Ahad, 2 Januari 2011

Padan Muka Siapa Tak Ikut Aku Pergi Sambut Tahun Baru 2011

Aku takde mood nak taip menaip. Siriyes. Oleh yang demikian, terima la entri paling skema aku pernah tulis. Ni cerita semalam. Walaupun tidak berlaku pada waktu malam, tapi cerita ni berlaku semalam. Okay okay. Aku sendiri pening. =.=


Aku keluar jalan jalan sempena merayakan tahun baru 2011. Erk. Dan dan mengaku merayakan tahun baru padahal hakikatnye dah bosan terperap kat rumah. Adeh. Aku keluar dengan dua orang lagi kawan baik aku daripada sekolah menengah dulu. Sebenarnye, geng kitorang empat orang. Nama geng kitorang sesuci lebaran. Erk. Okay. Fine. Aku tipu kau. Adeh. Kita kembali ke sri pentas, one of us tiba tiba ada hal pulak. So, dia tak dapat nak join la. So, padan muka la. ;P


Aktiviti pertama diisi dengan penuh berfaedah, iaitu karok. Berfaedah la sangat. Eh. Berfaedah apa? Mengasah bakat tu. Walaupun suara masing masing dah boleh buat alih suara untuk animasi seperti hagemaru. Haha. Kau gelakkan aku? Cis bedebah kau. =.=


Dah puas karok, kitorang lepak kat Johnny's Restaurant. Takde la lapar mana. Tapi, disebabkan duit yang berlebihan dalam dompet ni, kitorang dengan gumbiranye lalu mensedekahkan duit berkenaan kepada Johnny's Restaurant. Eh. It was my very first time gi makan kat situ. And should I say, ni pon dah boleh dianggap sebagai the last time aku makan kat situ. Adeh. Kenapa pulak aku kata macam tu, biar aku je yang tahu. Malas nak ingat balik. Hahahampeh. T.T


Sos sos sos. Tak tau nak tulis caption apa.


Nama dia Kmel. Dia ada degree sains bio marin. Dasat gile.


Nama dia Ejam. Dan periuk tu nampak menyelerakan. Diulangi, nampak.


Nak sikit? Sila jilat skrin. =.=


Sebagai gambar terakhir, tengok la muka aku secara besar-besaran. ;P


potpetpotpet : Esok nak hantar Una gi tadika.

Jumaat, 31 Disember 2010

Entri Terakhir Bagi Tahun Ini. Jumpa Lagi Tahun Depan!!!



Adeh. Sebagai entri terakhir tahun ni, aku nak mengucapkan ribuan terima kasih kepada pembaca pembaca blog Budak Lelaki Sebelah Pintu sekalian. Aku mengaku blog ni agak lemah daripada segi pengisian dia, tapi aku tulis blog pasal hidup aku. Aku tulis apa yang berlaku, aku tulis apa yang aku minat dan aku tulis apa yang aku teruja nak beritahu korang. Kalau aku nak tulis pasal rumus dan formula, baik aku gi salin nota daripada buku buku rujukan lepas tu taip kat blog. Korang nak baca macam tu? Baik gi library je ah. Lagi banyak ilmu korang boleh dapat. Duh. =.=


Tiba tiba je emo apahal? Haha. Sorry sorry. Aku suka berlakon emo ni. Adeh. Kejap je masa berlalu. Aku rasa macam baru semalam aku beli beskot oreo. Erk. Okay. Fine. Takde kaitan. Sedar tak sedar, blog ni dah mencecah usia SATU TAHUN LAPAN BULAN. Diulangi, SATU TAHUN LAPAN BULAN!!! Comel tak aku siap tekan caps lock? Dah dah. Aku tak larat nak puji diri sendiri lagi. Adeh. Siapa kata tak penat puji diri sendiri ni? =.=


Tu je aku nak taip. Sekian untuk tahun 2010 ni. Jumpa lagi tahun depan boleh? Kejap je lagi. Eh. Aku tak seleberet tahun baru kat mana mana. Ada kat rumah ni, siap makan ayam panggang, makan pizza. Lagi best kot. Sebelum aku menekan butang publish tu, aku nak mengucapkan selamat tahun baru kat korang dengan ucapan, jangan guna plastik kalau gi beli barang!!! Aku siriyes ni. =.=



potpetpotpet : Parapapapa ... I'm loving it!!!

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com