Rabu, 19 April 2017

10 Bulan Bercinta, Lelaki Ditipu Perempuan Tidak Wujud

Salam.

Nampaknya drama fake account kat twitter tak habis lagi. Sebelum ini kita disajikan dengan drama seorang perempuan berbadan gempal bernama Lydia Zaem menyamar sebagai dua orang perempuan cantik menggunakan nama Yasmin Zainal dan Anis Mukhriz (klik Kecoh Fake Account Di Twitter untuk maklumat lanjut), kali ni sekali lagi menggunakan skrip yang lebih kurang sama, seorang lelaki ditipu oleh fake account. Katanya lelaki tersebut setelah menjalinkan hubungan dengan fake account tu selama 10 bulan. Lama tu! Jom tengok drama ni. Ehhh... Jangan lupa makan popcorn tau.






Best tak sambungan drama fake account ni? Haha! Macam macam hal. Padahal drama ni takkan terjadi kalau lelaki itu cuba berfikir secara logik dan realistik, bukannya mengikut hawa nafsu semata-mata. Pantang nampak cantik sikit, mula gelabah main percaya semua apa yang diceritakan. Gambar-gambar yang digunakan oleh fake account itu pun telah diketahui dan semua gambar itu adalah milik Fatiha Aisya yang tiada kena-mengena langsung dengan drama ini. Kasihan. Orang lain punya tahi, orang lain yang terpalit bau busuknya. Sabar la ye. 


Pada pandangan aku, selagi tak jumpa, selagi tak bertentang mata, jangan nak serious sangat dalam hubungan itu. Sekarang ini sesiapa pun boleh menyamar jadi siapa siapa. Semua hujung jari kot. Dan lelaki atau perempuan, tolong jangan mudah percaya dengan mana-mana akaun kat laman sosial ni. Selagi tiada bukti yang kukuh, selagi tiada maklumat yang sahih, jangan percaya. Kalau setakat berkongsi gambar atau video, aku pun boleh menyamar jadi Izzue Islam. Camtuh. Otak tu jangan selalu sangat letak kat lutut, sekali sekala letak kat kepala. Okay?

Netizen turut memberikan pandangan dan pendapat mengenai drama ini. Tolong hadamkan boleh?


Lepas ni jangan buat lagi tau?

1 ulasan:

  1. uniten dekat muadzam shah.bukan kuantan..hehehheh nampak sgt dah taktiknya dari situ.

    BalasPadam

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com