Isnin, 30 Disember 2013

Bercuti 4 Hari 3 Malam Di Teluk Batik, Perak?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Gambar hiasan. Haha!

10, 11, 12 dan 13 Disember yang lepas aku gi Teluk Batik, Lumut, Perak. Bercuti ke? Bercuti la sangat! Aku ada kursus kat situ. Dah nama pun saya yang menurut perintah kan? Tapi paling sedih sebab kursus tu tak dapat nak masuk dalam penilaian prestasi aku sebab dah hantar awal Disember hari tu. Kecewa! Empat hari kot! Takpe la. Takde rezeki namanya tu. *lari lepas tu lompat atas katil kemudian tekap muka kat bantal*

Bunga pun boleh layu dengan bau kaki.

Aku tak pernah sampai lagi kat Lumut ni. Jadi, aku tak tahu nak jangka macam mana perjalanan dia. Tak sangka lepas keluar tol tu jalan sesak kemain. Dah kenapa ni? Hampir sejam jugak nak lepas daripada kesesakan tu. Bontot pun dah bentuk segi empat tepat.

Tak boleh ke korang lalu jalan lain? Sibuk je nak ikut aku lalu jalan ni.

Ni first time aku sampai kat Teluk Batik. Excited kot? Nama je warganegara Malaysia tapi banyak lagi tempat dalam Malaysia ni aku tak sempat nak jejakkan kaki. Rasa berterima kasih jugak la dapat pergi kursus ni. Sekurang-kurangnya dapat mencemar dulang kat Teluk Batik ni. Tak mampu nak mencemar duli. Jadi? Mencemar dulang pun boleh.

Sejuk mata memandang, sejuk lagi ais batu campur.

Tingkap sebelah katil aku. Kemain tak?

Lauk lagi banyak daripada nasi.

Cantik jugak kawasan persekitaran kat situ. Keliling dia penuh dengan pokok hijau. Gila kau tak tenang bangun pagi dapat sedut udara segar bugar kat situ? Kentut pun langsung tak berbau sepanjang kursus kat situ. Nampak tak betapa aku menipu di situ? Dan aku antara peserta yang terawal sampai. Bila melangkah masuk dalam bilik, takde orang lagi. Jadi? Aku dapat pilih bilik utama yang menghadap Pulau Pangkor pulak tu siap ada bilik air sendiri! Syukur.

Menikmati pemandangan daripada balkoni bilik.


Kursus ni pasal pengaplikasian Hypno-NLP untuk tenaga pengajar. Kursus ni bertujuan membantu meningkatkan lagi mutu dan tahap profesionalisme tenaga pengajar kat JTM ni. For me, it’s a new thing. Banyak faedah dan kelebihan yang aku dapat daripada kursus ni. Kalau kita tidak berfikiran terbuka dan berlapang dada, memang sia-sia je la kita datang kursus ni. Jadi, apa guna kita datang kursus yang bukan sehari dua ni? Ni pun kira majlis ilmu jugak ni.

Muka nak bangga! Sijil je pun.

Mujhse dosti karoge? Faham tak?

Alhamdulillah. Pejam celik pejam celik? Kursus pun tamat. Tambah lagi satu sijil dalam hidup aku. Lepas ni boleh la aku hipnosis budak budak ni supaya dengar cakap aku. Haha! Ingat senang macam tu ke? Takpe la. At least dapat tambah pengetahuan sedia ada, dapat perbaiki dan pertingkatkan lagi mutu perkhidmatan. Dengan harapan tahun depan boleh dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang la? Kau baru setahun jagung dik. Sedar diri boleh tak? Haha!

Gambar keluarga bahagia pun boleh.

Rambang mata! Kalau ikut nafsu macam nak beli semua je.


potpetpotpet : Takde ke kursus kat Bali ke kat Korea ke kat Paris ke?

17 ulasan:

  1. Haaaa.. SKT oh SKT.. hfiz blum isi lagi!! Waaaa~

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha! Dah nak 2014 dah. Kena isi cepat!

      Padam
  2. takpe, tak masuk latihan ni pun markah SKT dah menjulang tinggi kan..hehe

    BalasPadam
  3. ahhh..zami gedik. sape nak sponsor zami g kursus kat korea tu. haha. zami gi kursus kat china la. kursus badminton ngan kembar zami, Lin Dan. kah3

    BalasPadam
  4. nice. saya cadangkan snorkeling di Pangkor. Honestly, it's 5 stars. one more thing, abang hizami ni mix chinese ke? ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye ek? InshaAllah kalau berkesempatan. Mix? Takde la sangat. Nenek belah ibu je ada sikit sikit. :)

      Padam
  5. Kursus kat korea lah yg plg terbaik kalau dpt sponsor

    BalasPadam
  6. makanan tu nampak seddap

    erk!

    BalasPadam
  7. ole-ole untuk aku mane? hehhh! posing nak posing maut je.

    BalasPadam
  8. Gila best cenggitu kalo dpt kursus ke korea. Hehe :)

    BalasPadam
  9. Kira bercuti pun boleh ni zami..teluk batik tuuuu.

    BalasPadam
  10. jauhnya JTM kursus.. :-)

    food best tak?

    BalasPadam
  11. hai en hazimi...ramai yg guna pic en hazimi lman sosial badoo...comfirm ramai tipah trtipu ....hahaha..adoiii...

    BalasPadam
  12. en hazimi..ramai yg guna pic u kt laman sosial badoo...cmfirm ramai tipah trtipu lps nie...yg best nye guna nama johan tuh...adooiiiiihaiii

    BalasPadam

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com