Aku takde mood nak taip menaip. Siriyes. Oleh yang demikian, terima la entri paling skema aku pernah tulis. Ni cerita semalam. Walaupun tidak berlaku pada waktu malam, tapi cerita ni berlaku semalam. Okay okay. Aku sendiri pening. =.=
Aku keluar jalan jalan sempena merayakan tahun baru 2011. Erk. Dan dan mengaku merayakan tahun baru padahal hakikatnye dah bosan terperap kat rumah. Adeh. Aku keluar dengan dua orang lagi kawan baik aku daripada sekolah menengah dulu. Sebenarnye, geng kitorang empat orang. Nama geng kitorang sesuci lebaran. Erk. Okay. Fine. Aku tipu kau. Adeh. Kita kembali ke sri pentas, one of us tiba tiba ada hal pulak. So, dia tak dapat nak join la. So, padan muka la. ;P
Aktiviti pertama diisi dengan penuh berfaedah, iaitu karok. Berfaedah la sangat. Eh. Berfaedah apa? Mengasah bakat tu. Walaupun suara masing masing dah boleh buat alih suara untuk animasi seperti hagemaru. Haha. Kau gelakkan aku? Cis bedebah kau. =.=
Dah puas karok, kitorang lepak kat Johnny's Restaurant. Takde la lapar mana. Tapi, disebabkan duit yang berlebihan dalam dompet ni, kitorang dengan gumbiranye lalu mensedekahkan duit berkenaan kepada Johnny's Restaurant. Eh. It was my very first time gi makan kat situ. And should I say, ni pon dah boleh dianggap sebagai the last time aku makan kat situ. Adeh. Kenapa pulak aku kata macam tu, biar aku je yang tahu. Malas nak ingat balik. Hahahampeh. T.T
![]() |
| Sos sos sos. Tak tau nak tulis caption apa. |
![]() |
| Nama dia Kmel. Dia ada degree sains bio marin. Dasat gile. |
![]() |
| Nama dia Ejam. Dan periuk tu nampak menyelerakan. Diulangi, nampak. |
![]() |
| Nak sikit? Sila jilat skrin. =.= |
![]() |
| Sebagai gambar terakhir, tengok la muka aku secara besar-besaran. ;P |
potpetpotpet : Esok nak hantar Una gi tadika.









