Selasa, 15 Mac 2011

Kau Ingat Kau Sorang Boleh Tengok Hikayat Merong Mahawangsa Kat Pawagam?



Haaa... Kau ingat kau sorang boleh tengok Hikayat Merong Mahawangsa kat pawagam? Aku pon boleh ah! Oleh tu, aku telah memberanikan diri untuk tampil kat pawagam yang berhampiran bersama dengan tiga orang rakan yang lain. See? Aku gigih tahap dewa kot. Aku sanggup tengok Hikayat Merong Mahawangsa tayangan 9.40 malam tuuu... Tapi aku sedih gile beb. Aku tak sempat nak snap pictures. So, kau percaya je la apa yang aku cerita ni ye. >.<


Apa yang aku rasa best pasal filem ni?
  • Surprisingly, Hikayat Merong Mahawangsa ni tidak membosankan seperti filem filem epik yang lain. Dengan dialog dialog yang santai dan bersahaja, Hikayat Merong Mahawangsa menjanjikan kelainan daripada apa yang kau jangkakan. Lebih lebih lagi, watak Ying Ying selaku dayang Puteri China yang memang Phua Chu Kang habis! Lawak ah! Siriyes aku suka gile dengan Ying Ying.
  • Ada satu babak tu, Puteri China tengah bersiram dalam besen. Eh. Boleh ke guna besen? Lantak ah. Nak kata tub, tak rupa tub sangat. Jadi, aku guna besen je ah. Tapi babak tu memang membeliakkan biji mata sekalian makhluk la kan. Kenapa? Siapa yang dah tengok, tahu ah. Siapa yang tak tengok lagi, tak reti reti nak gi tengok sekarang?
  • Penggunaan kesan khas visual (CGI) yang boleh dibanggakan. Aku memang salute habis ah. Aku tak kata CGI dia dahsyat gile. Tapi CGI yang ditonjolkan dalam Hikayat Merong Mahawangsa kali ni nampak lebih real daripada Cicak Man dulu. Haha.
  • Pelakon pelakon wanita dalam Hikayat Merong Mahawangsa memang cun habis. Siap ada Deborah Henry beb! Even though Deborah Henry sebagai cameo je kot. Tapi aku pulak excited lebih.
  • Babak babak pergaduhan yang mantap! Banyak kot babak babak pergaduhan dalam Hikayat Merong Mahawangsa ni. Quite interesting la bila tengok babak babak pergaduhan yang melibatkan Putera Rom. Ada satu babak tu, Putera Rom siap boleh lompat lepas tu memutarkan diri sendiri sambil belasah orang orang Geruda. Dahsyat ah!


Apa yang aku rasa tak best pasal filem ni? Jeng jeng jeng. Aku malas pulak nak cerita. Boleh? So, sekian je la kan. Haha. Aku tak nak la rosakkan mood kau yang tak tengok Hikayat Merong Mahawangsa lagi ni. Kalau kau nak tahu, kau kena gi tengok Hikayat Merong Mahawangsa ni dulu. Aku boleh kata filem ni memang tak rugi untuk ditonton. Siriyes beb! But, you don't expect too much from watching this movie. Dan sila sematkan dalam kepala hotak kau bahawasanya kau tengok filem ni semata-mata nak berhibur je. Cehhh... Aku bagi berapa bintang ni?




potpetpotpet : Lain orang lain pandang. ;)

30 ulasan:

  1. wah.
    dengan semangat nyer sanggup ngk malam2.
    mesti best kan..
    tension nyer time cuty pun tak dapat nak g ngk teda org nak teman kan.:(

    BalasPadam
  2. Kan.. merong mahawangsa ni cam satu dimensi baru dalam dunia perfileman melayu..cayalah KRU

    BalasPadam
  3. SANGAT best!
    dan setuju dgn kamu!!!
    kita jtuh cinta kat YING YING~...
    heheheXD
    nie tgh plan nak tgk lagi SEKALI~...
    wah!

    BalasPadam
  4. sebab kau bagi 3 setengah je. aku tak jadi nak tengok la

    BalasPadam
  5. part dlm besen tu.eh tab mandi la kot.memang menimbulkan kejutan yg buat mulut anda melopong.haha

    BalasPadam
  6. uhuhuhu x berkesempatan lagi nak nonton..sempat lagi ke adehhhhh 20hb dh nak terbang

    BalasPadam
  7. Ok find...aku tengok malam ni k. Sebelum ni tak berkesempatan...

    BalasPadam
  8. "EMPANGAN KALAU DI BUKA, MASAKAN TAHAN AIRNYA.." ~

    masih ingatkah??

    HAHA

    4 hari 2.2 juta kot

    BalasPadam
  9. agreed

    i kasik 4 stars!

    BalasPadam
  10. suke part time mamat tu nk rogol puteri china tu..ayat x bole belah..

    "bila empangan sudh terbukan..manakan bole tahan air nye"..hambek kau!!!!

    BalasPadam
  11. cita ni best gila....effect yang diaorg gunakan nampak sebijik mcm real punya cita....pergh.....best gila arh....

    BalasPadam
  12. aksi dlm besen tue memang "ops jaw is down to the floor " haha.

    tapi, kite pom bagi same bntng mcm kamu lah utk crite niee.

    BalasPadam
  13. part mandi tu mmg... pg tgk dgn kwn2... smua duk jerit eee, biar betul haha
    tp bestla cita ni

    BalasPadam
  14. bontot puteri cina tu cun kah2

    BalasPadam
  15. wahh gitu! siap ade bintang2 bagai. mmg mcm pengkritik terhebat! hahaha. AK nak pegi tgk laaa! heeheheh~

    BalasPadam
  16. yo memang best lah kan
    tengok hari kedua
    hehehe
    :D

    BalasPadam
  17. semua ckp best tapi tade hati nk g tgk , bolehh ? ;p

    BalasPadam
  18. nak tgk tapi enchik suami taknak tgk..dia memang tak support citer2 melayu ni..tak syok pulak kalo tgk sorang2 kan..

    BalasPadam
  19. @pwincess Lov3y dOv3y jom KAMI teman buat kali ke 3 nak? heee. :)

    BalasPadam
  20. nanti nak g tgk la.. heheheehe

    BalasPadam
  21. patut nya kita bangga dengan filem epik yang cambest BUATAN MALAYSIA..dari anak malaysia..

    BalasPadam
  22. Lorhhh...3 bitang setengah je....

    Seyes rs ketinggalan bila smua bloger dah pergi tgk. Arghhh tidak!!!

    BalasPadam
  23. org tengok midnight! waaa.. suke dialog2 dlm cite ni okay. xleh blahhh. >.< tp xhafal.. kekeh3

    BalasPadam
  24. tajuk die..bukan main panjang! hahaha.. tp betol la pe zami ckp tu..sokong sumenya.. ying ying tu comel kan? hahahaha.. emmang tak rugi pon g tgk!

    p/s: cam kenal jek bintang2 tuh..bintang om nom nom ke? hahaahha

    BalasPadam
  25. huwarghhhhhh !
    nak sangat tengok cite ni .
    tapi xd sape nak layan temankan g wayang :(

    BalasPadam
  26. Nice.... jom lawat blog saya yang tak seberapa dan tak meriah ni ha....
    huhuhu...
    www.bobobemosean.blogspot.com

    ada jugak buat review pasal HMM ni... kita sependapat... hehehe

    http://bobobemosean.blogspot.com/2011/03/review-hikayat-merong-mahawangsa.html

    BalasPadam
  27. wawawawa.. tak g tngok lagi. sob3!

    BalasPadam
  28. untung la da tgk!! T___T tak tgk lagi nih~

    BalasPadam
  29. The BEST Malay film ever kan?hehe:D
    syabas la KRU..^_^!!

    suka watak laksamana china tu..sedihhh die mati T_T~

    BalasPadam

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com