Isnin, 24 Disember 2018

Lirik Lagu Shiha Zikir - Pipiyama

Salam.

Setelah sekian lama menunggu, akhirnya Shiha Zikir menghasilkan single dangdut pertama yang berjudul Pipiyama. Ya. Sejak D'Academy Asia musim pertama lagi aku dah tunggu dia keluar dengan lagu dangdut. Serius! Tapi kejap. Pipiyama? Apa tu? Haaa... Pipiyama tu singkatan kepada Pilih Pilih Yang Mana. Selagi boleh ringkas! Haha! Lagu ni memiliki melodi yang senang ditangkap dan lirik yang  mudah diingati. Jangan tak tahu yang lirik lagu ni turut menyelitkan sebaris dua dalam bahasa Jawa. Begitulah trend lagu dangdut sekarang.


Lirik Lagu Shiha Zikir - Pipiyama

Aku aku bingung
Banyak yang datang menawarkan cinta untuk ku
Aku aku bingung
Ku tak tahu bagaimana harus menolaknya

Aku jadi pusing
Mikirin mana yang terbaik untuk diriku
Aku jadi pusing
Semua paksakan diri jadi kekasihnya

Edan nek koyo ngene iso gendeng

Pilih pilih yang mana
Yang masih bujang atau yang duda
Pilih pilih yang mana
Salah milih jadi berantakan

Pilih pilih yang mana
Yang sudah tua atau yang muda
Pilih pilih yang mana
Opo waie sey penting urek ku bahagia

Jangan jangan salah pilih
Nanti nanti bisa rugi
Jangan jangan salah pilih
Nanti kamu menyesali

All the best Shiha Zikir! Aku suka dengan lagu ni. Aku yakin lagu ni akan mendapat tempat di hati para pendengar terutamanya di Indonesia.

Selasa, 16 Mei 2017

Cara Pilih Tandas Yang Lebih Bersih & Kurang Digunakan

Salam.

Kadang kadang tu aku sanggup tahan daripada membuang sebab bila masuk tandas je, kotor tu tak tahu macam mana. Dengan segala jenis buangan tak flush la, dengan lantai basah sana sini, dengan tisu bersepah dan sebagainya. Geli tahu tak? Nak tak nak, kena cari tandas yang lain. Jauh pun jauh la... Nak buat macam mana kan? Nama pun tandas awam, bukan tandas kat rumah.

Dr Mehmet Oz. Sumber gambar: DI SINI

Jadi agak agak apa cara untuk memilih tandas yang lebih bersih dan kurang digunakan terutamanya bila kita kat pusat beli belah? Dr Mehmet Oz, personaliti perubatan terkenal, menyarankan beberapa tips dan cara yang boleh diamalkan untuk memilih tandas semasa kita kat luar rumah. Sebab kalau kita kat dalam rumah, pakai je la tandas dalam rumah. Kau dah kenapa?

Cara memilih tandas yang lebih bersih dan kurang digunakan
  • Kebanyakan pengguna mahukan privasi semasa menggunakan tandas awam, jadi mereka cenderung untuk memilih tandas yang paling jauh atau paling hujung.
  • Tandas pertama atau paling hampir dengan pintu utama kebiasaannya jarang digunakan kerana faktor privasi. 
  • Pilih tandas yang pertama berbanding tandas yang lebih jauh.

Boleh percaya ke ni? Dah nama pun kajian. Takde la mewakili semua situasi tapi kebanyakan situasi. Tapi kajian daripada New York Magazine pula mendapati sebaliknya. Katanya lelaki lebih gemar menggunakan tandas yang paling hampir dengan pintu utama. Hmmm... Mana satu nak ikut ni? Okay. Aku rasa yang perempuan boleh ikut tips daripada Dr Mehmet Oz tadi, pilih tandas yang pertama atau paling hampir dengan pintu utama. Dan untuk lelaki pula, aku rasa korang boleh rujuk kajian daripada New York Magazine tu, jadi korang kena pilih tandas yang paling jauh daripada pintu utama. Kesimpulannya? Kalau orang yang guna tandas tu dah memang tak bertamadun, tandas kat planet Pluto yang sekarang ni dah disingkirkan daripada Sistem Suria kita pun boleh jadi paling kotor di alam semesta!

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com