Rabu, 14 Mac 2012

Review Filem John Carter - Tidak Bosan & Menarik

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!


Honestly, it has been quite some time aku tak pergi tengok wayang. Last filem yang aku tengok ialah The Awakening pada awal Januari tahun ni. See? Dah lebih dua bulan aku tak tengok wayang! Hebat! Aku sendiri kagum dengan aku. Haha. So, tadi aku macam melepaskan gian la. Terima kasih diucapkan kepada sahabat baik aku, Suffian dan Khairil, sebab ada masa untuk tengok wayang sama sama.


Pada mulanya kami decide nak tengok Bunohan. Masalah yang timbul ialah GSC kat Aeon Bandaraya Melaka takde tayangan untuk filem Bunohan. Aku agak pelik jugak. Apahal boleh takde pulak ni? Tapi nak buat macam mana, anggap je la takde rezeki. Nak tengok The Lorax pulak, tayangan 3D je yang ada. Last last, kami beli tiket untuk filem John Carter. Since aku dah baca banyak review pasal John Carter yang kata filem ni bosan, membazir dan sebagainya, aku memang tak excited langsung masa masuk panggung tu.


Selepas beberapa minit filem ni bermula, aku berkata dalam hati, not bad jugak filem ni tapi kenapa ada yang kata filem ni bosan? Oh. Mungkin sebab awal lagi kot. So, aku terus tumpukan perhatian sampai la filem ni habis. Eh. Dah habis dah? Sedap pulak filem ni! Takde la bosan seperti yang digembar-gemburkan. Okay. Itu pendapat aku. Kau tak perlu bersetuju dengan aku.

For those yang tak tahu John Carter ni filem pasal apa, well, filem ni menceritakan seorang askar veteran yang berasal dari Virginia dan secara tak sengaja telah dibawa ke planet Marikh semasa melarikan diri daripada puak Apache. Di planet Marikh ni la pengembaraan John Carter bermula. Filem ni memegang genre action, adventure dan fantasy. So, memang banyak perkara yang tak masuk akal dalam filem ni. At some point aku rasa macam diperbodoh-bodohkan je. Haha. Anggap je la filem ni untuk hiburan semata-mata.

For your information, filem John Carter ni merupakan produk keluaran Disney. Dan aku percaya dengan Disney. Overall, bagi aku, filem ni tak mengecewakan. So, aku bagi berapa bintang?




potpetpotpet : Tak sabar nak tunggu Ice Age 4.

21 ulasan:

  1. best ek??aku pon byk dengar member cakap john carter tak syok sgt,,siap warning aku jangn tengok lagi..haha~

    BalasPadam
  2. dah tengok..
    ok jee, cam best ada 2 nyawa... huhu

    BalasPadam
  3. ahhaaa. ni orang ke lima yg cakap movie ni best. tak sabar tgu this weekend. nak tgk jugak. :)

    BalasPadam
  4. itulah ramai ckp citernie tak best.,

    BalasPadam
  5. @kechixx

    aku baru ingt nk g tgk....ko bg xsmpai 5 star..msti xbest sgt...tngu donlod jela gini..

    BalasPadam
  6. tengok hari sabtu lepas. ForeverAlone lah katakan. So rasa best gak. Hehe!
    tak lah boring sangat.

    BalasPadam
  7. yup! siyes best. puas hati bayar tiket @.@

    BalasPadam
  8. filem fantasi yg ok la...abg D dh tengok last sunday. masa tu panggung penuh.

    BalasPadam
  9. baru dua bulan zami...kite lagi lagi lame kot. tak sanggup nak bagitau last movie yg kite tengok,hahaha

    BalasPadam
  10. seriusly x sabar nak tengok cerita ni -)

    BalasPadam
  11. xpe...xpe nanti layan citer ni

    BalasPadam
  12. kita perlukan konsentrasi yang betul when going watching any movies. then, barulah boleh dapat rasakan penangan dari movie tersebut hihi

    BalasPadam
  13. Tringn nk tgk 7 petala cinta.hehe.

    BalasPadam
  14. Tanpa NamaMac 15, 2012

    ramai orang kata best jugak citer ni.

    BalasPadam
  15. citarasa masing2 berbeza2.. :)

    BalasPadam
  16. nampak matang pakai cermin mata...

    BalasPadam
  17. mungkin orang yg tengok filem nie tak faham jalan ceritanya... tue yg boring dan tak best hihihi

    BalasPadam
  18. byk yg komen bunohan tu best. tak sempat lg jugak nak tengok. sobss

    BalasPadam

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com