Selasa, 1 Jun 2010

Aku Basuh Kereta. Oh Aku Benci Promoter!!!

Hey. Aku pemalas siap ada cop sirim lagi. Fuh... Kereta aku dah berhabuk bertahik burung berlecak berlumpur dan macam macam ber lagi kau tahu. Haish. Agak agak lebih sebulan tak basuh kereta tu. Ya. Adik aku guna kereta lepas tu buat tak tahu maka aku pun malas nak ambil tahu biar lantak kau la. Tak reti reti pulak dia nak basuh adoi. Nak tak nak aku hantar la kereta tu pergi cuci tadi. Basuh sendiri??? Erk. Takpe la.


Dalam dua jam jugak kereta aku selesai cuci. Tunggu giliran bro. Wah. Nasib baik epidermis kesabaran aku tebal cewahhh. Oleh itu sesiapa nak uji betapa dia sabar atau tidak boleh la hantar kereta cuci kat sini haha. Oh. Tak tahu kenapa tapi kereta sekarang cepat gila kotor. Susah betul. Sikit sikit nak kena basuh. Hurm. Eh eh aku nak berkongsi tips bagaimana nak melambatkan proses pengotoran ni. Jeng jeng jeng.
  • Kurangkan penggunaan kereta. Kalau nak pergi mana mana pun naik kenderaan lain seperti menumpang kereta jiran jiran atau membonceng motor jiran jiran. Senang kata sila eksploitasi segala kemudahan jiran jiran.
  • Bagi mengelakkan kotoran melekat atas permukaan kereta sila balut kereta dengan plastik macam kita balut buku faham tak??? Senang je. Siapa tak pernah balut buku boleh la berlatih balut buku sekarang supaya senang nanti nak balut kereta.
  • Jual kereta. Tak perlu risau kereta kotor lepas tu haha.

Tanpa rambut siapalah aku cewahhh.


Petang tadi sempat singgah kat Family Store nak beli barang-barang dapur. Nak pergi Tesco jauh pulak. Oh. Aku tak suka promoter. Bukan semua promoter tapi sesetengah promoter. Aku teringat masa aku budak budak hingusan lagi. Aku ikut je kata promoter tu. Haish. Benda lain aku nak beli benda lain pulak aku pergi beli. Dia burukkan barang barang yang lain. Dia puji bagai nak rak barang barang yang dia promosi. Adoi. Aku pulak bodoh bodoh alang alang menyeluk pekasam maka aku percaya bulat-bulat apa yang dia kata.  Sengal. Tak pasal pasal aku jugak yang kuciwa uwaaa uwaaa. Bukan sekali dua tapi tiga empat mahu lima enam tujuh lapan kali kau bayangkan bahawasanya aku mudah tertipu. Kasihan.


Dan sekarang aku dah tak layan mana-mana promoter. Aku sudah tidak percaya padamu lagi lebih baik kau segera angkat kaki aku benci benci pada dirimu aku bosan bosan pada dirimu wakakaka. Ya. Lesson learned. Tak boleh nak salahkan sesiapa jugak sebab aku sangat sangat mudah percaya kat orang. One of my friend once told me that aku ni spesies lurus ulu bendul haha.  Now I say no to promoter. Full stop.


potpetpotpet: Experience is the best teacher.

Khamis, 13 Mei 2010

Tiba Tiba Terkenang Zaman Hingusan Main Badminton.

 Jom lumba haram tapi berlesen.


Wow. Malaysia berjaya ke separuh akhir Piala Thomas 2010. Tahniah tahniah. Memang bapak segala dasat la tadi. Aku nervous dan gundah gulana dup dap dup dap dup dap sepanjang perlawanan kau tahu. Boleh pulak perlawanan kali ni sengit serta sempit lagi sendat. Tambah tambah lagi berat badan aku rasa macam turun mendadak bila pemain ketiga Malaysia secara tak sengaja boleh kalah okay aku terlupa nama dia tapi aku kenal muka dia sebab aku ingat dia boleh menang. Wakakaka.

Apa apa pon terima kasih kepada Hafiz Hashim kerana berjaya menyelamatkan keadaan takot jugak kalau kalah tak pasal pasal keji kejian serta maki makian berkumandang lagi kan kan kan? Tak patut tak patut. Bila kalah kutuk kutuk bila menang bangga bangga apa kata kita tukar pulak bila kalah bangga bangga bila menang kutuk kutuk mana tahu kot kot lagi best. HohO. Bukan senang nak hadap pressure atau bahasa mudah dia tekanan lebih lebih lagi when people betol betol mengharapkan kemenangan siapa tak tension Munah hoi.

Yang penting lepas ni skuad Malaysia nak kena lawan dengan China. Wow. Good luck la. Kalau kalah jangan malu malu kucing pulak kerana dirimu begitu berharga. Betol betol betol.


potpetpotpet: Kita hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan.

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com