Sabtu, 20 Ogos 2011

5 Lagu Raya Pilihan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!



#1 Jalil Hamid - Raya
Lagu paling best kot! Even lirik dia merepek habis tapi mood raya berjaya disampaikan dengan bersahaja. Lagu ini bertambah menarik dengan nyanyian koir daripada suara chipmunk pada penghujung lagu ni. Jangan mudah tertipu dengan suara chipmunk tersebut sebab kau mungkin ingat suara chipmunk itu ialah suara budak budak. See? Itu bukan suara budak budak ye. Scary you know. Haha.




#2 Dayang Ku Intan - Senandung Hari Raya
Lagu ni sangat catchy bagi aku. Kau boleh nak nyanyi ku senandungkan lagu untukmu yang jauh di mata daku kirimkan kasih di angin lalu dalam satu nafas? Dengan bangganya, aku boleh je. Tapi kalau kau ada penyakit semput tujuh keturunan, aku nasihatkan kau supaya tak payah la nyanyi verse tu dalam satu nafas. Memang tak baik untuk kesihatan kau. Atas nasihat doktor, kau dengar je lagu raya lain. Boleh?




#3 Senario - Seminggu Berhari Raya
Lagu wajib dengar aku masa raya! Kalau tak dengar, aku rasa macam tak raya je. Errr... Tipu sikit sikit takpe kan? Haha. Lagu Seminggu Berhari Raya ni ada cerita yang sangat menarik dan disampaikan secara berjenaka. Memang tak bosan la kalau kau nak dengar lagu ni dua puluh empat jam. Lagi lagi, aku rasa macam nak tampar je muka sorang sorang bila part hoi hoi hoi tu.




#4 Anuar Zain - Bersabarlah Sayang
Okay. Mungkin lenggok Anuar Zain agak annoying bagi some of you. Tapi telinga aku dengar okay je, takde masalah langsung. In fact, aku suka Anuar Zain cover lagu Bersabarlah Sayang ni. Dia dah jadikan lagu ni dua kali ganda sedih dia. Kalau sebelum ni aku menangis dengar Sanisah Huri nyanyi lagu ni, sekarang aku bukan sahaja menangis bahkan aku meraung dengar Anuar Zain nyanyi lagu ni pulak. Percaya la kau.




#5 Khairil Johari Johar - Sepasang Kurung Biru
Aku suka lagu ni sebab suara Khairil Johari Johar yang merdu. Meleleh hingus dengar suara dia. Lagu Sepasang Kurung Biru ni lain macam sikit. Dia tak cerita lebih lebih pasal raya tapi dia terlebih cerita pasal memori dia dengan seseorang yang pernah pakai baju kurung warna biru masa raya tahun lepas. Eh. Sukahati je tahun lepas kan? Adeh. Tapi aku rasa macam aman damai je bila dengar lagu ni masa raya.




potpetpotpet : Lagu raya pilihan kau?

36 ulasan:

  1. Walaawwehhh.....da smngt raye da!hehe

    BalasPadam
  2. suasana hari raya the coolest

    BalasPadam
  3. pilihan saya lagu jalil hamid gak..huhu..lawak!

    BalasPadam
  4. anuar zainnnn ! !
    the best !

    BalasPadam
  5. bahang raya semakin terasa dah ni!! yehoooooo ;)
    i love to hear lagu raya by dato' siti!! everytime after blogging, pasti search those songs on youtube! hehehe.

    BalasPadam
  6. lagu bersabarlah syg boleh menitiskan air mata woo.. ekekek

    BalasPadam
  7. lagu raya dari aishah totap jadi pujaan den..haha

    BalasPadam
  8. best lah sume lgu nie..minat gle..

    ta saba nak raya ni!..hehe

    BalasPadam
  9. Tanpa NamaOgos 20, 2011

    wah sudah bersemangat raye en.zami kita nie hehe

    BalasPadam
  10. hoho.
    semangat nak raya ni, jalil hamid tu best. funny :D

    BalasPadam
  11. lagu sanisah huri.
    selamat hari raya HR ~

    BalasPadam
  12. Lagu nyanyian abang nuar tetap meleleh air mataku... tapi yang masa dia kecik2 lagi best! tamo sesedih ;p

    BalasPadam
  13. suasana hari raya !
    bersabar la syg -anuar zain pon mantap !
    =D

    BalasPadam
  14. lagu2 lama gax best , lagu skrg ? hmphhhh

    BalasPadam
  15. layan gak walaupun x smbt hr raya XD kehkehkeh :D

    BalasPadam
  16. cik ana suke jalil hamid tu dgn sepasang kurung biru!
    legend wo lagu2 tu! hehe

    BalasPadam
  17. suasana hari raya satu! hee

    BalasPadam
  18. memang menarik anuar zain nyanyi lagu sanisah huri tu... lagu2 raya dato' siti pun best jugak...

    BalasPadam
  19. tak rase nak raye hewhew

    BalasPadam
  20. lagu rye yg dlu2 jugak best kn.
    lagu skrg nie x de pon best sgt..
    eh x ske lagu Ct ker..

    BalasPadam
  21. lagu2 terbaik sepanjang masa

    BalasPadam
  22. Lebaran Ini..!
    yg ade Rem,Raihan semua tuh..

    BalasPadam
  23. lagu raya dulu2 mmg best...
    ~sayu jer bila dgr lagu kurung biru tue...~

    BalasPadam
  24. sesuci lebaran la lgi best..time kt kelas kitorang prnah nyanyi lgu tu ramai2..budak2 lelaki sebut sesucii...sesucii....jer

    BalasPadam
  25. lagu raya memang la best ^^

    BalasPadam
  26. raya dah dekat...
    semua radio dah berkumandang lagu raya...
    i like top 5 song itu...
    hik2
    xD

    BalasPadam
  27. lagu wajib; satu hari di hari raya

    dan lagu raya CT

    BalasPadam
  28. lagu peberet :

    1. pulanglah -aishah

    2. senandung hari raya - dayangku intan

    BalasPadam
  29. kalau dalam top 5 xde lagu

    INDAHNYA DI HARI RAYA - ZIANA ZAIN

    ni agak muskil gak

    >.<

    BalasPadam
  30. semua hani minat.
    apa yang tak minat pun tak tahu. T__T :P

    BalasPadam
  31. dah layan lagu2 raya ya...

    BalasPadam
  32. sepasang kurung biru, dengan ku pohon maaf ape entah versi mamat bukan versi mawi, ha tu lagi feveret

    BalasPadam
  33. taste kita seriously lain! hahaha

    BalasPadam
  34. suka lagu raya yang anuar zain dengan elina tu. tapi tajuk lupa~ hee..


    eh. selamat hari raya in advance =)

    BalasPadam
  35. xske lagu rye.. hahak! sbb xrye sgt..

    BalasPadam

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com