Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!
Tahun lepas aku ada update entri pasal 15 Status Facebook Terbaik!. Tak sangka ramai yang jadikan entri tu sebagai sumber rujukan. Haha! Barangkali dah tak tahu nak update status apa kot? Takpe takpe. Kali ni aku dengan bangganya membawakan kepada korang korang sekalian 25 status facebook terbaik yang pernah aku post daripada Ogos 2012 sehingga Jun 2013 la ni. Kejap. Siapa cakap terbaik? Memang entri ni syok sendiri! Heh. Maafkan saya. Boleh camtuh?
- Hidup ini seperti matematik. Kalau senang sangat, mesti ada yang tak kena.
- Sentiasa ingat: Hidup ini sementara, nikmatilah. Cinta itu jarang ditemui, rebutlah. Benci itu bagai api, padamkanlah. Ketakutan itu batu penghalang, robohkanlah. Memori itu manis dikenang, hargailah.
- Putih putih lampu kalimantang, Merah merah sakit mata, Jangan kita lupa sembahyang, Bila mati itulah harta.
- Kejayaan bukan kunci kegembiraan. Tapi, sebaliknya, kegembiraan adalah kunci kejayaan. Jika anda gembira dengan apa yang anda lakukan hari ini, dengan izin Allah, anda akan berjaya.
- Jika tidak mampu terbang, berlarilah. Jika tidak mampu berlari, berjalanlah. Jika tidak mampu berjalan, merangkaklah. Apa pun yang kita lakukan, pastikan kita bergerak ke hadapan.
- Jangan terlalu berharap dengan orang lain kerana bayang-bayang kita sendiri pun tinggalkan kita bila dalam kegelapan.
- Rasa bahagia tidak selalunya membuatkan kita bersyukur tapi bersyukur selalunya membuatkan kita rasa bahagia.
- Terdapat lebih daripada 6,500 bahasa yang diamalkan pada hari ini. Tetapi kita tidak perlu fasih kesemua bahasa tersebut untuk melemparkan senyuman kepada seseorang.
- Satu atau dua sudu gula tidak akan dapat memaniskan air laut. Satu atau dua hari yang malang tidak akan dapat mencacatkan hidup kita.
- Jika kita tidak tahu, tanya. Jika kita tidak bersetuju, bincang. Jika kita tidak suka, beritahu. Bukannya terus mendiamkan diri dan menghakimi!
- Jangan tulis nama kita pada pasir, kerana ombak akan padamkannya. Jangan tulis nama kita pada langit, kerana angin akan tiupkannya. Tapi tulis nama kita pada setiap hati yang kita kenali. Kerana di situ, nama kita tidak akan terlupakan.
- Jika kita sanggup senyum untuk 5 saat bagi memastikan gambar kita lebih cantik, cuba bayangkan kalau kita teruskan senyum, apa akan jadi pada hidup kita?
- Untuk berubah, kita tidak perlukan tahun yang baru, kita hanya perlukan hari yang baru. Apa yang kita tidak dapat semalam, kita cuba dapatkannya pada hari ini!
- Kita selalu terlupakan perkara yang kita patut ingat dan kita selalu teringatkan perkara yang kita patut lupa.
- Setiap raja bermula sebagai bayi. Setiap bangunan bermula sebagai lukisan. Hidup kita bukan pasal di mana kita berada pada hari ini tapi pasal di mana kita berada pada esok hari.
- Orang lain akan sentiasa melontarkan batu-batu atas jalan yang kita sedang lalui. Tapi terpulang kepada kita sama ada untuk menjadikan batu-batu itu sebagai dinding yang menghalang perjalanan kita ataupun sebagai jambatan yang menghubungkan kita kepada kejayaan.
- Minta maaf? Itu tidak bermaksud kita akan berhenti rasa bersalah. Memaafkan? Itu tidak bermaksud kita akan berhenti memikirkannya.
- Sejauh mana kita telah melalui jalan yang salah, kita sentiasa boleh berpatah balik.
- Jangan hanya impikan hidup yang kita inginkan, tapi hidupkan impian yang kita inginkan.
- Bila kita masih mampu tersenyum sedangkan hati kita adalah sebaliknya, itu namanya kekuatan!
- Jangan cari orang yang akan menyelesaikan semua masalah kita kerana orang macam tu memang takde kat dunia ni. Carilah orang yang tidak akan membiarkan kita menghadapi masalah sorang sorang.
- Hari esok ialah bukan satu janji tapi satu peluang. Peluang yang bukan semua orang dapat. Jangan lupa bersyukur kepada-Nya selagi anda masih lagi diberikan peluang.
- Hai! Biarpun dengan "Hai!" je, siapa sangka kita dapat buat orang lain tersenyum.
- Jangan pernah menangis jika seseorang menyakiti hati anda. Tapi senyum dan berkata, "Terima kasih kerana beri saya peluang untuk mencari orang yang lebih baik daripada awak."
- Jangan jadi banduan kepada masa lalu kita. Tapi jadilah arkitek kepada masa depan kita.
potpetpotpet : All good things must be shared.
mmg terbaik la!! :)
BalasPadampandai adik aku ni berkata-kata.... jom pekena coconut shake dulu... hehe..
BalasPadamhaha! abang zizi lagi kemain pandai berkata-kata!
Padamsemua status ilmiah je bagus2.. tp ape kaitan dengan awok berjubah ye haha.
BalasPadamTerbaik! waa blog pun dah jadi lain..hehe :)
BalasPadam1000K LIKE!
BalasPadamsye sawan sekejap nak cari butang like, eh. ni kat blog rupanya haha nice sangat sangat.
BalasPadammemang sangat terbaik!
BalasPadamwah2.. copypaste boleh dop? =D
BalasPadamsaya minta izin copy dan share ye :)
BalasPadamterbaik
BalasPadamterbaik (Y)
BalasPadamLike
BalasPadam