Ahad, 23 Jun 2013

Masalah Jerebu 2013 Lebih Teruk Daripada 1997?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!


Jerebu ni berlaku bila debu, asap dan zarah pencemaran lain menyebabkan pandangan kita jadi tak jelas. Maksudnya kalau pakai cermin mata ke pakai teropong ke pakai kamera dslr ke memang takkan jelas pandangan kita. Faham tak? Haha! Selalunya jerebu ni berlaku akibat daripada pembakaran terbuka, kebakaran gambut dan jugak kebakaran hutan.

Tahun 1997, aku baru darjah 3. Comel tak? Boleh tanya soalan camtuh? Perdana Menteri Malaysia masa tu, Tun Dr Mahathir bin Mohamad, isytiharkan keadaan darurat sebab bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) berada pada paras yang tidak sepatutnya. Sekolah tutup, pejabat kerajaan tutup, kedai tutup, tak lupa jugak hidung tutup dan mulut tutup. Nak selesaikan masalah ni, Malaysia menjalankan Operasi Haze. Apa tu Operasi Haze? Operasi ni memerlukan Malaysia menghantar pasukan bomba untuk padamkan api sepanjang Sumatera dan Kalimantan. Dan operasi ni telah dijalankan lebih daripada 25 hari. Gigih tak?

Setelah sekian lama tidak mengalami jerebu yang dahsyat macam tahun 1997, maybe masanya telah tiba la kot? Jerebu kali ni berpunca daripada kebakaran hutan di Riau, Sumatera. Ada baca kat Utusan Malaysia tadi kerajaan Indonesia dah mula buat hujan tiruan untuk bendung kebakaran yang macam tak reti reti nak padam. Agensi Meteorologi, Kaji Cuaca Dan Geofizik (BKMG) Indonesia pulak ramalkan yang hujan lebat akan turun 28 Jun ni. Kalau hujan tak turun turun, katanya kita akan mengalami jerebu selama berminggu-minggu atau berbulan-bulan. Minta dijauhkan.

Terbaru, Perdana Menteri dah isytiharkan darurat kat Muar dan Ledang sebab bacaan IPU dah lebih daripada 500. Tahu tak berapa bacaan IPU kat Muar dan Ledang? 746!!! Muar dan Ledang tu dah la jiran terdekat Melaka. Tak mustahil lepas ni giliran Melaka pulak.

Apa apa pun, bagi mengelakkan masalah kesihatan akibat daripada jerebu ni:
  • Elakkan daripada keluar rumah. Dah duduk dalam rumah tu, tutup semua pintu dan tingkap, pasang kipas ataupun penghawa dingin walaupun penghawa dingin tu salah satu punca kesan rumah hijau. Kbai.
  • Kalau terpaksa keluar ke sebab tandas kat luar rumah contohnya, pakai penutup hidung dan mulut. Jangan pakai topeng sailormoon ke topeng shin chan ke sebab orang tak kisah pun kau ada topeng topeng camtuh.
  • Kurangkan penggunaan kenderaan terutama sekali motosikal.
  • Minum air dengan banyak sampai terkencing-kecing.
  • Sentiasa basuh bahagian anggota badan yang terdedah. Senang cakap, mandi dengan kerap, Pastikan bil air meningkat sebagai bukti.

potpetpotpet: Dada pun rasa lain macam sedut udara sekarang ni.

11 ulasan:

  1. dah la minggu depan nak g melaka neh. =_=

    BalasPadam
  2. Duk rumah pun tak selamat, jerebu still boleh masuk, tak immune lg dah..

    BalasPadam
  3. @Diera Tekikushika melaka pon dah teruk jgak semalam bru pegi..

    BalasPadam
  4. minum air smpai terkencing2. hahah pon boleh la..

    BalasPadam
  5. apek tu ada kata..jelebu..jelebu.. ok jelebu kat negeri sembilan kan..:P

    tapi tips tu tetap gempak..:)

    BalasPadam
  6. semua punca dari endon.kau mengaja tak esok?

    BalasPadam
  7. @Umie Artoqiemie

    aku mengajar macam biasa sebab aku tak mengajar sekolah. haha.

    BalasPadam
  8. Di Anjung Tasik sekarang ni tasik kat depan tu pun dah tak nampak... semuanya dah jadi putih...

    BalasPadam
  9. 1997 sy drjh 1,lg comel kan? kan? haha nak jugak. Tp mmg ingat lg sampai skrg, pegi rumah kawan nak main kena pakai topeng muka.hahaaha. Melaka pun dh teruk jgk kan,kat n9 ni pun same. Sama2lah kita jg kesihatan dan berdoa agar hujan segera turun :)

    BalasPadam
  10. err.. alamak pegi sekolah dgn motor >_<

    knp motor yg lebih menyumbangkan jerebu berbanding kereta?

    dekat kedah tak ada sangat..

    BalasPadam
  11. Sakit kelongkong maaaaaaaa

    BalasPadam

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com