Khamis, 18 Oktober 2012

Cara Tangani Tekanan (Stress) - Tips & Panduan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Stress. Takde siapa mintak stress. Buat apa nak mintak stress kan? Baik mintak maaf ke, mintak duit ke, mintak follow balik ke, ada faedah jugak. Tapi tu la, kita tak dapat mengawal keadaan sekeliling kita. Tahu tahu ada je perkara atau peristiwa yang membuatkan kita stress-sestress-stressnya. Haaa... Tak berbelit lidah kau nak sebut? So, sebagai manusia yang diberi akal dan fikiran, kita hendaklah bijak menangani stress yang datang. Maksudnya, kita kena tangan-tangankan stress itu. Boleh? Kalau tak puas, kaki-kakikan pun boleh.

Muka nampak lebih muda bila bijak tangani stress. Guna diri sendiri sebagai contoh pun boleh kan? Haha!

So, ada 10 tips yang kita boleh amalkan supaya kita tak mengalami hypertension. Alhamdulillah. Setakat ni aku masih hidup lagi. Jadi terbukti bahawa tips ni tak membahayakan kesihatan lelaki bujang dan jugak ibu-ibu mengandung. Eh?
  1. Ambil masa dan ruang untuk bersendiri, sekurang-kurangnya 30 minit, setiap hari.
  2. Gunakan perkataan 'tidak' tanpa perlu rasa bersalah.
  3. Bersenam untuk membakar 'lemak-lemak' stress.
  4. Lebihkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran segar di samping minum air dengan banyak.
  5. Sebelum tidur, maafkan semua orang yang ada melakukan kesilapan terhadap anda.
  6. Berseronok (tidak melampaui batas) dengan kawan-kawan dan jangan malu untuk berkongsi perasaan dengan orang lain.
  7. Sentiasa berfikir dan bertindak secara positif.
  8. Dengar lagu-lagu kegemaran anda berbanding menonton rancangan-rancangan kegemaran anda di televisyen.
  9. Belanja diri sendiri makan sedap sedap ke, belanja diri sendiri pergi spa ke, pandai pandai la belanja diri sendiri. 
  10. Dekatkan diri dengan Allah. Sesungguhnya, Allah Maha Mendengar. Banyakkan berdoa, solat sunat, baca al-Quran, berzikir dan sebagainya.

Sekali sekala belanja diri sendiri. Siapa yang untung? Diri sendiri jugak. Kbai.

potpetpotpet : Siapa nak belanja aku lepas baca entri ni? Haha!

Isnin, 4 Oktober 2010

Kekasih Gelap & Kekasih Separuh Masa



Aku menghabiskan minggu ini dengan kekasih gelap aku semata-mata. Tanpa disedari, aku telah mengabaikan kekasih separuh masa aku. Aku berharap agar kekasih separuh masa aku tak perasan. Aku jadi kesian bila tengok kekasih separuh masa aku gara gara aku selalu biar dia sorang sorang. Hurm ... Aku terpaksa melupakan kekasih separuh masa aku selama beberapa hari lepas sebab aku tak nak melukakan perasaan kekasih gelap aku yang dahagakan kasih sayang daripada aku. Gilerrr ... Aku betul betul dalam dilema. Help me !

Oh. Aku mengenali kekasih gelap aku terlebih dahulu. Kemudian aku bertemu dengan kekasih separuh masa aku pulak. Hurm. Aku tak tahu macam mana aku boleh ada hubungan dengan dorang dalam satu masa yang sama. Arghhh ... Aku tak boleh hidup tanpa kekasih gelap aku. Dan aku jugak tak boleh hidup tanpa kekasih separuh masa aku.


potpetpotpet : Siapa kekasih gelap aku ? Siapa kekasih separuh masa aku ? Jeng jeng jeng. Kekasih gelap aku ialah cik puan esaimen. Kekasih separuh masa aku pulak ialah budak lelaki dot com. Boleh ?

Khamis, 15 Julai 2010

Mulut Biar Wangi Supaya Tak Busuk.

Adeh. Bak kata pepatah terlajak perahu boleh diundur terlajak kata haaa tak boleh nak buat apa dah. Ya. Siapa suruh tak jaga mulut tu biar wangi sikit? Tak pasal pasal ada hati terluka darah meleleh-leleh. Cewahhh.




Well. Kadang kadang kita tak perasan bila masa dan ketika lagak kita tanpa sengaja telah mengguris hati perasaan orang lain. It is okay if we want to make fun of somebody but as long as it is not too much la kan kan kan? Sometimes we just don't know what the hell when we did something wrong. Kita rasa apa yang kita buat tu okay je. Padahal ada orang terasa pulak dah. That is why kita perlu berhati-hati dalam bab neyh. Choose your words carefully. Most situations people argue over aren't worth ending a good friendship over.




As for me, I am sorry if I have done anything wrong that makes you friends hurt. I love you friends! This is our final year in UPSI. And I am happy so far. :')

Ahad, 9 Mei 2010

Tak Perlu Sambut Hari Ibu Kot.

Duh. Aku rasa tak perlu kot aku nak sambut Mother's Day. Why? Sukahati aku la. Wakakaka. Eh eh aku baru dapat tahu Mother's Day ini disambut pada tarikh tarikh tertentu mengikut negara masing masing. Plus, setiap tahun disambut pada hari yang berbeza. Ikut sukahati mak bapak dorang nak sambut bila bila lantak. Sila gelak gelak sindir ekekekek sebab aku baru dapat tahu kesian gila kan kan kan? Contoh Norway sambut Mother's Day pada 14 Februari 2010. Awal okay. Tahun 2011 pulak Mother's Day di Norway disambut pada tanggal 13 Februari.


Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami okay okay sila sambung sendiri. Oh. Malaysia pulak celebrate Mother's Day pada 9 May 2010. Negara mana pulak yang join sekaki nak celebrate pada hari yang sama? Jeng jeng jeng. Australia, Austria, Bangladesh, Belgium, Brazil, Canada, Dernmark, Germany, Ghana dan lain lain. Boleh rujuk kat sini untuk keterangan lanjut. Sila pura pura teruja nak tahu. HohO.


Eh eh macam lari topik kan kan kan? Wakakaka. Ya. Aku macam malas nak celebrate Mother's Day. Sebab? Oh. Bukan sebab heboh pasal cerita di sebalik sambutan Mother's Day tu. Bukan bukan. Aku tak tahu menahu pon apahal semua tu dan malas nak ambil tahu. Lantak. Jadi sebab apakah? Jeng jeng jeng. Okay. My mom was born on 11 May oh tahun tak perlu beritahu. Wakakaka. So lagi best celebrate ulang tahun kelahiran my mom daripada celebrate Mother's Day. Tak gitu? Pulak tu tak sampai dua hari lagi. Betol betol betol.


Eh eh Happy Mother's Day to all of you. Sayangi ibu anda dunia dan akhirat. Ibu ibu engkaulah ratu hatiku bila ku berduka engkau hiburkan selalu. Sekian.


potpetpotpet: Hadiah tak wajib berbentuk material. Boleh jugak daripada segi tingkah laku, emosi, verbal dan lain lain mengikut kreativiti masing masing. Bantai je la.

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com