Selasa, 7 Januari 2014

Lirik Lagu Dayang Nurfaizah - Di Pintu Syurga (OST Ariana Rose)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Semalam masa aku tengah mandi sebelum Maghrib, aku terdengar lagu tema daripada sebuah drama kat tv. Suara penyanyi macam kenal je? Lagu pulak? 90-an sangat! Tapi apasal macam sedap je? Dah aku pun membesar sekitar tahun 90-an. So, lagu-lagu jenis macam tu memang dekat di hati sikit. Lepas dapat tahu lagu tu daripada drama Ariana Rose, aku terus google lagu tema dia. Penyanyi? Dayang Nurfaizah. Lagu? Di Pintu Syurga. Siapa komposer lagu ni ek? Tak tahu pulak aku! Tapi kalau dengar lagu dia, lagu dia macam lagu-lagu Julfekar je.


Lirik Lagu Dayang Nurfaizah - Di Pintu Syurga (OST Ariana Rose)

Segalanya kaku
Hati terus menangis
Bila mengenangkan
Dirimu telah tiada

Kau pergi tanpa pesan
Tinggal aku sendiri
Menghitung hari
Tiada daya meneman sepi

Korus:
Duhai kekasih hati
Katakanlah padaku
Bahawa semua ini
Hanya igauan mimpi

Aku tak sanggup kasih
Kehilangan dirimu
Walau sedetik rindu mencengkam
Terasa pedih

Ulang korus

Doaku kasih kita bersua
Di pintu syurga


potpetpotpet: Nampak tak lirik lagu ni? Makcik-makcik sangat. Adeh.

8 ulasan:

  1. mak cik sangat!..ahaha ok yang last tu memang kelakar.

    BalasPadam
  2. Lagu memainkan peranan jugak dalam cerita :)

    BalasPadam
  3. kita bajet nak download lagu dah tadi haha sekali lirik je yang adoo. Tapi serius lagu ni pertama kali dengar terus melekat :D

    BalasPadam
  4. Yes. Setuju!. Pertama kali dgr dlu mmg rasa mcm lagu 90an. Tp seriously mmg best. Skrg ni tgh suka dgn ost Ariana Rose, ost ku cinta kau seorang ( jodoh pasti bertemu-Afgan) and ost Ammara Batrisya (Tanpamu- tak sure sape nyanyi). Hehe. Eh, terperasan sesuatu..thn 2013 entri blog ni plg skt dr thn2 sblmnya. Tuan blog nya bz ye. Hehe sorry off topic :)

    BalasPadam
  5. Yes. Setuju!. Pertama kali dgr dlu mmg rasa mcm lagu 90an. Tp seriously mmg best. Skrg ni tgh suka dgn ost Ariana Rose, ost ku cinta kau seorang ( jodoh pasti bertemu-Afgan) and ost Ammara Batrisya (Tanpamu- tak sure sape nyanyi). Hehe. Eh, terperasan sesuatu..thn 2013 entri blog ni plg skt dr thn2 sblmnya. Tuan blog nya bz ye. Hehe sorry off topic :)

    BalasPadam
  6. Duhai kekasih hati
    Katakanlah pada ku

    BalasPadam
  7. komposer tam spider/lirik Iman imran...tak sangka tam spider boleh composed lagu mcm tu...:-)

    BalasPadam

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com