Selasa, 1 Jun 2010

Aku Basuh Kereta. Oh Aku Benci Promoter!!!

Hey. Aku pemalas siap ada cop sirim lagi. Fuh... Kereta aku dah berhabuk bertahik burung berlecak berlumpur dan macam macam ber lagi kau tahu. Haish. Agak agak lebih sebulan tak basuh kereta tu. Ya. Adik aku guna kereta lepas tu buat tak tahu maka aku pun malas nak ambil tahu biar lantak kau la. Tak reti reti pulak dia nak basuh adoi. Nak tak nak aku hantar la kereta tu pergi cuci tadi. Basuh sendiri??? Erk. Takpe la.


Dalam dua jam jugak kereta aku selesai cuci. Tunggu giliran bro. Wah. Nasib baik epidermis kesabaran aku tebal cewahhh. Oleh itu sesiapa nak uji betapa dia sabar atau tidak boleh la hantar kereta cuci kat sini haha. Oh. Tak tahu kenapa tapi kereta sekarang cepat gila kotor. Susah betul. Sikit sikit nak kena basuh. Hurm. Eh eh aku nak berkongsi tips bagaimana nak melambatkan proses pengotoran ni. Jeng jeng jeng.
  • Kurangkan penggunaan kereta. Kalau nak pergi mana mana pun naik kenderaan lain seperti menumpang kereta jiran jiran atau membonceng motor jiran jiran. Senang kata sila eksploitasi segala kemudahan jiran jiran.
  • Bagi mengelakkan kotoran melekat atas permukaan kereta sila balut kereta dengan plastik macam kita balut buku faham tak??? Senang je. Siapa tak pernah balut buku boleh la berlatih balut buku sekarang supaya senang nanti nak balut kereta.
  • Jual kereta. Tak perlu risau kereta kotor lepas tu haha.

Tanpa rambut siapalah aku cewahhh.


Petang tadi sempat singgah kat Family Store nak beli barang-barang dapur. Nak pergi Tesco jauh pulak. Oh. Aku tak suka promoter. Bukan semua promoter tapi sesetengah promoter. Aku teringat masa aku budak budak hingusan lagi. Aku ikut je kata promoter tu. Haish. Benda lain aku nak beli benda lain pulak aku pergi beli. Dia burukkan barang barang yang lain. Dia puji bagai nak rak barang barang yang dia promosi. Adoi. Aku pulak bodoh bodoh alang alang menyeluk pekasam maka aku percaya bulat-bulat apa yang dia kata.  Sengal. Tak pasal pasal aku jugak yang kuciwa uwaaa uwaaa. Bukan sekali dua tapi tiga empat mahu lima enam tujuh lapan kali kau bayangkan bahawasanya aku mudah tertipu. Kasihan.


Dan sekarang aku dah tak layan mana-mana promoter. Aku sudah tidak percaya padamu lagi lebih baik kau segera angkat kaki aku benci benci pada dirimu aku bosan bosan pada dirimu wakakaka. Ya. Lesson learned. Tak boleh nak salahkan sesiapa jugak sebab aku sangat sangat mudah percaya kat orang. One of my friend once told me that aku ni spesies lurus ulu bendul haha.  Now I say no to promoter. Full stop.


potpetpotpet: Experience is the best teacher.

29 ulasan:

  1. aku ada banyakkkkkkkkkkkkkk benda yang ak benci pasal promoter ni.. mcm ak nak cucuk je bontot dia spy dia men jaoh222

    http://fiffyhazirah.blogspot.com/2010/02/promoter-kenapa-kau-annoying-sangat.html

    BalasPadam
  2. kau dapat bini promoter nanti..aku doakan kau..hahahahhaha=p

    BalasPadam
  3. haha
    jiran sebelah umah aku berbatu batu jauhnye
    susahla nak mintak tolong diorang

    BalasPadam
  4. fiffy:

    ahha.
    really?
    wow.
    ;)

    BalasPadam
  5. kembatolo:

    wah.
    sukahati.
    sabar sabar.
    aku doa tolak bala.
    supaya bini kau pulak jadi promoter haha.
    ;)

    BalasPadam
  6. en ilham:

    haha.
    telefon sudah.
    ;)

    BalasPadam
  7. hahahahahah akak paling suke anto basuk keta kat jusco ayer keroh tu...
    ekekeke sambil nyelam minum air arrr

    promoter?
    suke benor membontoti nyampah btul!!
    sibuk org nak ape yg mmg nak..dia lak nyibuk promote brg dia.

    BalasPadam
  8. abg eq kalau promoter se'cun' dayang...dengan promoter sekali abg eq angkut bwk balik umah...hehe

    BalasPadam
  9. lelord:

    wah.
    senang kan macam tu?
    tak perlu nak cari parking.
    keluar kereta terus bersih.
    ;)
    bijak.

    kan kan kan?
    promoter oh promoter.
    ;)

    BalasPadam
  10. abang eq:

    haha.
    haish.
    bahaya tu.
    jeng jeng jeng.
    ;)

    BalasPadam
  11. encik zami,sini saya nak promote karpet baru... xmahal dalam rm500 je... bla..bla.. bla.. bla... lariiikkkkkkkkkkkkk sebelum kna sekeh....

    BalasPadam
  12. Tanpa NamaMei 31, 2010

    Eleh .. kalau promoter comel .. nak laa tu

    Bagus tips ko bro

    BalasPadam
  13. aida:

    wakakaka.
    meh sini nak bakar karpet karpet tu.
    ;P

    BalasPadam
  14. touyakaruma:

    ahha.
    masalahnya TAK.
    sadis.
    ;)

    BalasPadam
  15. wahhhh.... zami ja'at smp ati nk bakar karpet.. ni branded ni.. dari italy.. hoho~

    BalasPadam
  16. salam~

    yep yep. tak suke jugakk mereka.
    nak nak yg paksa paksa.
    sukati lah kalau org taknak beli
    -___________-

    BalasPadam
  17. aida:

    ala.
    aida ada banyak lagi karpet kan?
    bakar sikit je.
    haha.
    ;P

    BalasPadam
  18. malyna:

    tu la.
    tak perlu paksa paksa.
    terseksa jiwa raga sebagai pembeli.
    ;)

    BalasPadam
  19. promoter harus bermulut manis kan??

    waaa..
    abis duit..tergoda ngan promoter..

    xsuke..

    BalasPadam
  20. cik tam:

    haha.
    mulut manis tambah longkang sikit.
    kan?
    ;)

    BalasPadam
  21. dni sepanjang 2 tahun baru 2 kali basuh kereta wakakakaka... selebihnya biau kat abah dan adik2 yang basuh.. ;p dasar pemalas heheh..


    pssst... dni pon sama.. mencikkkkngan promoter. nak beli krim ni disuruh beli krim tu.. kita kekadang kan bukannya sebab bendul sangat tapi sait jiwa melayan... kalo kita nak krim kita bajet nak beli tu pon bukannya dapat sebab dia tak wt2 resit pon. tak pon kekadang dia wat resit siap2 masa bercakap tu. aa juga yang jenis masa kita nak tengok2 barang tu dia ikut dok cakap itu ini wal hal kita nak tengok je... bila dia merengus nak marah kes kita tengok2 je time tu la rasa berapiiiiii... cam makan megi berapi yuh. grrrr


    pernah dni cakap "orang nak tengok je pon" haha

    BalasPadam
  22. dni:

    tahu takpe.
    zami sekarang cakap oh nak tengok dulu takpe takpe.
    haha.
    lantak.
    malas nak layan.
    ;)

    BalasPadam
  23. sila lari bila nampak promoter.. hihihihi

    BalasPadam
  24. mimie:

    haha.
    jalan kaki sudah.
    ;)

    BalasPadam
  25. promoter tuh menyemak. kalau dah kata taknak, taknak le. adeiiii~ lg mahu menyemak. lebih2 kalau kite tgh urgent. aishhhh!

    BalasPadam
  26. kenapa tk try basuh sendiri ??
    boleh la try memecah2kan lemak2 terpendam yg still bersarang tue... :D

    neway,
    naseb baik kau lurus bendul...
    kalu kau senget2 @ bengkok2, kn ke susah nnti... ehh... kaitan sangat...

    akhir kata...
    hahahahaha.... (((aku gelak)))

    BalasPadam
  27. kerana lumpur setiitik, rosak semua promoter hehehehe

    *peribasa terkini

    BalasPadam
  28. Mungkin akan datang ada kereta anti habuk haha :).

    BalasPadam
  29. Huhu..mmg keje promoter camtu kan..nak promottt jer kejenye..hehe...kalo org tak mau tu tak yahlah ..ni tak nye kempen kempen kempen..alih2 cair then beli..so promoter itu sangat pandai..haha..nak jadi promoter bukan senang ..hehe..
    Tapi kalo Ad tgok promoter Ad buat dekk jer dan trus blah..haha..

    BalasPadam

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com