Selasa, 3 Julai 2018

Hotel Terbaik Di Penang - Pengalaman Menginap Hotel M Summit 191

Salam.


Masa kat Penang hari itu aku menginap kat Hotel M Summit 191 ini. Lokasi dia memang strategik betul. Dekat gila dengan KOMTAR. Kalau kau orang datang Penang, aku memang cadangkan kau orang menginap kat Hotel M Summit 191 ni. Hotel ni boleh kata baharu juga lah. Interior design dia nampak moden, minimal dan segar. Aku suka! Untuk pengetahuan kau orang, hotel 23 tingkat ini mempunyai 96 bilik suite eksekutif yang terdiri daripada 6 jenis bilik. Jadi kau orang boleh pilih bilik yang mengikut bajet, citarasa dan keperluan kau orang.


6 Jenis Bilik Di Hotel M Summit 191
  • The Deluxe Suite
  • The Splendor Suite
  • The Classic Business Suite
  • The Serene Suite
  • The Baroque Suite
  • The Razzle Business Suite

Hari itu aku menginap bilik jenis The Razzle Business Suite. Wow! Sangat luas ya! Aku rasa sekurang-kurangnya tiga orang boleh menginap kat bilik jenis The Razzle Business Suite ini  Mana taknya ada satu katil saiz king dan satu katil sofa. Haaa... Silap silap boleh seludup lagi seorang! Haha! Sejenis perangai apa itu? Itu sejenis perangai selagi boleh jimat. Boleh? Dan bilik hari itu siap ada skrin projektor! Boleh lah bentangkan projek juta juta kau orang nanti. Kalau takde projek juta juta, tengok filem saja lah.

Jadi mari kita tengok macam mana bilik aku hari tu.











Haaa... Harga satu malam hari itu lebih kurang RM400. Pada pendapat aku, harga dia sangat berpatutan dengan pelbagai kemudahan yang ada kat dalam bilik itu dan selesa itu tak payah cakap lah terlebih lebih orang kata. Aku memang puas hati gila menginap kat situ hari itu walaupun aku hanya dapat menginap dua hari satu malam saja. Pada pendapat aku, berbaloi lah setiap sen yang dibelanjakan.

10 Sebab Untuk Menginap Di Hotel M Summit 191
  • Agak baharu.
  • Terletak di tengah tengah bandar Georgetown.
  • 200 meter dari Komtar, 1st Avenue Penang dan Prangin Mall.
  • Kemudahan WiFi berkelajuan tinggi secara percuma.
  • Sistem parking kereta automatik yang menjanjikan pengalaman yang menarik!
  • Hanya 14 kilometer dari Lapangan Terbang Antarabangsa Penang.
  • Semua unit dilengkapi dengan ruang tamu dan TV flat screen dengan siaran satelit.
  • Kemudahan mesyuarat disediakan atas permintaan.
  • Gym dibuka seawal jam 6 pagi hingga 9 malam.
  • Luas dan selesa.

Serius cantik hotel ini! Tengok gambar gambar kat bawah ini.







Ehhh... Sebelum aku terlupa, aku nak ingatkan kau orang yang sarapan pagi tak termasuk sekali dalam penginapan kecuali atas permintaan. Maksudnya kau orang kena order kalau kau orang nak sarapan. Haha! Tapi aku tak kisah sangat sebab aku nak sarapan makanan yang popular kat Penang ini. Hari itu aku sarapan roti bakar telur goyang dan roti canai kari ayam kat Transfer Road. Pehhh... Terbaik lah! Cuma aku mengharapkan tempat makan dia lebih bersih. Kembang tekak tengok keadaan sekeliling dia. Tapi nak buat macam mana? Katanya wajib makan kat sini kalau dah sampai kat Penang ini. Haha!

Untuk maklumat lanjut tentang Hotel M Summit 191 ni, kau orang boleh tengok tengok laman web rasmi seperti kat bawah ni. Klik je!


Jadi apa tunggu lagi? Rancang perjalanan kau orang ke Penang sekarang!

Khamis, 22 Mac 2018

Review Filem 3AM Part 3 - Seram & Kelakar Jadi Satu!

Salam.


Sebagai salah seorang peminat cerita seram dari Thailand, aku gembira gila bila dapat peluang tonton tayangan perdana filem hantu Thai ni yang berjudul 3AM Part 3. Kalau korang perasan, cerita hantu Thai ni selalu ada jalan cerita di sebalik babak seram dan lawak yang dipaparkan dalam setiap filem tu. Masa mula mula tu mungkin kita tak berapa nak faham, tapi bila dah kat hujung hujung tu mesti dia tunjukkan sebab kenapa hantu tu kacau atau bunuh orang tertentu. Pada pendapat aku, it makes sense lah bila hantu tu kacau atau bunuh orang tertentu dengan tujuan yang spesifik. Maksud aku, ada kemungkinan orang yang kena kacau atau bunuh tu punca kematian hantu tu ke kan siapa sangka siapa menduga engkau berubah tiada ku pinta.


Jadi berbalik kepada filem 3AM Part 3 ni, filem ni ada tiga bahagian cerita yang berlainan. Tapi sebenarnya ketiga-tiga cerita tu berkaitan antara satu sama lain. Haaa... Macam mana tu? Ada watak dalam cerita pertama muncul dalam cerita kedua dan ketiga. Faham ke tidak? Kalau tak faham, nak kena tengok lah filem 3AM Part 3 ni. Haha!

Cerita pertama ni relatable dengan masa kini. Cerita dia mengenai pengguna media sosial yang gila dengan publisiti murahan untuk video atau posting viral. Tentang seorang pekerja tol yang membuat posting viral sehingga menyebabkan orang yang diviralkan tu mati. Tapi ada twist dia! Haaa... Nak tahu, kena lah tengok filem ni. By the way, antara tiga cerita ni, bagi aku cerita pertama ni paling best! Seram dan kelakar!

Cerita kedua pula agak mengelirukan. Aku tak berapa faham sebenarnya. Jadi aku simpan komen aku. Haha! Cerita ketiga ni lebih kepada sedih tapi pada masa yang sama kelakar. Maksud aku, sangat kelakar! Aku gelak setengah gila tengok cerita ketiga ni. Twist dia memang korang takkan jangka! Tak percaya? Tengoklah sendiri! 



Overall, filem 3AM Part 3 ni aku bagi 3 bintang. Aku suka dengan filem ni sebab ada part seram dia ada part lawak dia dan seperti biasa lawak cerita hantu Thai tak pernah mengecewakan! Terima kasih kepada Hangat.com kerana menaja tayangan ni. Kalau ada tayangan lagi lepas ni, hulur hulurkan tangan ringan ringankan beban. Bye!

Penulis Artikel: OhQarl

Selasa, 27 Februari 2018

Filem Surf This Love Angkat Sukan Luncur Air!

Salam.


Filem Melayu terbaru, Surf This Love: Gelora Juara baru je ditayangkan pada 22 Februari yang lepas. Masih sempat lagi tengok filem ni minggu ni. Rasanya takde filem filem blockbuster yang akan ditayangkan pada minggu ni. Jadi korang boleh ambil kesempatan untuk tengok filem Surf This Love: Gelora Juara kat panggung wayang berdekatan korang. Tapi kalau korang blur blur ayam filem ni pasal apa, siapa pelakon pelakon dia best ke tidak, aku dah terangkan kat bawah ni. Baca jangan tak baca! Haha!

Filem: Surf This Love: Gelora Juara
Tarikh Tayangan: 22 Februari 2018
Genre: Romantik Komedi
Pelakon: Syukri Yahya, Christine Suzanne, Pekin Ibrahim, Ardell Aryana, Josiah Hogan, Mustagiqm Bahadon & Syuhaida Abraz
Pengarah: Waan Hafiz



Sinopsis:

Minat Billy terhadap sukan meluncur air tidak pernah pudar. Billy bertemu dengan Mia, seorang blogger dari Kuala Lumpur yang datang bercuti di Pulau Tioman. Billy membawa Mia bersiar-siar seluruh pulau tersebut. Dari perkenalan singkat itu, Billy jatuh hati terhadap Mia kerana sikap Mia yang tidak merendahkan cita-citanya. Namun, Billy patah hati apabila mengetahui yang Mia sudah berpunya dan teman lelaki Mia adalah Mike Malaya, idola Billy dalam sukan meluncur air. Siapakah yang akan menjadi pilihan Mia? Adakah Mike Malaya atau adakah Billy? Apakah rahsia yang disembunyikan oleh Mike Malaya? Dan kenapakah Jimmy tidak mahu mengajar Billy meluncur air?

Pada 19 Februari yang lalu, Malam Gala dan Tayangan Perdana filem Surf This Love: Gelora Juara telah diadakan di mmCineplexes eCurve Damansara. Jadi mari kita tengok pandangan blogger-blogger yang dah tengok filem ni hari tu?


"Jalan cerita dinamik, visual cantik dan menyentuh elemen persahabatan dan keluarga dengan baik." - Eazy Izzuddin
"Setiap pelakon berjaya menjiwai watak dan kelakar habis!" - Khai Artzfar
"Lain daripada yang lain! Pulau Tioman memberikan impak yang cantik pada visual." - Syafiera Yamin
"Watak Billy sangat menyerlah dengan perangai gila-gila dan kelakar." - Ahmad Fauzi Aryaan
"Menghiburkan dan santai!" - Rafzan Tomomi
"Tidak bosan malah agak menghiburkan!" - Syazwan Rahman

Saksikan filem Surf This Love: Gelora Juara di pawagam berdekatan sekarang!

Selasa, 16 Januari 2018

Review Filem The Commuter - Aksi Mendebarkan Tanpa Henti

Salam.


Liam Neeson sebagai Michael MacCauley, seorang pegawai insurans yang setiap hari menggunakan perkhidmatan komuter ke tempat kerja. Nak dijadikan cerita, Michael ni tadi dipecat secara tiba-tiba. Dalam perjalanan pulang menggunakan komuter, dia didekati seorang wanita yang tidak dikenali. Michael telah diugut supaya mencari identiti salah seorang penumpang komuter sebelum komuter sampai ke hentian terakhir. Akhirnya Michael terperangkap dalam konspirasi jenayah yang menentukan hidup dan mati antara dia dan penumpang-penumpang yang lain. 


Secara peribadi, pada minit terawal filem ni agak membosankan. Biasalah, baru intro kot. Tapi lepas dia dah kena ugut tu, filem The Commuter ni menyajikan aksi yang tidak berhenti, orang cakap non-stop macam tu. Aku sendiri risau tengok Liam Neeson ni bertumbuk dengan orang muda lah, melompat ke sana ke sini lah. Dia bukan muda lagi dah baya baya atuk kita dah. Aksi dia semakin lama semakin mendebarkan dan semakin rindu semakin asyik.


Latar tempat filem ni memang 99% kat dalam komuter. Sesuai lah tajuk dia pun The Commuter. Tapi aku dah boleh agak dari awal lagi dah siapa penumpang yang dia cari tu. Well, nak buat macam mana, hint dia terlalu jelas kot. Nanti kalau korang tengok filem ni, korang cuba teka okay?

Jadi best ke tidak filem ni? Best! Kena tengok filem The Commuter! Jalan cerita dia sangat mudah untuk difahami, straight to the point. Segala hint dalam filem ni pun jelas dan senang ditangkap. Secara kesimpulannya, it was a fun movie to watch. Aku dan kawan-kawan aku tengok tayangan jam 1 pagi kot! Nasib baik filem The Commuter ni best, jadi kitorang tak tertidur dalam panggung wayang tu kecuali Ijat sebab nawaitu sauma ghadin an adai dia memang nak tidur dalam tu. 

Personal rating: 4 stars

Review Filem Ayat Ayat Cinta 2 - Bukan Penggemar Filem Indonesia

Salam.


Wow! Wow! Wow! Itu je yang aku mampu ungkapkan untuk filem ni. Seriously. Aku bukanlah penggemar filem Indonesia apatah lagi filem Melayu. Tapi kualiti filem ni, cara dia olah isu satu persatu pap pap pap! Kena! Tepat! Jitu! Aku tak tahu nak review macam mana melainkan korang kena tengok sendiri kat wayang yang berjauhan dari rumah anda. Eh? 

Ok. Setengah jam pertama aku just tengok je tanpa ada rasa kagum ataupun bosan. Ye ada lah lawak lawak yang boleh lah. Kelakar lite lite. Tapi lepas tu baru kau akan nampak isu dia satu persatu keluar. Satu persatu digarap dan plot cerita diolah dengan baik sekali! Kau mula mula tak berapa faham eh eh eh kenapa macam ni kenapa macam tu tapi as the story goes on kau akan be like ohhh begitu. Boleh?



Latar tempat filem ni hampir 90% di Scotland dan lagu-lagu soundtrack dia sangat menyayukan hati. Haaa... Ada ke tidak perkataan tu? Antara nama besar yang menyumbang soundtrack untuk filem ni adalah Kris Dayanti, Melly Goeslow, Rossa, Raisa dan ramai lagi. Best!

Okay lah aku bagi spoiler sikit. Islam, Yahudi, Israel, Palestin, cinta selepas kahwin dan banyak lagi. Memang best! By the way, aku suka sangat bile scene Fazura keluar. Even tak lama tapi berkesan lah watak die. Dan memang ceria sekejap cerita tu. Kenapa? Ha... Pergilah tengok! Tak reti lagi? Bye!

Personal rating: 4.5 stars

Penulis Artikel: OhQarl

Jumaat, 29 Disember 2017

Review Filem Bright - Bosan Sekejap Sebelum Best Sampai Habis!

Salam.


Hi! Okay. Kali ni aku nak review tentang satu filem ni yang bagi aku ala ala filem Lord Of The Ring (LOTR) tapi versi urban dan moden. Filem ni telah ditayangkan secara rasminya pada 22 Disember 2017 kat Netflix. Kiranya filem ni buat untuk Netflix lah. Dan lepas aku tengok filem ni baru tiba tiba aku terasa nak tengok review dia. Aku terkejut sebab filem Bright ni kat Rotten Tomatoes dapat 27% je? Tapi 93% Google Users suka dengan filem ni. Haha! I'm one of the Google User lah ni. Boleh?


Filem Bright ni berkisar tentang seorang polis (dilakonkan oleh Will Smith) yang terpaksa berpasangan dengan Orc dalam melakukan tugas tugas seorang polis. So human police buddy dengan Orc police. Interesting right? Lepas tu masa diorang tengah kerja diorang stumble upon a nuclear weapon. Apa dia nuclear weapon tu? Haaa... Korang kena tengok sendiri. Mesti korang tak sangka punya. Dan konflik pun bermula dari situ lah sebab semua orang berebutkan nuclear weapon tu. Kenapa? Rahsia! Haha!


Dah kata tadi filem Bright ni ala ala filem LOTR, mesti lah ada banyak watak menarik. Human, Elf, Orc, Dark Lord and so on. Siapa penggemar filem bergenre fantasi tak patut terlepas filem ni. Abaikan 10 minit yang pertama tu. Lepas je diorang jumpa nuclear weapon tu, filem ni takde momen bosan pun sampai habis. Serius lah! One more thing yang best pasal filem ni ialah soundtrack dia. Antara lagu favourite aku ialah Home nyanyian MGK, Bebe Rexha dan seorang lagi mamat yang aku tak kenal. Selain tu lagu Crown nyanyian Camila Cabello! Yasss... Penyanyi yang tengah femes dengan lagu Havana tu. Best weyh lagu Crown ni!



Kat mana nak tengok filem Bright ni? Yang ada Netflix straight away tengok kat Netflix lah. Bagi yang takde Netflix macam aku ni, tengok je online kat FMOVIES je. Siap versi HD 720p lagi. Pergi tengok serius tak rugi! Siapa kata bosan lepas tengok filem Bright ni aku belanja air suam. LOL.

Personal rating: 3.5 stars

Watch this if you like: LOTR, Warcraft and all fantasy movies


Penulis Artikel: OhQarl

Ahad, 24 Disember 2017

Review Filem The Greatest Showman & Pitch Perfect 3 - Yang Mana Satu Nak Tengok Dulu?

Salam.


Review Filem The Greatest Showman


Best opening credit scene ever! Well, this is a musical drama movie so if you are not into the musical type, please avoid this movie as much as possible! Haha. This is my type of movie. Memang best. Satu yang aku kagum dengan movie ni, every single song is well performed and choreographybagi setiap lagu sangat cantik dan memukau. Aku memang peminat cerita muzikal tapi aku perasan yang biasanya bukan semua lagu diberikan spotlight yang sama and sebahagian lagu hanya untuk cukupkan syarat je. Tapi bukan dalam filem ni okay?

But, that is something to be expected since penulis lirik lagu lagu dalam filem ni ialah penulis yang sama untuk lagu lagu dalam cerita La La Land. So, I smell another Oscar Award! Begitulah. Jalan cerita tipikal tapi masih boleh diterima. Banyak nilai-nilai murni yang diterapkan dalam filem ni, ada persahabatan, cinta, jatuh bangun sebuah kehidupan, equality right, true celebration of humanity dan lain-lain lagi.

Siapa kat sini peminat High School Musical, korang akan teruja dengan showstopper daripada Zac Efron and Zendaya! Korang mesti terbayang-bayang Zac Efron and Vanessa Hudgens dalam High School Musical. The similarity is insane! For me, this movie is a repeat. Tapi korang kena tahu yang filem ni penuh dengan persembahan lagu, tarian dan nyanyian. Jadi kalau korang tak berapa minat dengan genre filem macam ni, stay away! Haha. For those yang tak tengok lagi, go buy your ticket, sit back and enjoy the greatest show movie indeed (at least the songs).

Fun fact:
  1. Filem ni inspired by true individual yang bernama PT Barnum. Tapi lepas aku google pasal PT Barnum ni, aku rasa agak disturbing kerana Barnum dalam filem ni dengan kehidupan sebenar dia memang sangat berbeza.
  2. Dengar cerita movie ni telah cuba untuk dihasilkan dalam masa 7 tahun dan akhirnya berjaya ditayangkan selepas pelbagai dugaan dan cabaran. Drama tak?

Personal rating: 4 stars

Watch this if you like: High School Musical, La La Land and Chicago


Review Filem Pitch Perfect 3


Aca-fun-ish. Kepada mereka yang memang mengikuti siri filem Pitch Perfect ni, aku nasihatkan jangan terlalu berharap dan terlalu teruja dengan filem yang ketiga ni. Sejujurnya, pada pendapat aku, filem pertama dan kedua jauh lebih best daripada filem ketiga ni. Takde satu lagu pun dalam filem Pitch Perfect kali ni yang membuatkan aku kagum sampai meremang bulu roma. Berbanding masa Bellas bawa lagu Flashlight sebelum ni, aku sampai ingat yang lagu tu lagu original daripada Bellas.

Jalan cerita agak lemah dan tak tentu hala tuju. Bayangkan aku sampai boleh terlupa apa tujuan USO tour tu! Over tak? However, this movie is not totally a bummer. Nasib baik ada lawak lawak yang kelakar terutamanya daripada Fat Amy. Kalau takde tu, memang hambar juga lah filem ni. Nothing much to say about this movie. Jika korang memang mengikuti Pitch Perfect, then, give it a go. Kalau tak, tengok online je lah. Haha!

Fun fact:
  1. Filem ni adalah filem yang ketiga dan terakhir Pitch Perfect. Tapi aku tak dapat bayangkan apa lagi storyline dia nak olah lagi kalau ada sekuel seterusnya lepas ni.
  2. Yeay! Bellas ada cover lagu daripada Queen Britney Spears! Haha!

Personal rating: 2.5 stars

Watch this if you like: Pitch Perfect and Pitch Perfect 2


Penulis Artikel: OhQarl

Isnin, 18 Disember 2017

Review Filem Jumanji: Welcome To The Jungle - Santai & Lawak Tak Henti

Salam.


Hari Sabtu yang lepas aku sempat tengok filem Jumanji: Welcome To The Jungle kat wayang. Penuh juga lah hall petang tu. Masa aku beli tiket tu pun seat dah tinggal bahagian bawah je. Walaupun seat aku agak dekat dengan skrin, nasib baik aku tak kena mendongak ke atas sepanjang tengok filem tu. Lega... Maklum je lah, cuti sekolah kan? Hari Sabtu pula tu!

Sinopsis
Empat orang pelajar high school telah menemui sebuah konsol video game Jumanji yang usang dan tertarik untuk bermain video game tersebut. Setelah keempat-empat orang pelajar tersebut memilih avatar dalam video game itu, tiba-tiba mereka telah disedut masuk ke dalam video game Jumanji itu, ke dalam sebuah hutan. Untuk pulang ke dunia sebenar, mereka perlu menyempurnakan misi video game tersebut iaitu meletakkan semula batu permata yang dicuri daripada arca gergasi berbentuk jaguar atau mereka akan terperangkap selama-lamanya dalam permainan video itu.

Filem ini mudah faham je sebenarnya. Jalan cerita filem Jumanji: Welcome To The Jungle ini ringkas dan straight to the point. Jadi tak payah pening kepala, tak payah kerut dahi masa tengok filem ini. Senang cakap filem ini adalah untuk hiburan semata-mata. Haaa... Dah filem ini pun berkisarkan tentang video game, korang jangan pula menggunakan logik akal sepanjang menonton filem ini. Tak sesuai! Haha!


Filem ini penuh dengan lawak-lawak yang biasa tapi disampaikan dengan baik oleh pelakon-pelakon hebat terutamanya Jack Black dan Kevin Hart. Secara tidak langsung, lawak-lawak yang biasa tadi jadi luar biasa! Memang tak berhenti gelak dengan watak Jack Black. Ekspresi dan tingkah laku Jack Black sebagai gadis remaja yang annoying sangat menjadi dan mencuit hati. Tak padan dengan muka dia langsung! Pada pendapat aku, watak Jack Black paling lawak dalam filem Jumanji: Welcome To The Jungle kali ini selain daripada Kevin Hart. Kesemua watak-watak dalam filem ni sangat menarik dan saling melengkapi antara satu sama lain. Selain Jack Black dan Kevin Hart, filem ini juga ada Dwayne Johnson, Karen Gillan dan penampilan khas Nick Jonas yang sekejap tapi bermakna. Begitulah.

Filem ni aku boleh cakap tak rugi untuk ditonton! Aku bagi 4 bintang!


Lepas ni nak tengok filem Star Wars: The Last Jedi pula! Siapa yang dah tengok?

Isnin, 27 November 2017

Review Filem Coco 2017 - Animasi Terbaik Tahun Ini, Menakjubkan & Penuh Warna!

Salam.


Promosi filem Coco ni besar-besaran juga. Dah lama aku tengok trailer dia kat youtube, kat panggung wayang. Tapi aku tak teruja pun nak tengok filem ni lepas tengok trailer dia. Masa mula mula tengok trailer tu, filem apa ni? Kenapa orang yang dah mati rupa tengkorak je? Tak comel langsung! Jalan cerita pun macam tak menarik. Haha! Tapi itu semua masa aku tengok trailer dia lah. Aku tak faham yang sebenarnya filem itu adalah berdasarkan budaya Mexico. 

Jadi macam mana aku boleh nak tengok filem ni? Haaa... Gara-gara aku check rating filem ni kat internet! IMDb bagi 9/10, Rotten Tomatoes bagi 96% dan Filmweb bagi 8/10! Gila lah! Dah kenapa rating filem Coco ni tinggi nak mati? Aku tahu lah filem ni pasal hidup dan mati tapi tak payah lah bagi rating tinggi nak mati. Haha!


Sinopsis:
Walaupun keluarga Miguel melarang ahli keluarganya bermain muzik, cita-cita Miguel untuk menjadi pemuzik yang terkenal seperti idolanya, Ernesto de la Cruz tidak pernah padam. Terdesak untuk membuktikan bakat muziknya, Miguel akhirnya tersesat ke "Land of Dead" dan bertemu dengan seorang penipu yang licik bernama Hector. Mereka bersama-sama meneruskan perjalanan yang luar biasa untuk merungkai rahsia keluarga Miguel.

Filem Coco ini bertemakan kekeluargaan dan juga kesungguhan mengejar cita-cita. Tapi jalan cerita dia bukan biasa biasa. Filem ni memang cukup rasa dengan gembira dia, dengan sedih dia. Geram pun ada! Kali ini Pixar tidak mengecewakan dengan membawakan sebuah filem animasi yang menyentuh tentang hidup dan mati tapi penuh dengan warna warni. Ada suka, ada duka, ada gembira, ada air mata.

Bila babak gembira, aku boleh tersenyum sendiri kat dalam panggung wayang tu. Gila lah! Bila babak sedih pula, bergenang juga air mata aku. Tapi tak tumpah lah sebab aku cover baik punya. Babak kelakar pun banyak. Kebanyakan babak kelakar dia lain daripada yang lain, tak klise lah orang cakap tu. Lagu-lagu dalam filem ini pun sedap. Bulu tengkuk aku meremang juga lah  masa Miguel berduet dengan Hector kat atas pentas tu. Aku pula terharu Miguel dapat nyanyi dan main gitar depan orang ramai. Dah kenapa? Emosi lah! Selain itu, apa yang paling menarik dalam filem ni? Selain daripada jalan cerita yang unik, filem ni mempunyai twist dan kejutan yang agak memeranjatkan. Tak sangka betul yang... Ehhh kena tengok sendiri lah! Haha!

Jom kita tengok poster-poster filem Coco yang sarat dengan warna warni?






Serius cantik visual filem ni! Penuh dengan warna, penuh dengan imaginasi. Sempena cuti sekolah, filem Coco ini sangat sesuai untuk tontonan seisi keluarga tanpa mengira peringkat umur. Mesej-mesej yang disampaikan dalam filem ini juga sangat bermakna dan memberikan pengajaran kepada sesiapa yang menonton. Antara mesej yang terdapat dalam filem Coco ini ialah:
  • Keluarga kita tidak akan pernah membiarkan kita biarpun kita telah membelakangkan keluarga kita, biarpun kita berdegil dengan keputusan kita.
  • Sentiasa mengejar cita-cita atau impian walaupun tiada siapa yang percayakan kita.
  • Jangan sesekali dilupakan mereka yang telah pergi meninggalkan kita.
  • There are always two sides to every story.


Siapa dah tengok filem Coco ini?

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com