dorang celebrate birthday siapa, dorang tengok latest movie in cinema dan macam macam lagi ah. Sangat sangat menggiurkan ! Sometimes I just wish I had a life just like theirs. Boleh ? Hehe. Aku suka ah jadi follower blog dorang ! Takde ah nanti masa aku buka buka dashboard je, penuh dengan berita berita yang telah berjaya di-copy-paste-kan. Teeettt ... 0.0

Contoh : Qarl


Blog Cun Ensem

Adat ah. Dah cun ensem, siapa tak suka tengok kan ? Pulak tu, blogger blogger ni suka upload gambar gambar dorang. Maka, bertambah-tambah-bah excited nak gi cuci mata ! Haha. Tapi, aku takde ah macam tu sangat. Aku suka tengok gambar gambar dorang sebab aku suka tengok keindahan ciptaan Tuhan. Cehhh ... Ayat coverline baik punyerrr ! >.<

Contoh : Nisa


Blog Contest

Aku takde ah rajin mana nak join contest sana sini. Tapi, rajin ah jugak walaupun tak rajin sangat. Kadang kadang tu, rajin sikit sikit je. Okay. Enough pasal rajin. Usually, kalau aku join apa apa contest, aku selalu jadi follower blog blog yang bertindak sebagai penganjur contest tu. Tapi, aku takde ah sampai nak stop jadi follower dorang bila contest tu dah tamat. Aku ikhlas ah jadi follower dorang. Erk. @.@

Contoh : Itik Kejam


Blog Kontroversi

Huh ? Kontroversi sangat ke ? Nak tahu kontroversi ke tak, aku kena ah jadi follower blog blog ni. Hehe. Kadang kadang terasa pedasss jugak dengan statement statement dorang sebab aku pun gi makan cili tu! Haha. For your information, ada betul statement statement yang dikeluarkan walaupun takde ah sampai seratus peratus betul. Tapi, best ah baca blog blogger blogger macam ni. I can see things differently, in another point of views. *.*

Contoh : Innz


Blog Santai

Aku suka baca blog blog santai ni. Kira kepala hotak tak stress ah kalau singgah kat blog blog ni. Pulak tu, terselit jugak lawak lawak bersahaja. Senang hati je tengok. Simptom seperti dahi berkerut dijamin tidak berlaku.

Contoh : Eipul


Hurm ... Hurm ... Hurm ...
 
potpetpotpet : Korang jadi follower blog ni sebab apa pulak ek ? XP

Sabtu, 28 Ogos 2010

Nak Ramai Follower? Pasar Ramadhan Yang Mana Satu?

First, tahniah buat Misshy Innz sebab blog malas dia masuk majalah Remaja keluaran 1 September 2010 ni. Wah! Kagom betol. Sampai jeles tahap gaban aku tengok dia gumbira haha. Nak jugak nak jugak nak jugak boleh? Adeh. :)




Haish. Nampak tak? Maria Ozawa tuuu... Kau hado? Tiba speaking Azwan Ali haha. Entah siapa siapa Maria Ozawa pun aku tak tahu. Lantak la. Anyway, one of the visitors asked me about how to get many followers. Oh my! Aku tak rasa blog ni ramai followers. Sila tengok dengan mata kepala kau. Tak sampai sejuta pun follower blog Budak Lelaki Sebelah Pintu ni kan kan kan? Adeh. Better kau tanya soalan tu kat Redmummy atau Hanis Zalikha. Erk. Aku tak layak dowh. Dah. Aku malu. Lain kali sila tanya soalan objektif ke. Sonang sikit aku nak lempar dadu pilih jawapan. :)




Aku bujang. Aku tak pandai masak. Aku malas nak pandai masak. Sebab aku malas nak belajar masak haha. Jadi aku selalu gi Pasar Ramadhan kalau nak beli juadah berbuka. Well. Kat Tanjung Malim ni meriah Pasar Ramadhan dia. Kat kolej kediaman aku ada satu. Kat kolej kediaman lagi satu ada satu. Kat depan pasaraya Billion ada satu. Kat Proton City ada satu. Pulak tu, hari Sabtu ada Pasar Malam kat depan stesen bas Tanjung Malim ni. Heaven betul dengan makanan kau tahu. Gila weyh! Siriyes aku siriyes. Tapi kan... Tapi kan... Tapi kan... Aku lebih selesa gi Pasar Ramadhan kat kolej kediaman aku ni sajo. Sebab sebab dia?
  • Pasar Ramadhan dia kecil tak besar mana pun. Sonang sikit nak pilih popia mana nak beli. Tiba merengek nak popia nak popia nak popia boleh?
  • Tak letih sangat aku nak pusing pusing empat lima kali. Kau tak nak join aku buang masa pusing pusing?
  • Jimat sikit. Tak perlu nak 'sedekah' duit kat kaunter stesen minyak tu. Dan aku malas nak driving.
  • Aku tak borong banyak mana pun. Aku biasa beli nasi berlauk RM 4, air RM 1 dan kuih RM 1. Total up RM 6 sajo. Kau? Ada sampai juta juta?

potpetpotpet: The art of living is more like wrestling than dancing.

Isnin, 2 Ogos 2010

Boom Boom Pow Waka Waka Eh

Alhamdulillah. This blog now officially has 800 followers. What an achievement! Tak sangka dowh. Thanks guys! I truly appreciate you guys! Rasa macam nak lari masuk kat bilik lepas tu melompat atas katil sambil tutup muka dengan bantal dan nangis haha. Dahsyat tak? Mampuih nanti aku kena cop mohor sebagai drama king. Adeh. :P




Blog aku ni tak habis habis cakap pasal aku sajo kan kan kan? Adeh. Nasib ada jugak manusia manusia sudi nak baca pulak. Terharu seyh. Anyway thanks to Ardini Humaira sebab aku baru menang Giveaway from her! Adeh. Murah rezeki katanya. Bak kata pepatah rezeki jangan ditolak bala jangan dicari. Bak kata pepatah lagi kecil tapak tangan nyiru aku tadahkan.




potpetpotpet: Tengsss.

Ahad, 9 Mei 2010

Pencinta Bernombor Lima Ratus!

Okay. Jangan kata kau aku pon agak agak konfius mius dengan nama budak ni. Cikeju? Wakakaka. At first I thought dia ni perempuan. Ayu ayu gitu. Cik Eju mungkin. Sekali bukak blog dia terus nampak header tu. Saya lelaki tau katanya. Kenapa dia pilih nama cikeju tu aku pon tak pasti. Peminat fanatik keju kot. Sila sila berkunjung ke blog dia di sini dan boleh la tanya dia apahal nama dia macam tu. Wakakaka.

Eh eh tak pasal pasal aku promosi dia. Sebab musabab? Yay! Dia adalah pencinta Budak Lelaki Sebelah Pintu yang ke-500! What an achievement. Terima kasih kepada ibu ayah dot dot dot. Wah. Kebaboom dush dush dush prut prut prut dam dam dum. Sila bayangkan konon konon meriah dengan letupan bunga api. Wakakaka. Thanks bro! Keep in touch!


potpetpotpet: Wah. Suka suka.

Selasa, 27 April 2010

400 Bukan Sedikit. Happy!


Terima kasih.
Saudari Hawa telah melengkapkan angka 400 bagi barisan Para Pencinta.
Eh eh besar tapak tangan nyiru saya tadahkan.
Apalagi kawan kawan semua.
Jom singgah blog saudari Hawa ni.

Selasa, 20 April 2010

Perhatian. Fenomena Twitter Mula Menggigit Jari.


Jom?
Sila klik di sini dan apalagi ikot la. 
Boleh?
You jump I jump.
You follow I follow.
Best bukan?
HohO~
Gelak paksa.

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com