Sabtu, 31 Mac 2012

Review Filem The Hunger Games - Mendebarkan & Penuh Imaginasi

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Aktiviti yang selalu aku buat pada hujung minggu ialah tengok wayang. Dan ada hujung minggu yang lepas, aku sempat tengok The Hunger Games. Dah tengok belum? For those yang tak tengok lagi, boleh la tengok lepas ni. Filem ni memegang genre action, drama dan sci-fi. Filem The Hunger Games ni sebenarnya diadaptasikan daripada novel hasil tulisan Suzanne Collins. Novel tersebut diterbitkan buat pertama kalinya pada 14 September 2008. For your information, The Hunger Games merupakan novel pertama bagi trilogi The Hunger Games, diikuti dengan Catching Fire (2009) dan kemudian Mockingjay (2010).


The Hunger Games berlatarkan masa akan datang yang mana dua orang (seorang lelaki dan seorang perempuan) akan dipilih untuk mewakili setiap 12 daerah untuk menyertai Hunger Games. Apa yang menarik pasal Hunger Games ni ialah pemenang terdiri daripada seorang sahaja. Maksudnya, untuk jadi pemenang, mereka terpaksa berbunuhan sesama mereka. Lagi dahsyat, Hunger Games ni disiarkan secara langsung dan semua orang boleh menonton macam mana mereka cuba menyelamatkan diri masing masing, macam mana mereka menamatkan riwayat sesama mereka. Gila kan? So, siapa yang menang? Tu kena tengok sendiri!

Frankly, aku tertarik dengan heroin filem ni, Jennifer Lawrence. She's pretty. Tak payah nak bajet cun macam Megan Fox tu. Haha. Dan lakonan dia sangat natural. Tapi masa aku tengok filem ni hari tu, aku rasa aku macam pernah nampak muka dia ni. Lepas aku rujuk google, aku dapat tahu yang dia pegang watak Mystique dalam filem X-Men: First Class. Tapi masa aku tengok dia sebagai Mystique dulu, aku tak rasa dia ni hot stuff.

Bagi aku, filem The Hunger Games ni bermula selepas setiap peserta dilepaskan untuk memulakan Hunger Games. Bermula daripada situ la aku dapat rasakan debaran sebab aku tak tahu siapa yang akan mati lepas tu. Kenapa la kejam sangat imaginasi penulis novel ni kan? Tak boleh ke kalau tak bunuh bunuh? Adeh. Banyak soal pulak kan? Kalau bijak pandai sangat, buat la novel sendiri. Haha. Okay. Berapa bintang aku bagi?



potpetpotpet : Hujung minggu ni macam nak tengok Mirror Mirror pulak.

11 ulasan:

  1. best ni maen bunuh2. .sy suke bunuh2 org nih. .haha

    BalasPadam
  2. @widiea azira
    xpenah tau die dari novel.kalau tau bace dlu br tengok movie die. buat suspen je dlm movie ritu huhuk >_<

    BalasPadam
  3. best2....dah tengok minggu lepas...

    BalasPadam
  4. dah tengok jugak! memang feeling habis la masa nak twu what happend next tu kan.

    plus kalo pernah tgk cter Orphans ada girl yg blakon dlm cter tu jgak.

    BalasPadam
  5. cter agak bosan di permulaan .. sejam setengah yg pertama agak byk drama dan lirikan hidup yg perlu fahami tuk di tonjolkan dlm filem..
    da stat masuk arena.. brulah terasa adrenalin di dlm darah ;)

    BalasPadam
  6. actually yang buku dia rasa lagi kejam tau, yang dalam movie ni kiranya mmg dah reduce banyak dah kekejaman dia, senang cerita, silalah baca novel dia tiga2, recommended

    BalasPadam
  7. yup2..sudah tengok minggu lepas. minggu tgok wrath of the titans dan minggu dpn mungkin juga mirror2.. jom..

    BalasPadam
  8. woh, mcm best je cerita hunger game tu. nak tgk nanti2 :D

    BalasPadam
  9. sumpah bosan citer nih..mcm tade kekuatan...nyesal tgk...sekian mekasih

    BalasPadam
  10. memangg sahhh zami ni hantu wayang eh. mirror mirror tu org cakap best. apa pulak kata zami? haha

    BalasPadam

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com