Isnin, 5 September 2011

Dada Sesak. Kepala Berat. Pandangan Gelap.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!



Ini entri yang sangat serious. Ini pasal kisah benar yang berlaku awal pagi tadi. Dalam pukul 6 pagi something, Nana kejut aku daripada tidur sebab aku kena hantar Una pergi tadika. Seperti biasa, aku sedar lepas tu aku sambung tidur balik. Tak lama lepas tu, Una datang kat aku:

"Abang, cepat la bangun. Una dah lambat dah ni."

Aku pom bangun. Aku tengok jam, dah pukul 7 pagi. Eh. Aku tak solat Subuh lagi! Aku bangun laju laju, aku terus masuk toilet. Aku pusing kepala paip. Lalu air pom keluar. Cehhh... Itu pom nak bagitahu? Adeh. Aku baru nak angkat wudhuk, tiba tiba dada aku sesak. Aku tak tipu beb! Entah kenapa dada aku rasa lain macam. Beberapa saat kemudian, kepala aku jadi berat sampai aku tak nampak apa apa dah lepas tu. Pandangan aku terus gelap. Aku tak fikir lain dah masa tu. Adakah ini masa aku untuk pergi? Atau adakah nikmat penglihatan aku sedang ditarik balik? Tapi masalahnya sekarang ialah aku tak solat Subuh lagi! Teruk kan? Astaghfirullah al azim.

Dalam kegelapan, aku meraba-raba keluar daripada toilet. Aku tak nampak apa apa langsung. Ya Allah! Apa yang sedang aku alami ni? Aku blur. Aku tak tahu nak buat apa. Dengan keadaan kepala yang rasa macam kena tekan kuat kuat, aku terus cemas. Aku panggil Nana sambil tangan aku meraba-raba udara:

"Nana, tolong Abang! Abang tak nampak apa apa ni."

Aku hampir rebah. Mungkin nak pengsan kot? Nasib Bob dah terjaga daripada tidur. Dia tolong papah aku sebab aku dah tak boleh nak berdiri dengan betul dah masa tu. Lepas tu, Bob baringkan aku kat atas katil. Bob suruh Nana ambil segelas air kosong sambil dia basahkan muka aku dengan air. Una ada kat sebelah aku, tengok apa yang berlaku. Pandangan aku masa tu masih kabur lagi, aku antara nampak dengan tak nampak. Lama jugak aku terbaring kat atas katil. Aku masih terkejut dengan apa yang baru je berlaku. Ya Allah! Aku sangat sedar betapa Allah itu Maha Besar. Bila bila masa je aku boleh pergi. Eh. Bukan aku je, tapi dia, kau, mereka dan segala kejadian yang ada di atas muka bumi ni. Tolong beri perhatian.

Alhamdulillah. Sekarang aku dah okay balik dah. Last last, Nana yang hantar Una pergi tadika. Dan aku terus terbaring kat atas katil tu sampai pukul 10 pagi tadi. Ini memang kisah benar. Aku tak tipu. Buat apa aku nak tipu kan? Daripada aku reka cerita macam ni kat blog, baik aku publish novel je terus.



potpetpotpet : Bekerja seperti akan hidup selamanya. Beribadah seperti akan mati esok harinya.

38 ulasan:

  1. isk isk.

    get well soon.

    a good reminder for all.

    BalasPadam
  2. serius?

    penat sangat kot zami....

    rest bebanyakk okayy!

    BalasPadam
  3. @syAzAnA

    zami penat ni .
    get enough rest cikgu ;)

    BalasPadam
  4. bile aq bce...aq rse cam aq pnh bce sblm ni..ngeeeee
    *ok abaikan...karma kot..=P
    da jmpe doc?
    smoge cpt smbuh k...

    BalasPadam
  5. sedih zami aku bace kisah ko ahaha..
    ko bru bgun tidur masih mamai tu.

    BalasPadam
  6. @Fiq Fikri

    haha. kalau mamai, aku rasa aku tak ingat semua tu. kan ?

    BalasPadam
  7. mslhnye...aq rse aq pnh bce kat blog ko lah..pelik kan..hmmm
    *abaikan2

    BalasPadam
  8. @ijam ismail

    errr... masalahnya, ni baru first time perkara ni terjadi kat aku. macam mana kau boleh baca sebelum ni ? haha.

    BalasPadam
  9. masyaAllah kuasa Tuhan... hurm...sy pun penah alaminya juga...

    BalasPadam
  10. da la weyh...aq mmg cmni...slalu karma...
    *rse da ade kat tmpt 2 sblm ade d tmpt 2...hmmm..
    cm cter antu lak..hahaha

    BalasPadam
  11. get well soon cikgu...

    mungkin penat beraya kot

    BalasPadam
  12. ujian tuh.. x slalu berlaku... Dia nk menduga kita...

    BalasPadam
  13. betul2...entry pengalaman hidup mengajar erti hidupkan

    BalasPadam
  14. byk mkn lemang n ketupat kot?

    BalasPadam
  15. isk3 . .entri yg sangat brguna,
    papepon rest banyak2 k Zami,
    ^^

    BalasPadam
  16. Ish3..kenapa ni zami. biasanya orang yg mengalami simptom macam tu ada tekanan darah tinggi. rasa gelap mata dan nak pitam. biasa la mungkin sehari dua ni zami makan daging banyak dan hadap apa yang dihidangkan orang. tu yang menyebabkan jadi macam tu. Dah... lepas ni jangan main tibai je makan kene pilih juga makanan yang nk dimakan, takut nanti penyakit lain pulak yang datang. so hati2 dlm memilih makanan. take care k.

    BalasPadam
  17. pakcik,
    jage kesihatan!
    rehat secukupnya.
    ily.

    BalasPadam
  18. get well soon bro.

    bro, baca novel tak? if possible, try beli Contengan Jalanan by Hlovate. ada cerita pasai "a man who decided to change at 12th but died at 11th". tapi dalam cerita tu dorang sempat berubah at 10th la. analogi macam tu lah. try baca, a tarbiyyah novel. interesting :)

    BalasPadam
  19. wahh selamat xdew pape kan,,,
    mybe penat sangat beraya n masuk macam-macam makanan kan,,

    have a good rest ;)

    BalasPadam
  20. get good rest~ penat sangat kowt..
    Alhamdulillah nothing bad happen. take a good care of urself Hizami~

    BalasPadam
  21. ade sesuatu di situ...

    BalasPadam
  22. you dah okay ke? jgn lupa check up okay?

    BalasPadam
  23. low blood pressure tu. macam kes mcm aku. bgn awal takleh terus bingkas laju-laju camtu. guling kiri-kanan lepas tu bangun perlahan-lahan, bagi darah peluang utk circulate dgn baik.

    kalau terus bangun mengejut mcm tu mmg badan ikut terkejut sama....

    tu yg leh gelap mata tu...

    hati-hati. minum air lobak merah kisar banyak2 dan amalkan makan hati ayam yg digoreng.

    kbye.

    BalasPadam
  24. byk mkn kot time raye2 ni..jg diri & jaga makan tu zami..

    GET WELL SOON yooshhh!!!

    BalasPadam
  25. alhamdulillah..nasib baik semua ok.

    feel better now?

    take care !!

    BalasPadam
  26. better zami g check..
    get well soon ya! =)

    BalasPadam
  27. ape ape pun syukur xde pape dah.. tapi better g check la ..kalau belaku lagi sekali jumpe doktor^^

    peliks la kan>.<

    BalasPadam
  28. next time..bgn tdo jgn mengejut.dh bgn tu relax dulu.bila pandangan mata dh ok br la bgn.selalunya ni simpton org yg ada tekanan darah rendah.hmm..better g check.tp kalau dh rasa ok tu..alhamdulillah la :)

    BalasPadam
  29. @dylla abas

    berehat byk2 kesihatan kena jaga :)

    BalasPadam

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com