Sabtu, 28 Januari 2012

Selamat Jalan Dunia Sementara, Selamat Datang Alam Barzakh

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Aku baru balik dari Kluang, Johor. Pada hari Khamis yang lepas, makcik aku telah menghembuskan nafasnya yang terakhir lebih kurang beberapa minit selepas azan Zohor berkumandang. Innalillah hiwa inna ilai hiroji'un. Semoga roh arwah dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

Ingat lagi entri Kain Putih? Entri tu pasal aku dengan arwah. Pada yang tak tahu pasal apa, boleh la singgah entri Kain Putih aku tu. Sesungguhnya ajal maut tu di tangan Allah. Nyaie aku kata umur arwah baru mencecah 52 tahun kalau aku tak silap. Sama sama la kita muhasabah diri. Semoga berita pasal kematian ni dapat sedikit sebanyak melahirkan keinsafan di samping kita fikir balik apa ibadat atau amalan yang telah kita lakukan.


By the way, aku dapat mengusung jenazah masuk ke dalam van jenazah untuk pertama kalinya. Satu pengalaman yang sangat mustahil untuk aku lupakan. Dan aku bersyukur bila tengok adik beradik, saudara mara, sahabat handai dan jiran tetangga yang hadir pada hari Khamis tu. Jenazah arwah telah selamat dikebumikan sebelum waktu Maghrib tiba. Alhamdulillah. Allah telah mempermudahkan segala urusan pada hari kejadian. So, sama sama la kita doakan supaya keluarga arwah dapat menerima kepergian ni dengan tenang, sabar dan redha akan ketentuan Allah.



potpetpotpet : Nyaie ialah panggilan nenek bagi orang Jawa.

22 ulasan:

  1. al-fatihah..semoga arwah ditemaptkan dalam kalangan orang2 yg beriman..amin..

    p/s: time sy g mlawat cousie yg keadaannye 50-50, sy tringatkan entri kain putih tu..betapa hebat nilai kasih sayang seorang lelaki yg bergelar suami..

    BalasPadam
  2. takziah. ajal maut semua ditgn Allah.

    BalasPadam
  3. takziah.kita yang hidup hanya mampu sedekahkan Al-Fatihah dan doakan semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman

    BalasPadam
  4. al-fatihah...semoga arwah tenang di kalangan org2 yang beriman...

    *sy pown pggil arwah nenek dgn pggilan Nyaie

    BalasPadam
  5. al-fatihah , semoga roh arwah di tempatkan dalm golongan orang2 yang beriman ,,

    *zami keturunan jawa ke ??

    BalasPadam
  6. takziah buat Hizami sekeluarga. Alfatihah

    BalasPadam
  7. smge roh arwah dtmptkan dalam kalangan org2 yang beriman.

    nyaie untuk nenek.baru tau.
    kite panggil atok nenek kite mama papa.heee

    BalasPadam
  8. Takziah.. sorry ritu tahu da tp xde kedit nak msg. Alfatihah.

    BalasPadam
  9. takziah.. semoga arwah ditempatkan di kalangan org beriman.. amin..

    BalasPadam
  10. takziah bt fmly

    BalasPadam
  11. inalillah..semoga roh beliau dicucuri rahmat..

    BalasPadam
  12. takziah arry ucapkan kpda kluarga arwah..harap brsbr k..dan smoga sihat sjahtra..

    BalasPadam
  13. Innalillahiwainnailaihiroji'un...

    Sabolah ye...

    p/s: Jawa rupanya... hmm

    BalasPadam
  14. innalillah.

    #orang jawa juga :)

    BalasPadam
  15. Al fatihah untuk arwah.

    BalasPadam
  16. salam takziah buat seluruh keluarga arwah. al-fatihah...

    BalasPadam

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com