Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!
Stress.
Takde siapa mintak stress. Buat apa nak mintak stress kan? Baik mintak
maaf ke, mintak duit ke, mintak follow balik ke, ada faedah jugak. Tapi
tu la, kita tak dapat mengawal keadaan sekeliling kita. Tahu tahu ada je perkara atau peristiwa yang membuatkan kita stress-sestress-stressnya. Haaa... Tak berbelit lidah kau nak sebut? So, sebagai manusia yang diberi akal dan fikiran, kita hendaklah bijak menangani stress yang datang. Maksudnya, kita kena tangan-tangankan stress itu. Boleh? Kalau
tak puas, kaki-kakikan pun boleh.
Muka nampak lebih muda bila bijak tangani stress. Guna diri sendiri sebagai contoh pun boleh kan? Haha! |
So,
ada 10 tips yang kita boleh amalkan supaya kita tak mengalami
hypertension. Alhamdulillah. Setakat ni aku masih hidup lagi. Jadi terbukti bahawa tips ni tak membahayakan kesihatan lelaki bujang dan jugak ibu-ibu mengandung. Eh?
- Ambil masa dan ruang untuk bersendiri, sekurang-kurangnya 30 minit, setiap hari.
- Gunakan perkataan 'tidak' tanpa perlu rasa bersalah.
- Bersenam untuk membakar 'lemak-lemak' stress.
- Lebihkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran segar di samping minum air dengan banyak.
- Sebelum tidur, maafkan semua orang yang ada melakukan kesilapan terhadap anda.
- Berseronok (tidak melampaui batas) dengan kawan-kawan dan jangan malu untuk berkongsi perasaan dengan orang lain.
- Sentiasa berfikir dan bertindak secara positif.
- Dengar lagu-lagu kegemaran anda berbanding menonton rancangan-rancangan kegemaran anda di televisyen.
- Belanja diri sendiri makan sedap sedap ke, belanja diri sendiri pergi spa ke, pandai pandai la belanja diri sendiri.
- Dekatkan diri dengan Allah. Sesungguhnya, Allah Maha Mendengar. Banyakkan berdoa, solat sunat, baca al-Quran, berzikir dan sebagainya.
Sekali sekala belanja diri sendiri. Siapa yang untung? Diri sendiri jugak. Kbai. |
potpetpotpet : Siapa nak belanja aku lepas baca entri ni? Haha!
aku geram part sebut stress--stresess tu.... grrrrr
BalasPadamtips berguna!! selalu stress nih..ghambut(rambut) pon dah gugur nih~
BalasPadamgood tips tp kadangkala susah nak buat. haha. aishh
BalasPadamNak katakan 'tidak' tu kadang2 memang buat rasa bersalah. =__=
BalasPadamskrg streess mncri bag yg sesuai -.-
BalasPadamstress = makan = setel..! haha
BalasPadamsaya stress tunggu entri terbaru blog ni,boleh? hahahahaha
BalasPadamentry menarik..part plg menarik ble soalan bertanya spe nk blnje ble dh bc entry ni...hahaha
BalasPadamstress stress stress!
BalasPadamgrrrrr =.=
tp hangout dgn korang2 mmg sgt best tau. serius blh hilang stress.
nnt jgn lupa ajak kita lg tau (:
bila bnda yg wt kte stres hilang... heaven giler ase...:p
BalasPadamStress sebelum gi bercuti buleh? Sebab kena kemas beg baju satu family huhu
BalasPadamTengah stress buat assignment.. Lepas baca entry ni terasa nak belanja diri sendiri je.. Diulangi, diri sendiri sahaja... Bukan belanja pemilik blog ini.. hehehe.. Ok nak g kafe, belanja diri sindiri jap! kbai! hahahahahaha
BalasPadamaku pon stresss....
BalasPadamsemua orang stress , tak da sapa yang tak pernah stress kan .
BalasPadampersoalanya , cara untuk menangani masalah tu je ^_^
thanks ~
Stress tue amatlah tak baik untuk kesihatan..
BalasPadamJom lepak together and release this stress!!!! Wahahah XD
yg no 10 tu perlu letak paling atas.
BalasPadamwau...nampak sedap...
BalasPadamowh...sress ni tak la selalu terjadi pasal mende lain tu...cumer bile study jer,......stress dtg tanpa diundang..huhuh
BalasPadambelanja korg jom!
BalasPadamok sp plak nk belanja hana :P
BalasPadamhilang kedut kalau hidup tak stress.hehee
BalasPadamtangi stress untuk tampak lebih muda adalah quote yang terbaik untuk golongan muda.. >.<
BalasPadamkunjungan gan,bagi - bagi motivasi
BalasPadamHal mudah akan terasa sulit jika yg pertama dipikirkan adalah kata SULIT.Yakinlah bahwa kita memiliki kemampuan dan kekuatan.
ditunggu kunjungan baliknya yaa :)
good tips=)
BalasPadamMkn cekelat
BalasPadam