Selasa, 16 Mei 2017

Cara Pilih Tandas Yang Lebih Bersih & Kurang Digunakan

Salam.

Kadang kadang tu aku sanggup tahan daripada membuang sebab bila masuk tandas je, kotor tu tak tahu macam mana. Dengan segala jenis buangan tak flush la, dengan lantai basah sana sini, dengan tisu bersepah dan sebagainya. Geli tahu tak? Nak tak nak, kena cari tandas yang lain. Jauh pun jauh la... Nak buat macam mana kan? Nama pun tandas awam, bukan tandas kat rumah.

Dr Mehmet Oz. Sumber gambar: DI SINI

Jadi agak agak apa cara untuk memilih tandas yang lebih bersih dan kurang digunakan terutamanya bila kita kat pusat beli belah? Dr Mehmet Oz, personaliti perubatan terkenal, menyarankan beberapa tips dan cara yang boleh diamalkan untuk memilih tandas semasa kita kat luar rumah. Sebab kalau kita kat dalam rumah, pakai je la tandas dalam rumah. Kau dah kenapa?

Cara memilih tandas yang lebih bersih dan kurang digunakan
  • Kebanyakan pengguna mahukan privasi semasa menggunakan tandas awam, jadi mereka cenderung untuk memilih tandas yang paling jauh atau paling hujung.
  • Tandas pertama atau paling hampir dengan pintu utama kebiasaannya jarang digunakan kerana faktor privasi. 
  • Pilih tandas yang pertama berbanding tandas yang lebih jauh.

Boleh percaya ke ni? Dah nama pun kajian. Takde la mewakili semua situasi tapi kebanyakan situasi. Tapi kajian daripada New York Magazine pula mendapati sebaliknya. Katanya lelaki lebih gemar menggunakan tandas yang paling hampir dengan pintu utama. Hmmm... Mana satu nak ikut ni? Okay. Aku rasa yang perempuan boleh ikut tips daripada Dr Mehmet Oz tadi, pilih tandas yang pertama atau paling hampir dengan pintu utama. Dan untuk lelaki pula, aku rasa korang boleh rujuk kajian daripada New York Magazine tu, jadi korang kena pilih tandas yang paling jauh daripada pintu utama. Kesimpulannya? Kalau orang yang guna tandas tu dah memang tak bertamadun, tandas kat planet Pluto yang sekarang ni dah disingkirkan daripada Sistem Suria kita pun boleh jadi paling kotor di alam semesta!

Khamis, 6 April 2017

Lelaki Berjanggut, Berjambang Lebih Bersih?

Salam.

Jangan tak tahu, lelaki berjanggut atau berjambang didapati lebih bersih berbanding lelaki yang mencukur bersih wajahnya. Kajian yang telah dijalankan oleh Carrie Kovarik dari Penn Medicine mendapati bahawa lelaki tanpa janggut atau jambang adalah tiga kali lebih besar kemungkinan memiliki bakteria pada permukaan wajahnya. Carrie Kovarik telah menjalankan kajian ini terhadap 409 orang pekerja atau pencuci tandas.

Sumber di sini.

Dikatakan bahawa lelaki yang mencukur bersih wajahnya memiliki risiko yang lebih tinggi terhadap jangkitan bagi bakteria-bakteria tertentu. Hal ini kerana mereka yang sering mencukur wajah boleh menyebabkan luka kecil pada kulit dan sekaligus membenarkan bakteria untuk merebak dengan mudah. Sebaliknya, jika lelaki menyimpan janggut atau jambang, maka, risiko tersebut dapat dikurangkan. Tambahan pula, menyimpan janggut atau jambang dapat mengurangkan risiko terkena ruam dan radang pada kulit yang sering terjadi kepada lelaki yang selalu bercukur.

Tapi janganlah dah simpan janggut, dah simpan jambang tapi tak reti nak bersihkan, tak reti nak cuci pula. Kalau macam tu, tiada makna la bela janggut atau jambang lebih bersih daripada yang bercukur. Pokok pangkalnya, kebersihan tu sebenarnya bergantung pada individu. Kalau selalu bercukur tapi sentiasa menitikberatkan kebersihan? Haaa... Lebih baik daripada berjanggut atau berjambang tapi tak jaga kebersihan.

Ahad, 8 Disember 2013

Cara Elak Kaki Busuk & Berbau

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Hari Ahad macam ni takde nak buat apa sangat. Ni nak kongsi tips elak kaki berbau. Kenapa nak kongsi tips ni? Sebab kaki aku pun kadang-kadang berbau! Haha! Terlebih jujur pulak. Tolak 10 markah kategori menantu pilihan. Adeh. Maklum je la, kerja daripada jam 8 pagi sampai 5 petang pakai kasut. Lepas tu hujung minggu keluar lepak pun pakai kasut. Kaki pulak jenis cepat berpeluh. Silap silap bunga tahi ayam pun boleh layu dengan bau kaki aku! Okay. Lawak hambar di situ.


Macam mana kaki boleh berbau?

Kaki berbau terjadi akibat daripada peluh yang keluar daripada kaki dan pakai selipar atau kasut yang sama setiap hari. Kaki kita mempunyai lebih kurang 250 000 kelenjar peluh. Kalau tukar jadi ringgit malaysia, kaya dah kita ye dak? Haha! Peluh dirembeskan oleh tubuh badan untuk tujuan penyejukan. Tapi sesetengah orang macam aku ni keluar peluh secara berlebihan lebih-lebih lagi kat kaki. Tapi bukan peluh yang berlebihan tu yang menyebabkan kaki kita berbau! Habis? Kelembapan akibat daripada peluh berlebihan tadi telah menyebabkan pembiakan bakteria secara besar-besaran macam jualan akhir tahun kat sogo. Sisa buangan daripada bakteria ni la yang menyebabkan kaki kita berbau.

Tips elak kaki berbau!


  • Kering
Cara yang terbaik untuk elak daripada kaki berbau ialah dengan memastikan kaki kita sentiasa kering. Keringkan kaki terutama sekali kat celah-celah jari kaki kerana kat situ la tempat bakteria selalu lepak. Kalau tak perlu pakai kasut dan stoking, tak payah pakai. Lagi bagus bila kaki kita dapat pengudaraan secara maksimum.

  • Udara
Pengudaraan ni sangat penting bagi mengelakkan kaki berbau. Pengudaraan yang baik dapat membantu kaki kita untuk kering dengan cepat. Bila cepat kering, bakteria tak sempat nak membiak. Kalau situasi atau keadaan tak memerlukan kita pakai selipar atau kasut, tanggalkan terus.

  • Stoking
Bila pakai kasut, pastikan kita sarung stoking sekali. Kalau kita tak sarung stoking nanti peluh kat kaki tu siapa nak tolong serap? Tukar stoking untuk setiap hari ataupun dua kali sehari. Tapi kalau pakai selipar, tak payah pakai stoking pun takpe.

  • Kasut
Taburkan sedikit bedak dalam kasut sebelum dan selepas kita pakai kasut. Dan jangan biarkan kasut kat dalam rak yang tertutup dan gelap. Sesekali sidai kasut kat ampaian. Boleh macam tu? Elakkan pakai kasut yang sama setiap hari. Nak tak nak, kena ada lebih daripada dua atau tiga kasut. Nanti boleh rotate hari ni pakai kasut A, esok pakai kasut B dan lusa pakai kasut C. 

  • Doktor
Kalau tak jalan jugak, pergi jumpa doktor untuk potong kaki. Haha! Just kidding. Tanya doktor apa penyelesaian terbaik untuk elak kaki daripada berbau.


potpetpotpet : Nak tengok orang tu pembersih ke tak, tengok kaki dia.

Ahad, 13 Mei 2012

Johan Raja Lawak Diboikot?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Gara-gara video yang berjudul "Esok Nak Demo Ni" di youtube, satu page Kami Boikot Johan Raja Lawak telah diwujudkan. Dalam video tu kita dapat lihat Johan Raja Lawak, Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik, Dee dan lagi sorang entah siapa entah. Tapi aku tak tahu kenapa page untuk Johan je yang diwujudkan. Mungkin sebab Johan paling ramai peminat kot? For those yang tak tengok video tu lagi, boleh tengok kat bawah ni:


Pada pendapat aku, ada banyak lagi perkara yang perlu diberi perhatian. Video "Esok Nak Demo Ni" ni lebih kurang macam kolum kartun-kartun politik yang terdapat dalam Utusan Malaysia dan Harakah, cuma format dia je lain. So, aku tak nampak kewajaran isu ini dibangkitkan. Dan aku tak berpihak kepada sesiapa. Tapi kalau korang boleh suarakan pendapat korang sesuka hati, takkan orang lain tak boleh buat benda yang sama?


potpetpotpet : Why so serious?

Sabtu, 9 Julai 2011

9 Julai Ialah Hari Bersih Sedunia!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

9 Julai ialah hari bersih sedunia! Okay. Aku takde masa nak cakap pasal politik ni. Kalau aku start cakap pasal politik ni, memang sampai kiamat pon tak habis. Cehhh... Bajet macam tahu je pasal politik ni. Padahal? Faham faham sudah. >_<

Siapa yang tak join perhimpunan bersih hari ni? Haaa... Meh sini aku nak ajak korang buat satu aktiviti yang menarik lagi bermanfaat. Tapi tak lari daripada konsep bersih tu. Yes. Apa kata kita pergi bersihkan apa apa yang patut kat sekeliling kita? Jom! Errr... Tak tahu apa yang nak kena bersihkan? Takpe takpe. Biar aku yang bagi cadangan. :B

  • Bersihkan tepian longkang.
  • Bersihkan hand break kereta.
  • Bersihkan lantai. Kalau boleh, angkat marmar tu dulu.
  • Bersihkan jamban. Tak kisah la yang cangkung ke, yang duduk ke, yang bersila ke.
  • Bersihkan halaman rumah sendiri, jiran dan jugak mak mentua.
  • Bersihkan cuping telinga dengan berus gigi.
  • Bersihkan lubang hidung daripada sebarang najis.
  • Bersihkan celah celah yang tersembunyi pada anggota badan.
  • Bersihkan hati. Ermmm... Manisnya kurma ini! Haaa... Semput!
  • Tak dilupakan jugak, bersihkan qubul dan dubur. Haha!

Aktiviti ini dijamin lebih mujarab sekiranya dilakukan bersama dengan orang orang yang tersayang. Okay. Tu je la untuk hari ni. Sama sama la kita mensyukuri segala nikmat yang kita dapat semalam, hari ini dan hari hari yang berikutnya. Sebab bila bila masa je nikmat tu boleh kena tarik balik. :D


Bersih tak muka ai? Guna la air sembahyang ye adik adik. =_=



potpetpotpet : Kata apa? Alhamdulillah. :)

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com