Hai. Kita kembali dalam rancangan ada apa aku nak cerita ni. Walaupun takde apa apa sangat, korang cari la apa apa yang boleh jadi apa apa. Erk. Okay. Fine. Merujuk kepada
entri sebelum ni, aku gi KL semalam. Aku lepak lepak dengan
Adie,
Qarl dan
Amir Rayyan. Takde maknanye aku nak gi KL laju laju (
sambil sambil cuba menunjukkan isi dompet kat kau, masalahnya, kau nampak ke?). Adeh. Ni gara gara
Qarl nak bagi hadiah misteri kat kitorang la ni, sempena dengan contest dia hari tu. Apa yang misteri sangat tu? Jeng jeng jeng.
Qarl ajak gi gathering kat Times Square kol 10 pagi tu. Aku pulak dari Melaka. Sah sah la aku gerak awal awal pagi, iaitu kol 8 pagi.
Adie pulak gerak lagi awal daripada aku, kol 6 pagi mungkin? Entah apahal semangat semacam je ni. Duh. Aku dengan
Adie drive dari Melaka sampai Seremban je pon. Kat Seremban, kitorang naik helikopter, terus gi KL. Siriyes aku tipu kau. Haha. Kitorang naik tren la. Malas nak drive. Lagipon,
Qarl kata naik satu kereta je. Tak perlu lima enam kereta, walaupun kitorang empat orang je? =.=
Sampai kat KL, dalam kol 10.30 pagi kalau tak silap, kitorang dijemput oleh
Qarl dan
Amir Rayyan. Cehhh ... Dijemput tu yang mahal. Kau pernah? Aku cakap kat kau yang tak pernah. Kalau kau dah pernah tu, aku tak cakap kat kau. Haha. Lepas tu, kitorang serbu Times Square, nak join gathering kejap. Saje saje nak tengok siapa ada kat sana. Hurmmm ... Kelihatan ramai blogger yang datang. Aku pun tersiput-siput malu. Errr ... Aku pon tak banyak cakap masa tu. Biasa ah. Baru first time jumpa kot. Masing masing bajet sopan santun. Nak kentot pon kena tahan beb. Cover sikit. Nak nak, ada ramai awek cun kat situ. Kan
Milimilo? XP

Mula mula aku tak tahu nak buat apa sangat. Ada lagi blogger yang tak sampai sampai. Sementara nak tunggu dorang, kitorang bergambar secara beramai-ramai. Konsep dia macam nak amek potret keluarga. Okay, semua jangan bergerak, nak amek gambar ni. Senyum. Boleh? Lepas tu, kitorang memulakan sesi ice breaking pulak. Dan masing masing mula memperkenalkan diri. Aku cakap apa?
Nama Hizami Rahim. Blog www[dot]budaklelaki[dot]com.
Tu je ah. Tak reti aku nak cakap banyak banyak. Tak pasal pasal nanti kena boo dalam bulatan. Oh. Kitorang buat bulatan masa sesi ice breaking tu. Ingatkan nak buat bentuk sfera, tapi sorang pun tak tahu konsep sfera tu apa. Boleh? XD
Dah habis ice breaking, kitorang main bowling pulak. Ngeee ... Dah lama tak main bowling ni. Haha. Dan dan mengaku dah lama tak main bowling, padahal nak guna sebagai alasan kalau balingan masok longkang. Bijak kan? Eh. Kitorang sepatutnya main dua game. Tapi kitorang tak habis main pon sebab kitorang nak gi tempat lain pulak lepas ni. Ingat lagi hadiah misteri? Hurmmm ... Tak sempat nak beramah mesra dengan semua blogger. Sorry. :'(
Aku tak amek gambar banyak banyak pon. Ye ah. For your information, aku amek gambar guna phone je. Siriyes. Segan seyh, lagi lagi bila ada orang pegang DSLR. Gile tak sanggup aku nak keluarkan phone. Sebab tu aku tak berkesempatan nak posing dengan semua blogger. Adeh. Ada sesiapa sanggup bagi aku DSLR? Okay. Fine. Permintaan mengada-ngada yang boleh mengundang penampar di pipi. Eh. Aku dengan
Adie,
Qarl dan
Amir Rayyan gi mana pulak ni?
potpetpotpet : Seronok gile.